nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

Tuesday, May 29, 2018

Projek HSR Dan Kewangan Negara- Untuk bacaan dan asah minda

Image may contain: outdoor

HSR DAN KEWANGAN NEGARA
Dari 2007 lagi syarikat YTL dengan teknologi Siemens sudah mencadangkan kepada kerajaan untuk dibina projek kereta api berkelajuan tinggi di antara KL- Singapura.
Trek sepanjang 350km dengan tren kelajuan 300km/j.
Berapa kosnya? RM 8 billion.
Tetapi EPU menolak projek ini atas sebab komitmen kewangan yang tinggi.
10 tahun kemudian, projek yang sama diperkenalkan kembali dan kita dimaklumkan kosnya adalah RM70-80 billion.
Sama ada kos telah naik berpuluh kali ganda atau kerajaan dahulu suka 'inflate' kos projek kereta api untuk tujuan tertentu hanyalah membawa satu persoalan iaitu: bagaimanakah mereka menguruskan kewangan dan ekonomi negara?
Projek HSR KL-Singapura sememangnya ada kebaikan. Malahan, setiap projek boleh diberikan justifikasi untuk kelulusan.....atas kertas.
Misalnya projek ECRL. Guna sahaja 'basis' bahawa muatan kargo dari Pantai Timur sebanyak 60 juta tan metrik setahun menjelang 2025, boom, projek lulus. (Walaupun kadar muatan kargo sekarang hanyalah 6 juta tan metrik di seluruh Malaysia.)
Begitu jugalah projek HSR.
HSR akan memajukan kawasan luar bandar seperti Ayer Keroh, Muar dan Batu Pahat. Pelancong makin ramai, industri tempatan (perabot dsbg) mempunyai pasaran lebih luas, projek 'spill over' di kawasan ini akan dibina dan nilai hartanah meningkat.
HSR akan memendekkan masa perjalanan. Kalau dengan pengangkutan udara, masa diambil dari 'door to door' adalah 4 jam. Kini ia bakal mengambil masa 2 jam.
HSR akan merancakkan aktiviti ekonomi dan perkongsian sumber serta bakat di antara dua kota raya. Pekerja dan bisnesman KL mudah bekerja di Singapura dan sebaliknya. Lebih banyak syarikat Singapura akan beroperasi di KL atas faktor kos.
Ini semua benar dan ada meritnya.
Namun, setiap yang baik pasti ada yang buruknya. Kesan negatif kepada projek HSR juga perlu diambil kira.
Pertama, HSR akan memberi kesan langsung kepada industri penerbangan.
Laluan KL-Singapura adalah laluan paling sibuk si dunia dengan 30,500 penerbangan setahun.
Apabila dikatakan paling sibuk, ia bermaksud 'lucrative'. Secara kasarnya nilai ekonomi yang dijana bagi laluan ini adalah sekitar RM2 billion ke RM3 billion. (Tambang, caj parking, penyelenggaraan, cukai lapangan terbang dll)
Ianya melibatkan hampir 10 syarikat penerbangan yang mempunyai slot KL-Singapura. Antaranya adalah MAS (milik kerajaan) dan AirAsia (milik Malaysia).
Sebarang kehilangan 'revenue' di laluan paling sibuk ini kepada HSR sudah pastilah memberi kesan kepada syarikat, pekerja, vendor dan kerajaan.
Adakah kita bersedia 'mengacau' (disrupt) aktiviti ekonomi di laluan tersebut?
Kedua, kos HSR adalah terlalu mahal.
Bagaimana sesebuah projek yang 10 tahun dahulu bernilai RM8 billion tetapi kini menjadi RM100 billion (termasuk kadar faedah)?
Purata kos membina HSR adalah sekitar RM60 juta- RM100 juta per kilometer.
Dengan 'price tag' RM100 billion dan sepanjang 350 km, projek HSR KL-Singapura menjadikan kos per km sebanyak RM285 juta.
Ianya kos yang amat tinggi. Sedangkan keadaan topografi tanah di sepanjang laluan KL-Singapura tidak memerlukan pembinaan merentasi gunung ganang mahupun banjaran sebagaimana di Eropah mahupun China.
Kos buruh dan bahan mentah juga tidaklah semahal seperti di Amerika dan negara maju yang lain.
Ini membawa kita kepada perkara ketiga iaitu- adakah kita mampu membiayai projek HSR?
Dengan berbelanja (baca: berhutang) RM100 billion, secara kasarnya kita bakal membayar RM250 juta sebulan selama 30 tahun.
Sebuah jumlah yang amat tinggi lebih-lebih lai mengambil kira kedudukan hutang negara sekarang.
Sesetengah penganalisis, pakar, pengkritik mahupun bekas Menteri Kewangan boleh mengendahkan kadar hutang kerajaan sebanyak RM 1 trillion.
Mereka boleh berselindung di sebalik definisi dan terma hutang yang diguna pakai.
Namun definisi ataupun tidak, hakikatnya kerajaan telah membayar hampir RM7 billion hutang 1MDB sejak 2017. (Nilai yang sama dengan pembayaran BR1M setahun kepada 7 juta isi rumah.)
Dan... jumlah pembayaran hutang ini akan terus meningkat dan dibayar oleh kerajaan kerana ini adalah contoh di mana entiti yang dijamin hutangnya tidak mampu membayar sendiri hutang mereka sehingga kerajaan terpaksa campur tangan.
Selain daripada hutang sedia ada, terdapat projek mega yang lain seperti MRT 2 (RM32 bn), LRT 3 (RM9 bn), Pan Borneo (RM29 bn) dan West Coast Highway (RM4.6 bn) yang sedang berjalan.
Ini tidak dicampur lagi dengan projek super mega akan datang seperti ECRL (RM66 bn), MRT 3 (RM50 bn), Melaka Gateway (RM15 bn) dan Kuantan Industrial Park (RM8 bn).
Kesemua komitmen ini sahaja berjumlah RM213 billion iaitu sama nilai dengan bajet setahun kerajaan.
Adakah kita punyai wang sebanyak itu untuk membiayai kesemuanya?
Atau kita terus berhutang dalam mendapatkan dana?
Atau kita mengenakan cukai baru kepada rakyat untuk membayar hutang tersebut?
Sedangkan kita tahu lebih separuh pekerja Malaysia berpendapatan bawah RM2,000 sebulan. Mereka yang ada kerja, gaji tak banyak.
Itu yang ada kerja. Walhal, nak cari kerja juga payah. Kadar pengangguran di kalangan graduan adalah 11%- paling buruk berbanding Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Dan banyak lagi angka / statisik yang memerlukan kerajaan berbelanja ke arah peningkatan kesejahteraan rakyat.
Jadi, adakah wajar kita membelanjakan RM100 billion untuk projek HSR?
Tepuk dada tanyalah selera.
Ia bukanlah kerana memiliki laluan kereta api laju tidak membawa apa-apa manfaat.
Jepun mempunyainya.
UK-Perancis mempunyainya.
China juga mempunyainya.
Namun ingatlah pesanan orang-orang tua kita: Ukurlah baju di badan sendiri.
Radzi Tajuddin
sumber: Fb Radzi Tajuddin

Saturday, January 28, 2017

Jutawan homestay sedia kongsi ilmu

Jutawan homestay sedia kongsi ilmu
Faridilatras dan Ain Farahati (kanan) pemilik homestay elit di Kuala Lumpur.
SIAPA sangka, bermula dengan impian, pasangan suami isteri ini berjaya memiliki hartanah di ibu kota yang bernilai tinggi.
Selain memiliki Homestay Fardain Place, pasangan ini juga berjaya memiliki beberapa unit rumah dan menjadikannya homestay elit sehebat hotel terkemuka di sekitarnya.
Sikap merendah diri pasangan suami isteri ini memiliki kejayaan yang hebat dan luar biasa, dikagumi ramai malah ada yang menggelarkan mereka sebagai jutawan hartanah.
Faridilatras Abd Rahman, 38, berkata, dia selalu memasang impian tersebut setiap kali melalui kawasan pembinaan Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, beberapa tahun lalu setiap kali pergi dan pulang kerja.
“Pada mulanya, ia hanya kata hati untuk memiliki hartanah bernilai tinggi di kawasan kota metropolitan dan angan-angan sahaja namun segalanya adalah rezeki. Alhamdulillah, hari ini saya  dan isteri, Ain Farahati Maarof, memilikinya dan mampu menjana pendapatan tetap kepada keluarga kami,” katanya.
Faridilatras berkata, penglibatannya dalam bidang hartanah tercetus apabila melihat kejayaan rakan-rakannya yang berkecimpung dalam hartanah.
Dia juga mengagumi kejayaan ahli perniagaan rempah ratus di Masjid India yang berasal dari India, Ahmad Dawjee memiliki beberapa hartanah di Kuala Lumpur.
“Dia datang ke negara ini pada 1934 dan sudah melihat potensi hartanah di negara ini. Dia memiliki beberapa hartanah yang bernilai tinggi dan mewakafkannya kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Kesederhanaan peribadinya menjadi inspirasi kepada saya untuk terlibat dalam industri hartanah di negara ini yang mempunyai prospek yang besar,” katanya.

Lebih mengujakan, selain memiliki homestay dan rumah sewa di negara ini, Faridilatras juga mempunyai homestay di Australia.
Berkongsi kejayaannya, Faridilatras berkata, ia bukannya sesuatu yang mudah, dia banyak menghabiskan membaca buku berkaitan hartanah, mengikuti kelas dan seminar untuk mendalami ilmu dalam  bidang tersebut.
“Saya tidak malu mempelajari bidang hartanah kerana saya yakin, industri ini akan memberikan kepuasan kepada saya. Pada mulanya, isteri tidak berminat dalam perniagaan, namun segalanya berubah apabila kecintaannya terhadap ini lebih mendalam berbanding saya,” katanya sambil berseloroh.
Faridilatras yang merupakan anak kedua daripada lima adik beradik ini, tidak menoleh belakang lagi dan terus mengembangkan perniagaan itu yang dilihat mempunyai potensi yang besar.
"Saya tidak menyesal meninggalkan kerjaya sebelum ini. Ini pilihan saya dan latar belakang dalam bidang pengajian Islam tidak menjadi halangan kepada saya untuk terlibat dalam bidang ini.
"Saya tidak akan melupakan rumah pertama yang saya yang dibeli di Kajang, kemudian ditambah  sehingga beberapa buah rumah sewa.
“Saya belajar menyewakan rumah dan memberanikan diri membeli rumah yang lain. Saya tidak mempunyai masalah asalkan akaun bersih dan bayaran yang dijelaskan pada setiap bulan.
“Ada juga hartanah dicagarkan dan wangnya saya gunakan bagi membeli hartanah lain,” katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah.
Kini, Faridilatras bukan sahaja pakar hartanah, malah menyediakan kelas dan anjurkan kursus hartanah pada bayaran RM2,000 untuk tiga jam.
“Saya mahu melatih mereka mengenai teori dan cara menilai hartanah. Mereka yang berminat dalam hartanah, membeli di bawah harga pasaran dan menjual semula apabila harganya meningkat beberapa kali ganda. Saya mahu mereka memiliki hartanah di kawasan tengah bandar,” katanya anak jati Perlis.
Homestay elit setanding hotel
Menikmati suasana pagi di suasana kampung membangkitkan rasa damai dalam diri bagi mereka yang tidak mempunyai kampung dengan mendiami rumah inap atau homestay.
Pilihan yang ada untuk merasai suasana kampung adalah homestay atau rumah rehat. Pastinya  bunyi kicauan unggas, suasana perkampungan yang dikelilingi gunung dan sawah padi serta deruan sungai memberikan ketenangan dan membuatkan kita lupa pada tekanan dan kesibukan kerja.
Bagaimanapun, seiring dengan peredaran masa, ramai pemilik rumah yang tidak mendiami rumah mereka mengambil peluang menjadikannya homestay terutamanya di kawasan bandar dan pinggir bandar.
Pelbagai kemudahan disediakan oleh pengusaha homestay termasuklah peralatan barbeku, kemudahan solat serta kemudahan bilik yang kondusif untuk memberikan pengalaman yang menarik kepada pelanggan mereka.
Namun, bagi pengasas Homestay Fardain Place, Faridilatras Abd Rahman dan Ain Farahati Maarof, homestay yang diusahakan di kawasan bandar terutamanya sekitar kota metropolitan atau ‘segitiga emas’ Kuala Lumpur, mampu menjana pendapatan lumayan.
Tidak gentar untuk bersaing dengan hotel bertaraf lima bintang di kawasan tersebut, Fardain Place menyediakan kemudahan yang kondusif dan servis yang maksimum untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan.
Kenapa memilih homestay di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur?
Fardain Place tidak menganggap kunjungan tetamu di homestay kami adalah kunjungan yang terakhir. Kami akan memastikan setiap kunjungan mereka memberikan pengalaman yang manis dan sukar untuk dilupakan. Pemilihan kawasan segi tiga emas ini kerana kami melihat potensi lokasinya yang sentiasa menjadi pilihan warga tempatan dan pelancong antarabangsa. Kawasan ini adalah lokasi yang strategik kerana mempunyai pelbagai kemudahan asas dan beberapa pusat beli-belah terkemuka seperti KLCC dan Pavilion serta Bukit Bintang. Kebanyakan tetamu homestay kami adalah mereka yang hadir untuk melancong, urusan rasmi dan sebagainya. Dengan menawarkan harga yang berpatutan da kemudahan serta fasiliti yang setaraf dengan hotel menyebabkan Fardain Place menjadi pilihan sejak 2014.
Apakah kelebihan yang ditawarkan untuk bersaing dengan hotel bertaraf lima bintang di kawasan ini?
Kami menyediakan kemudahan homestay sejak beberapa tahun lalu dan sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kunjungan tetamu tanpa henti menyebabkan kami belajar pelbagai perkara terutamanya dalam pengurusan homestay melibatkan kebersihan, ketepatan waktu penyerahan dan pemulangan kunci dan fasiliti yang memberikan keselesaan kepada tetamu. Selain tetamu tempatan, kebanyakan tetamu adalah pelancong asing dari Perancis, Kanada, Eropah, Jepun, Korea, Arab dan banyak lagi. Fardain Place seperti ‘duta kecil’ negara untuk menunjukkan sikap rakyat di negara ini kepada orang luar. Kami menyediakan pelbagai kemudahan  di sini seperti mana yang terdapat di hotel lima bintang, selain itu penggunaan password atau kata laluan untuk membuka pintu menyebabkan Fardain Place unik dan berbeza daripada homestay lain. Di samping itu, kemudahan internet, dapur untuk memasak, mesin basuh pakaian dan suasana homestay yang berkonsepkan moden dan kontemporari memberikan keselesaan kepada tetamu. Malah, mereka boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan seperti mana penghuni di kondominium tersebut. Pastinya harga yang berpatutan yang ditawarkan memberikan kelebihan kepada Fardain Place.
Walaupun masih baharu dalam industri homestay, apakah strategi yang digunakan untuk ke peringkat antarabangsa?
Fardain Place mempunyai lebih lima homestay di kawasan Kuala Lumpur iaitu di Regalia Residence, Jalan Sultan Ismail dan Vipod Residence di Jalan Kia Peng. Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mempunyai peminat sendiri. Sudah tentu, teknik pemasaran yang betul dan kemudahan lain daripada yang lain mendorong kedua-duanya menjadi pilihan tetamu tempatan dan luar negara. Kami mempromosikan Fardain Place di laman sosial dan menawarkan tempahan dalam talian melalui kerjasama dengan penyedia platform berasaskan pelancongan sedia ada iaitu Agoda dan Booking.Com. Dalam masa sama, kami sentiasa melakukan penambahbaikan sistem prasarana teknologi maklumat sedia ada bagi memberikan perkhidmatan dalam talian yang lebih lancar agar menjadi perkhidmatan homestay dalam talian setanding apa yang ditawarkan di homestay luar negara. Pengenalan platform tempahan homestay dalam talian atau laman web sendiri dijangka memperluaskan pasaran kami selain menarik warga tempatan dan luar negara merancang percutian sendiri menggunakan platform internet. Alhamdulillah, setakat ini, bayaran homestay yang bermula daripada RM350 sehari menerima tempahan daripada mereka yang menginap untuk tempoh sehari semalam sehingga beberapa minggu. Kami juga bersedia untuk berunding mengenai harga yang ditawarkan sekiranya tetamu menginap di homestay kami dalam tempoh lama.
Bagaimanakah potensi homestay di kawasan elit pada masa akan datang?
Sebagai pendatang baharu dalam bidang homestay di kawasan elit, kami harus bijak mengintai peluang dan sentiasa melakukan penambahbaikan dan meningkatkan servis kepada tetamu kami. Pendapatan homestay tidaklah besar namun ia mampu menjana keuntungan yang besar sekiranya kita bijak mengambil peluang. Fardain Place bermula dengan ‘kosong’ dalam industri homestay, namun sikap ingin mencuba dan belajar menyebabkan kami  terus berada dalam lapangan ini. Industri homestay mempunyai potensi yang besar untuk berkembang  maju kerana kita boleh menawarkan kemudahan setaraf hotel dengan harga yang berpatutan. Apa yang penting ialah  mampu memberikan keselesaan kepada tetamu terutamanya yang mempunyai anak kecil kerana mereka memerlukan kawasan luas untuk bergerak bebas. Homestay di kawasan elit akan menjadi pilihan sekiranya pelbagai kemudahan yang disediakan memberikan keselesaan kepada tetamu dengan menawarkan bayaran yang berbaloi. Pemilihan lokasi seperti kemudahan pengangkutan awam, tempat makan, pusat beli-belah yang tidak memerlukan masa dan jarak yang jauh akan menjadi pilihan tetamu. Kebanyakan tetamu saya adalah warga asing dan maklum balas yang diberikan mengenai homestay kami ialah keselesaan dan menjimatkan masa dan wang mereka untuk menikmati percutian kerana tidak perlu mengeluarkan kos pengangkutan yang tinggi. Anak-anak mereka selesa untuk bermain kerana rumah yang luas dan sebagainya. Fardain Place mengajak anak muda yang ingin menceburi bidang perniagaan, memilih industri homestay kerana ia memberikan pulangan yang lumayan sekiranya bijak mengambil peluang. Ia mampu menjana pendapatan tetap sekiranya meletakkan kelangsungan industri homestay dalam kondisi yang baik. Ia mampu memacu pertumbuhan pelancongan negara pada masa depan.
Apakah perancangan di masa depan?
Fardain Place akan melakukan pelbagai kemudahan yang menarik dan istimewa pada tahun ini terutamanya kepada pasangan yang ingin berbulan madu di ibu kota. Fardain Place akan menyediakan pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan. Ia dijangka mendapat sambutan hebat kerana Fardain Place menerima permintaan tinggi daripada pelancong tempatan yang tinggal di luar Kuala Lumpur dan antarabangsa. Kami juga akan mengemas kini perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan tetamu homestay Fardain Place sekiranya mereka ingin ke luar kawasan lembah Klang antaranya Genting Highlands, Legoland dan sebagainya.
Fardain Place juga akan membuka beberapa homestay baharu di kawasan Kuala Lumpur dalam masa terdekat dan melihat potensi di beberapa lokasi strategik di luar Kuala lumpur antaranya Putrajaya dan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.

@sinar harian

Saturday, March 15, 2014

Music festival at Bukit Jalil axed after 5 deaths

sdawwer
Five people reportedly died during the second day of Future Music Festival Asia, due to methamphetamine overdose. Another 4 have been hospitalised.


The organisers of Future Music Festival Asia, Live Scape Sdn Bhd, have heeded calls made by the police to call off the last day of their 3-day event after it was reported that 5 people died last night.
The cancellation, according to Live Scape, was to help in the investigations into the matter.
The Star had quoted city police chief Senior Deputy Comm Datuk Mohmad Salleh as saying that 9 people collapsed during FMFA’s second day last night after consuming drugs at 1.30am.
The cause of the collapse, and subsequent deaths, was believed to be from methamphetamine overdose.
It was reported that 1 person died on the spot at the Bukit Jalil Sports Complex where the concert was being held while another died on the way to the hospital.
Another 3 people died at  University Malaya Medical Centre and Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital.
All were Malaysians aged between 21 and 28.
The other 4 people are still in critical condition, with 2 in a coma.
However, an official statement from the organisers said an investigation had been lodged into the media reports of the 5 deaths.
“As at 5.00PM on March 15, we can confirm that one death, and not five, took place on festival grounds on March 14,” the statement read.
It added that a police report has been filed and “they are working very closely with all relevant authorities in examining and determining the cause of this very unfortunate incident”.
Meanwhile, Mohmad said all of the 9 “tested positive for high levels of drugs and the deaths have been classified as overdose”.
Apart from that, Mohmad told The Star that throughout the 2 days of the concert so far, 22 were arrested for possession of narcotics.
With regards to ticket refunds, Live Scape said details would be announced within a week.
On the event’s website page, it was stated that “a high-visibility police operation will be in place at FMFA 2014, targeting anti-social behaviour, alcohol-related crime, and illegal drug use and supply”.
“CCTV coverage will also be used to enhance the safety of people attending the festival,” read the entry conditions.
FMFA is an annual music festival that tours Sydney, Melbourne, Brisbane, Adelaide and Perth in Australia.
In 2012, Kuala Lumpur was added to its touring list.
@therakyatpos

Wednesday, February 2, 2011

Konon-kononnya Dinner Ala western

Inilah Roti di Subway.. kira diaet yang baik dengan sayuran yang banyak
Semasa ke Times Square semasa ada urusan di Kuala Lumpur tempohari, sempat nyinggah di situ sambil intai untuk makan apa petang itu, waktu dah 6.30 petang. Sambil merayau mencari apa yang ingin disantap. Kalau boleh nak cari makanan yang tak ada kat Terengganu.

Setelah dua tiga kali melilau kawasan medan selera serta outlet-outlet yang ada di situ, akhirnya outlet Subway yang dipilih. Kata hati kita cuba ala western kali ini.

Pilihlah blogger roti bersama slice grill beef serta aksesorinya dengan salad, bawang, lettuce, zaitun, capsicum serta bbq sos dan thousand island sos. Nampak macam sedap jugak dengan sepetong cheese kat atasnya.

Tengok pada makanan tu rasanya inilah dinner aku malam ini.
Blogger makan dengan berselera sekali. Hiasan kedai walaupun simple dan ringkas namun tetap menarik.

Beginilah dinner aku hari tu


Hiasan dan dekorasi simple tapi menarik

ala western untuk perut Melayuku

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...