nuffnang adv

lazada adv

Saturday, January 28, 2017

Visa payWave dijamin selamat

Visa payWave 
 
PEMBAYARAN elektronik menggunakan Visa payWave dijamin selamat kerana mengandungi banyak lapisan keselamatan, bagi melindungi setiap transaksi yang dijalankan menggunakan kemudahan itu.
Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Koon Boon berkata, antara sistem keselamatannya termasuk penggunaan cip kriptografi maju dalam Visa payWave yang memerlukan kod unik, dijana setiap kali transaksi, bagi mengesahkan transaksi tersebut.

"Kami sedar terdapat beberapa laporan mendakwa Visa payWave tidak selamat. Walaupun ada pihak cuba lakukan demonstrasi bagaimana butiran kad kredit boleh dicuri tanpa sentuhan kad, senario ini kompleks dilaksanakan dalam dunia realiti.
"Setakat ini, tiada laporan diterima daripada pengeluar kad atau penguatkuasaan undang-undang global berpunca akibat serangan penipuan elektronik," katanya.

Koon Boon berkata, setiap transaksi menggunakan Visa akan diproses oleh rangkaian pemprosesan global, VisaNet, yang menganalisis masa nyata bagi mengawal potensi penipuan.
"Visa boleh menggunakan gambaran menyeluruh untuk mengenal pasti corak penipuan dan mengesan urus niaga yang mencurigakan ketika daftar keluar," katanya.

Beliau berkata, sejak diperkenalkan pada 2007, lebih satu juta transaksi Visa payWave dicatatkan di negara ini dan ia berkembang pada kadar melebihi 60 peratus bulan ke bulan.
"Melindungi pemegang kad dan mengekalkan kepercayaan mereka dalam pembayaran elektronik adalah amat penting di Visa," katanya.

@sinar harian

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...