nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, January 31, 2017

Tamar Jalis- Penulis seram terkenal dengan buku Bercakap Dengan Jin...




Sebut sahaja nama Tamar Jalis, mereka yang minat membaca kisah seram mesti akan kenal beliau! Tamar Jalis adalah nama pena bagi penulis buku genre seram yang terkenal di Malaysia. Beliau terkenal kerana tulisannya dalam siri Bercakap Dengan Jin. Tamar Jalis berasal dari Beruas, Perak dan berusia 77 tahun dan kini telah bersara dari bidang penulisan. Dahulu, beliau adalah ketua pengarang di sebuah syarikat penerbitan majalah popular di Malaysia. Kini, beliau dikatakan menetap di Kota Damansara.


buku tamar jalis

Novel ‘Siri Bercakap Dengan Jin’ disiarkan dalam majalah Variasari sejak April 1981 hinggalah ke Januari 2005. Untuk makluman anda, inilah siri novel seram yang paling panjang di Malaysia, Asia Tenggara dan antarabangsa. Pada 1980, majalah Variasari telah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan mengatasi majalah Mastika terbitan Utusan Melayu. Beliau menghasilkan novel ini sejak dari April 1985 sehingga Januari 2005 iaitu selama 23 tahun 6 bulan lamanya.

Kajian Prof. Dr. Adnan Nawang menganggarkan bahawa novel tersebut dicetak lebih sejuta naskhah, namun novel ini telah banyak dicetak rompak. Siri Bercakap Dengan Jin mempunyai 63 siri dan ada lagi bahagian jilid 222 hingga jilid 284 yang masih belum lagi dibukukan dari majalah tersebut. Untuk pengetahuan anda, Siri Bercakap Dengan Jin menceritakan tentang kisah hantu, jin dan makhluk halus dalam kehidupan masyarakat Melayu. Ia memaparkan sosio-budaya, psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera (Jambi, Kerinchi, Bangkahulu dan Aceh) serta kepakaran menundukkan makhluk halus.

Kelainan novel ini ialah ia memaparkan kisah benar atau separuh benar yang dialami oleh penulis sendiri. Tamar Jalis ada juga berceritakan tentang kehebatan datuknya yang bernama Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Dikatakan penulis menulis novel ini kerana atas permintaan sahabatnya Datuk Mustafa Ton yang merupakan seorang penerbit / penulis majalah Variasari. Pejabat Variasari terletak di Jalam Raja Alang, Kuala Lumpur. Mustafa Ton melantik Ahmad Mahmud sebagai Ketua Pengarang Variapop Group dan sebagai jalan meningkatkan pengedaran, novel tersebut telah diusahakan dan terbukti berjaya.

tamar jalis pegang buku

Nama sebenar Tamar Jalis ialah Ahmad Mahmud atau Ahmad @ Mohd.Radzi Mahmud. Beliau dilahirkan pada 13 September 1940 di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Beruas, Perak. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Teknik, Ipoh di dalam bidang tukang kayu dan binaan. Kemudian beliau telah menjadi Juruteknik Rendah di sebuah jabatan kerajaan selama tiga bulan pada tahun 1959 dan seterusnya menjadi buruh kereta api KTMB selama lima hari. Awal tahun 1960, Ahmad Mahmud beralih menjadi buruh kasar membina jana elektrik di Cameron Highland pula.

Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau telah beralih arah ke bidang penulisan dan dilantik sebagai penyunting akhbar Harian Watan pada tahun 1977 hingga 1979. Kemudian sebagai editor majalah terbitan Penerbitan Adabi seperti Widya, Aktual dan Rintis pada tahun 1980. Pada tahun 1981, Ahmad Mahmud dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Variapop Sdn Bhd yang menerbitkan majalah Variapop, Variasari dan Famili

@komuniti orang perak

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...