nuffnang adv

lazada adv

Saturday, January 28, 2017

Generasi Peneroka Tuntut Janji ‘Town Ship’ Felda Chalok

SETIU – Janji untuk membangunkan perbandaran Felda (Town Ship) Chalok Kampung Rahmat sudah empat tahun berlalu, sejak diheboh-hebohkan sebelum pilihan raya umum kali ke-13 lalu.
Diantara perkara yang menjadi bahan kempen Barisan Nasional (BN) melalui Felda adalah, membina rumah bagi generasi baharu, yang termasuk dalam pembangunan Town Ship tersebut.
Generasi kedua Felda tersebut, Azmi Maarof, 56, kesal kerana tanah seluas 43 hektar itu kini, menjadi semak samun semula.
“Jadi maknanya sampai sekarang empat tahun lebih dah……. jadi dengar khabarnya rancangan untuk buat ‘Town Ship’ ni ditangguh atau dibatal tu……. tak taulah?
“Dan antara projek yang dibuat ni perumahan generasi (Felda), perkedaian dan pejabat an kawasan ini melibatkan 43 hektar,”ujarnya.
Beliau yang dtemui di kampung tersebut berkata, kawasan tersebut pada mulanya adalah tanah rezab milik Felda ang dutanam oleh syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd dengan anak-anak kelapa sawit.
“Dia (projek ini) di sepanjang jalan (Kelantan) daripada tempat kita berada ni sehinggalah ke Kampung Chalok Kedai dekat stesyen minyak dan untuk rancangan ini juga Felda dalam perancangan awal nak ambil balik tanah peneroka lebih dalam empat lot rasanya,
“Enam ekar satu lot jadi enam kali empat sama dengan 24 ekar……….ada antara lot-lot tu yang telah ditanam terpaksa dibuang anak semula kerana projek ni semasa (hampir) pilihan raya (lalu),”jelas beliau.
Sepatutnya, kata Azmi, pembangunan dan pembinaan rumah generasi anak-anak peneroka lebih di situ diutamakan, kerana ia adalah tanah rancangan Felda yang paling awal di negeri Terengganu.
Namun, sebaliknya sudah ada empat generasi di kawasan Felda itu, tidak ada walaupun sebuah rumah yang dibina.
“Jadi apa yang kita harap sangat-sangat kita generasi kedua, ke tiga dan ke empat di Felda Chalok ini mengharap sungguhlah supaya tanah ini dibangun untuk perumahan generasi,
“sebab Felda Chalok ni antara Felda yang paling tua sekali dalam Negeri Terengganu…..yang mana peneroka asalnya mari sini pada (sejak) tahun1957 lagi,”kata beliau.
Mewakili golongan terbabit, beliau berharap projek tersebut tidak hanya menjadi ‘gula-gula’ politik, apabila hampir pilihan raya akan datag pula.
“Jadi kita pun tak maulah maknanya……. atas isu tanah generasi kedua ini di jadikan isu politik dekat pilihanraya baru mari………baru nak buat,
“kita harap supaya Felda mengambil tanggungjawab sosial untuk generasi- generasi Felda di kampung kita ni di Felda Chalok ini,”tegas beliau

@buletin online

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...