nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label world. Show all posts
Showing posts with label world. Show all posts

Monday, August 21, 2017

Jom Kenali Bangsa Inuit.. apa yang anehnya

Image may contain: 1 person, smiling

Ada satu kaum Tuhan ciptakan tinggal di Greenland yang sejuk di kawasan tundra. Jika di padang pasir di diami arab badwi, hutan hujan khatulistiwa di diami orang asli. Kawasan sejuk artik pula di diami oleh bangsa Inuit. Mudah kata orang eskimo.

Apa yang menariknya tentang bangsa ini, diet pemakanan mereka. Sebelum pengaruh gaya hidup moden sampai pada mereka. Percaya atau tidak golongan ini makan lemak haiwan macam makan nasi. Sumber makanan yang ada cuma ikan, caribou, anjing laut dan ikan paus. Caranya makan mentah, rebus atau salai. No kari, no masak lemak, no masak kicap. 

Image may contain: 13 people

Kawasan suhu di bawa paras beku mana ada tempat untuk bercucuk tanam, jika hendak menikmati hasil hutan pun kena tunggu musim panas melanda. Itupun hanya buah beri, rerumput dan stem akar kayu yang di perolehi. Tiada gandum, beras, jagung mahupun barli.

Bagi orang biasa macam kita ini. Tanpa nasi atau sumber karbo kita tak boleh hidup. Apa akibatnya menelan daging tanpa sumber karbohidrat? Badan akan menukar lemak kepada ketones sebagai bekalan tenaga. Proses ini di panggil Ketosis. Ketosis untuk jangka masa sederhana adalah baik. Efeknya seperti kita berpuasa. Itu yang menyebabkan badan boleh jadi kurus. Tapi jika terlalu ekstrem badan manusia akan mengalami Ketoacidosis.

Image may contain: one or more people

Nak explain pun panjang. Senang cerita darah boleh menjadi terlalu berasid dan boleh menyebabkan kematian. Ditambah lagi risiko gout akibat mendakan asid urik akibat pengambilan makanan laut dan risiko kerosakkan buah pinggang disebabkan pengambilan protein yang tinggi.

Image may contain: 1 person, ocean and water 
 

Sebab itu diet rendah carbohidrat seperti diet Atkins tidak digalakkan untuk tempoh yang berterusan.
Yang menariknya nisbah bangsa inuit kurang mengalami sakit jantung, darah tinggi, stroke atau masalah yang di atas walaupun mengamalkan cara pemakanan yang ekstrem ini. Hayat usia pun boleh tahan dari 67 hingga 72 tahun. Itu belum lagi di campur lagi dengan misteri dari mana mereka mendapatkan vitamin C.

Ini kau makan daging kambing sepinggan dah duduk panas mengipas pening-pening. Tak lama pastu kena darah tinggi.

Muhamad Khair
FB SEPAT Paranormal Team

Friday, March 31, 2017

Kisah Dan Bagaimana CEO Amazon Berjaya Menjadi Manusia Kedua Terkaya Dunia




Akhirnya Jeff Bezos boleh menghembus nafas lega selepas syarikat yang dibangunkannya pada 22 tahun lepas telah berjaya mencatat keuntungan yang konsisten selepas mengalami detik yang sukar pada sedekad pertama penubuhan. Lebih manis apabila beliau sendiri pada minggu ini berjaya menjadi manusia kedua terkaya dunia.



Antara faktor terbesar dalam peningkatan kekayaan Jeff Bezos adalah disebabkan peningkatan saham Amazon yang melonjak sehingga 50% sejak beberapa tahun yang lepas. Ditambah pula dengan kekayaan yang sedia ada serta inovasi terbaru daripada beliau sendiri, tidak hairanlah tempat Warren Buffett kini diganti dengan nama yang baru.

Jika anda fikirkan bisnes Amazon sekadar menjual barangan secara online anda mungkin silap. Berdasarkan beberapa tahun yang lepas sahaja, Jeff Bezos telah menambah pelbagai lagi model bisnes buat Amazon termasuk sistem cloud computing Amazon yang dinamakan sebagai AWS.
Amazon juga dikhabarkan telah mengubah tabiat pembelian pengguna mendapatkan barangan runcit dengan perkenalan Amazon Go. Konsepnya mudah. Pengguna tidak lagi perlu  beratur dan membayar di kaunter. Hanya ambil dan go! Segala pembayaran bakal diselesaikan sejurus anda keluar daripada Amazon Go Store.
Kebergantungan Amazon Online Store tidak hanya tertakluk kepada servis kurier sedia ada, Jeff Bezos turut memperkenalkan sistem penghantaran menggunakan dron.
Alasannya mudah, bagi membolehkan pengguna menerima 30 minit selepas pesanan dibuat. Tiada lagi penantian sehingga hari esok. Saya fikir kalau sistem bisnes seperti ini ada di Malaysia mesti kaki shopping online yang paling excited. Anda boleh ikuti kisah dron Amazon Prime ini di sini.




Terbaru, Jeff Bezos bakal membuka sebuah lagi cabang bisnes terbaru beliau dibawah kendalian syarikat Blue Origin. Bisnes terbaru beliau yang bakal bermula 2018 ini membolehkan orang ramai untuk ke angkasa lepas bagi merasai sendiri pengalaman berada di tempat zero gravity. Dianggarkan harga bagi seorang penumpang bakal mula ditawarkan dengan harga bermula $250,000 USD (~RM1.1 juta). 



Begitulah sedikit sebanyak mengenai individu yang berjaya menduduki tempat kedua sebagai manusia terkaya dunia. Berjaya mengoptimasikan sesebuah bisnes, cipta lagi sebuah bisnes yang baru. Soal modal, gunakan prinsip ‘money make money‘ atau kongsikan share syarikat kepada orang kepentingan syarikat agar syarikat dapat terus maju dan berkembang.

Berdasarkan laporan daripada Blomberg, kekayaan Jeff Bezos kini dinilai pada anggaran $75.6 billion mengatasi dua pencabar terdekat iaitu Warren Buffett dan Amancio Ortega yang masing-masing dinilai pada dengan kekayaan $75.5 bilion dan $74.1 billion. Bill Gates terus kekal sebagai manusia terkaya dunia dengan nilai kekayaan $86 billion meskipun sudah melepaskan pecahan saham yang besar di dalam Microsoft

@the vocket

Saturday, March 25, 2017

Sejarah Ringkas Rockefeller Dan Mengapa Keluarga Ini Sangat Berpengaruh Di Seluruh Dunia




March 22, 2017 11:56 AM
Semalam perginya cucu terakhir mogul bisnes Amerika Syarikat, John D. Rockefeller. Nama Rockefeller sangat terkenal di seluruh dunia kerana beliau adalah salah seorang public figure terhebat yang pernah muncul dalam sejarah Amerika Syarikat. Mengapa John D. Rockefeller ini sangat terkenal dan mengapa pengaruhnya sangat besar di seluruh dunia?
Lahir pada tahun 1839, karier John Davidson Rockefeller bermula di usia 16 tahun apabila kerja pertamanya adalah sebagai pembantu di sebuah kedai buku di Cleveland, Ohio. Walaupun baru berusia 16 tahun beliau mempunyai cita-cita untuk mempunyai pekerjaan dengan gaji yang tinggi dan hidup lebih 100 tahun.

John D Rockefeller bersama anaknya, John Rockefeller Jr dan 6 cucunya
Bermula sebagai syarikat penapisan minyak, John D mula belajar sedikit demi sedikit ilmu industri minyak sehinggalah pada tahun 1870, beliau menubuhkan syarikat Standard Oil yang kemudiannya memonopoli industri minyak di Amerika Syarikat. Disebabkan permintaan tinggi minyak tanah dan petrol pada tahun 1897(ketika ini minyak masih banyak digunakan untuk menyalakan rumah sebelum penggunaan elektrik) Standard Oil mengawal hampir 90% pasaran minyak ketika itu. Dengan wujudnya industri automotif dalam jangka masa yang sama, tiada yang dapat menghalang penguasaan Standard Oil.
Standard Oil meraih monopoli dalam bidang minyak dengan membeli kilang penapisan syarikat musuh dan memperkenalkan syarikat sendiri untuk tujuan pemasaran dan distribution minyak ke seluruh dunia. Pada 1882, kesemua syarikat ini digabungkan kepada Standard Oil Trust, di mana Standard Oil kini memiliki 90% pusat penapisan minyak dan paip saluran minyak di seluruh negara.

Cuma pada 1911, Standard Oil dipecahkan monopolinya oleh kerajaan persekutuan menjadi beberapa syarikat besar yang ada sampai ketika ini seperti BP, Exxon-Mobile, Chevron, Esso dan beberapa lagi. John D menjadi billionaire pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1916 dan pada kemuncaknya, nilai John D adalah pada kadar 1.5% dari nilai keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat. Sangat hebat untuk seorang individu memegang 1.5% nilai ekonomi sesebuah negara.
John D. Rockefeller juga terkenal sebagai seorang yang philanthropist (dermawan). Beliau adalah pengasas untuk dua buah universiti terkenal dunia; University of Chicago dan Rockefeller University. Sepanjang hidupnya, berbillion dollar telah disalurkan John D kepada beberapa badan amal dan juga untuk penubuhan dua universiti ini.
Kontroversi dan Konspirasi

Banyak yang diperkatakan tentang keluarga Rockefeller ini. Antaranya adalah cara Rockefeller menguruskan Standard Oil yang mengundang kontroversi. Standard Oil menjalankan perniagaan dengan ‘membuli’ syarikat minyak kecil di mana akhirnya, mereka terpaksa gulung tikar dan menjual syarikat kecil mereka kepada Standard Oil.
Walaupun Standard Oil dibubarkan pada tahun 1911 kepada beberapa syarikat minyak yang ada hingga ke hari ini, Rockefeller mempunyai share di setiap syarikat-syarikat minyak ini dan keluarga beliau masih mendapat keuntungan sehingga ke hari ini.

Virus Zika yang melanda dunia terutamanya di Brazil ketika sukan Olimpik 2016 membuatkan satu dunia panik. Kesannya kepada ibu mengandung membuatkan virus Zika ini sangat ditakuti. Isunya di sini adalah virus Zika ‘dijumpai’ oleh Rockefeller Foundation. Ada yang berpendapat virus zika ini adalah virus ciptaan Rockefeller untuk masyarakat dunia membeli antidot virus ini dari mereka. Disebabkan penyakit ini dipatenkan kepada nama Rockefeller Foundation, hanya mereka yang boleh menghasilkan antidot untuk virus Zika ini.
Keluarga Rockefeller merupakan shareholder terbesar Chase Bank (kini dikenali sebagai JP Morgan Chase Bank) cucu terakhir Rockefeller, David adalah chairman untuk Chase Bank. Menariknya tentang Chase Bank ini adalah Chase merupakan bank pertama dari Amerika Syarikat yang membuka cawangan di Russia. Chase Bank juga tidak terlepas dari kontroversi apabila pernah menjadi orang tengah dalam urusan keewangan dengan pihak Nazi German ketika perang dunia kedua.
Walaupun sering dikecam, Rockefeller merupakan antara individu yang mengubah landskap ekonomi Amerika Syarikat. Sistem kapitalis terpimpin yang diamalkannya menjadi ikutan sehingga ke hari kini.

Adakah keluarga Rockefeller dan Rothschild mempunyai kaitan? Jika diikutkan, ya kerana sebagai keluarga yang paling berpengaruh di dunia, Rothschild mempunyai kuasa untuk mengawal sistem keewangan dunia dan Rockefeller memerlukan kuasa itu untuk meluaskan empayar Rockefeller ke seluruh dunia.
Inilah pengenalan keluarga John D. Rockefeller secara ringkasnya. Walaupun ahli keluarga asal terakhir John D Rockefeller, David meninggal dunia isnin lalu, ianya tidak langsung memusnahkan legasi yang ditinggalkan oleh John. Dikhabarkan David menjalani 7 kali pembedahan heart transplant untuk beliau panjangkan umur sehingga usia 101 tahun. Kini, generasi baharu Rockefeller pula yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan David. The show must go on. Business as usual.

@the vocket

Friday, January 27, 2017

Trump keluarkan larangan visa untuk 7 negara Islam


Donald Trump




WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Setelah dilantik secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 pada 20 Januari 2017, Donald Trump telah menandatangani 10 perintah eksekutif.
Memetik laporan New York Times, sementara itu, tindakan terbaharu Trump adalah akan menghentikan pengeluaran visa pelancong ke atas tujuh buah negara iaitu Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman.
Menurut laporan itu lagi, pelaksanaan tindakan Trump itu sesuai dengan janjinya sewaktu kempen pilihan raya AS berhubung isu itu pada tahun lepas.
Sementara itu, memetik laporan Washington Post pula menyatakan tindakan Trump itu tidak jelas sama ada draf diterbitkan adalah versi akhir, atau bila Trump akan menandatanganinya

Sumber: Sinar Harian

Sunday, March 16, 2014

Malaysia’s Biggest, Tallest, Oldest and Best



While Malaysia may not be a big or as well-known globally as China, India, Europe or the USA, it is a country that holds many world records. Here are some of Malaysia’s oldest, tallest, biggest and bests. 

Taman Negara – The World’s Oldest Rainforest
Transecting the states of Pahang, Kelantan and Terengganu, Taman Negara, which was founded in 1938 as the King George the V National Park is the world’s oldest rainforest. It is more than 130 million years old, and because it lies on the equator, its ancient jungles were not destroyed by the ice ages. There are few places on earth with more wildlife and plant species than Taman Negara, and the park is home to more than 14,000 species of plants, 240 types of trees and 200 mammals including Sumatran rhinoceros, Great Argus, Malayan Tiger, and Asian elephant.

The Sarawak Chamber – The World’s Largest Cave Chamber
In Gunung Mulu National Park in Sarawak, you’ll find the world’s largest cave chamber in Gua Nasib Bagus, or Good Luck Cave. It was discovered by British cavers, Andy Eavis, Dave Checkley and Tony White in 1981, and named the Sarawak Chamber. This chamber is 700 metres long, 400 metres wide and at least 70 metres high, and large enough that is can fit 40 Boeing 747s comfortable. If you're visiting Gunung Mulu, it is also worth exploring Clearwater Cave which houses one of the world’s largest underground river systems, and Deer Cave, where you can see an awe-inspiring exodus of millions of bats in the evenings.

Petronas Towers – The World’s Tallest Twin Towers
At 542 metres, the Petronas Twin Towers in Kuala Lumpur are the tallest twin buildings in the world. Both towers have 88 floors and on the 41st and 42nd floors, is a double decker skybridge, which also happens to be the highest two-story bridge in the world. You can enjoy stunning 360-degree views of the city from this skybridge, which connects the two towers.

Barracuda Point, Sipadan – World’s Best Dive Site

While it’s not official, serious divers and marine life enthusiasts all say that Barracuda Point in the Sipadan Islands is the best dive site in the world. There are few places where you will see a constant stream of pelagic fish, hammerhead sharks and shoals of barracuda. The sheer variety and level of activity in Barracuda Point is a dream come true for underwater photographers. 

Mount Kinabalu – The Home of the World’s Largest Flower
At 4,095 meters above sea level, Mount Kinabalu in Sabah is the tallest mountain in the Malaysia, and a favourite destination for hikers and nature lovers. It is recognized as one the most important biological sites in the world as it is home to more than 5,000 species of plants, over 100 mammals like the orang utan and Borneo ferret-badger, and more than 300 species of birds. Mount Kinabalu is also home to the largest flower in the world, the parasitic Rafflesia, which has flowers that grow up to 37 inches in diameter. 

Batu Caves – The World’s Tallest Statue of Murugan
Lord Murugan, the Hindu deity of youth, vitality and happiness is worshipped by many Hindus in Malaysia, and the tallest Murugan statue in the world can be found here in Batu Caves, a 400 million year old limestone hill with a series of caves situated about 15 kilometres north of Kuala Lumpur. Constructed with 1,550 cubic metres of concrete, 250 tons of steel and 300 litres of gold paint, the gilded 42.7 metre long statue costs US$670,000 to build.

Sepilok Rehabilitation Centre – The World’s Largest Orang Utan Sanctuary

There are only about 30,000 orang utans left in the world and they can be found in Borneo and Sumatra. The Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre in the town of Sandakan in Sabah was set up in 1964 to save orphaned baby orang utans. Today, it is the largest orange utan sanctuary in the world with about 80 apes living freely on the 4,300-hectare reserve and about 25 babies living in the nurseries. The centre is open for public visits so you can observe the apes in their natural habitat.


@yahoonews

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...