nuffnang adv
lazada adv
Friday, March 31, 2017
Kisah Dan Bagaimana CEO Amazon Berjaya Menjadi Manusia Kedua Terkaya Dunia
Akhirnya Jeff Bezos boleh menghembus nafas lega selepas syarikat yang dibangunkannya pada 22 tahun lepas telah berjaya mencatat keuntungan yang konsisten selepas mengalami detik yang sukar pada sedekad pertama penubuhan. Lebih manis apabila beliau sendiri pada minggu ini berjaya menjadi manusia kedua terkaya dunia.
Antara faktor terbesar dalam peningkatan kekayaan Jeff Bezos adalah disebabkan peningkatan saham Amazon yang melonjak sehingga 50% sejak beberapa tahun yang lepas. Ditambah pula dengan kekayaan yang sedia ada serta inovasi terbaru daripada beliau sendiri, tidak hairanlah tempat Warren Buffett kini diganti dengan nama yang baru.
Jika anda fikirkan bisnes Amazon sekadar menjual barangan secara online anda mungkin silap. Berdasarkan beberapa tahun yang lepas sahaja, Jeff Bezos telah menambah pelbagai lagi model bisnes buat Amazon termasuk sistem cloud computing Amazon yang dinamakan sebagai AWS.
Amazon juga dikhabarkan telah mengubah tabiat pembelian pengguna mendapatkan barangan runcit dengan perkenalan Amazon Go. Konsepnya mudah. Pengguna tidak lagi perlu beratur dan membayar di kaunter. Hanya ambil dan go! Segala pembayaran bakal diselesaikan sejurus anda keluar daripada Amazon Go Store.
Kebergantungan Amazon Online Store tidak hanya tertakluk kepada servis kurier sedia ada, Jeff Bezos turut memperkenalkan sistem penghantaran menggunakan dron.
Alasannya mudah, bagi membolehkan pengguna menerima 30 minit selepas pesanan dibuat. Tiada lagi penantian sehingga hari esok. Saya fikir kalau sistem bisnes seperti ini ada di Malaysia mesti kaki shopping online yang paling excited. Anda boleh ikuti kisah dron Amazon Prime ini di sini.
Terbaru, Jeff Bezos bakal membuka sebuah lagi cabang bisnes terbaru beliau dibawah kendalian syarikat Blue Origin. Bisnes terbaru beliau yang bakal bermula 2018 ini membolehkan orang ramai untuk ke angkasa lepas bagi merasai sendiri pengalaman berada di tempat zero gravity. Dianggarkan harga bagi seorang penumpang bakal mula ditawarkan dengan harga bermula $250,000 USD (~RM1.1 juta).
Begitulah sedikit sebanyak mengenai individu yang berjaya menduduki tempat kedua sebagai manusia terkaya dunia. Berjaya mengoptimasikan sesebuah bisnes, cipta lagi sebuah bisnes yang baru. Soal modal, gunakan prinsip ‘money make money‘ atau kongsikan share syarikat kepada orang kepentingan syarikat agar syarikat dapat terus maju dan berkembang.
Berdasarkan laporan daripada Blomberg, kekayaan Jeff Bezos kini dinilai pada anggaran $75.6 billion mengatasi dua pencabar terdekat iaitu Warren Buffett dan Amancio Ortega yang masing-masing dinilai pada dengan kekayaan $75.5 bilion dan $74.1 billion. Bill Gates terus kekal sebagai manusia terkaya dunia dengan nilai kekayaan $86 billion meskipun sudah melepaskan pecahan saham yang besar di dalam Microsoft
@the vocket
Labels:
AMAZON,
business,
CEO,
creative,
FORBES,
idea,
Jeff Bezos,
motivation,
successful,
tips,
world
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment