.
.
1. TAK PERLU TAHU
Saya berasal dari industri musik. Saya langsung tak tahu tentang kapal
terbang. Kepada usahawan diluar sana, anda tak perlu tahu semua perkara
tentang apa yang anda ingin buat. Ia berkaitan idea, semangat dan juga
berkaitan mengambil tindakan.
.
2. JUST DO IT!
Jangan
biarkan sesiapa beritahu anda bahawa anda tak boleh buat. Kita hanya ada
satu sahaja kehidupan, jadi anda tidak boleh nak undur atau kata
“Alangkah bagus kalau dulu saya buat begitu”.
Oleh sebab itu,
saya nasihatkan anda semua diluar sana, JUST DO IT. Hidup setinggi yang
mungkin, sentiasa positif. Kalau anda jatuh, sekurang-kurangnya anda
telah cuba.
Saya pernah gagal teruk dalam bidang Formula One,
tapi saya tidak ada penyesalan sebab saya dah duduk level tinggi dengan
kehebatan Ferrari, McLaren dan lain-lain
.
3. SEMANGAT ADALAH KUNCI PENYELESAIAN MASALAH
Impian memang akan jadi impian. Jangan risau tentang kegagalan. Buat
sehabis baik. 9 dari 10, sekiranya anda bersemangat, anda akan jumpa
jalan penyelesaiannya.

.
4. LABUR DALAM MARKETING
Sekiranya anda ada idea yang paling hebat dalam dunia, tolong, tolong,
tolong bajetkan kewangan anda pada marketing. Jika anda tak laburkan
duit anda pada marketing, tidak ada siapa pun yang akan dengar idea
hebat anda.
Di luar sana, terlalu banyak idea yang hebat, tapi tidak terlaksana kerana kurangnya marketing.
Marketing bukan untuk keuntungan, tapi ia adalah hubungan (Public
Relation, PR). Dalam AirAsia, kami tidak ada kewangan. Jadi, saya ke
mana-mana sahaja mesti dengan cap merah saya dan selalu beri statement
yang kontrovesi pada media supaya media selalu mengambil gambar saya.
Itu marketing AirAsia pada peringkat awal.
Kita dah alami pelbagai isu dan marketing memainkan peranan penting dalam mengatasi isu-isu tersebut.
Masih ingat lagi tentang penyakit SARS (Severe Acute Respiratory
Syndrome)? Ketika itu, tidak ada siapa yang ingin terbang. Kami sangka
ketika itu bisnes kami akan mati.
Semua orang kurangkan bajet
marketing, tapi saya beritahu pada team saya supaya jangan kurangkan
bajet marketing sebab inilah masa paling sesuai untuk naikkan jenama
kami. Kami tingkatkan bajet marketing kami 3x ganda ketika itu dan ramai
kata pada saya “Kau ambil dadah?”. Saya jawab tidak, waktu ini waktu
paling sesuai sebab orang lain tidak buat iklan mereka.
Masa
pengeboman Bali berlaku, semua orang ketika itu cancelkan penerbangan
mereka. Saya kata dengan team, kita tak boleh matikan route Bali. Kita
mesti teruskan penerbangan ke sana.
Jadi, kami buat satu kempen
‘LOVE BALI’, kami berikan 10,000 seat percuma dan hasilnya sangat
berkesan. Kesemua 10,000 seat habis diambil orang dalam masa seminit.
Dan mereka yang dapat seat percuma hebahkan pada kawan mereka melalui
media sosial. Iklan yang paling baik adalah dari pelanggan anda.

.
5. LEVERAGE SOCIAL MEDIA
Orang Malaysia, bila dapat tawaran baik, mereka akan hebahkan pada satu
dunia tentang tawaran itu. Jadi masa 10,000 yang pergi ke Bali beritahu
10,000 lain yang mereka seronok di Bali. Itulah peringkat awal
bagaimana AirAsia boleh masuk ke media sosial.
Jadi kami sedar
tentang kehebatan media sosial pada peringkat awal. Selepas Facebook
& Twitter datang, kami segera gunakan medium tersebut. Sekarang ini,
kami dah ada 32 juta orang dalam beberapa platform media sosial dan 7%
jualan bisnes kami datang direct dari media sosial.
Kempen ‘LOVE BALI’ mengajar kami iklan yang paling baik adalah dari pelanggan kami.
.
6. JANGAN TAKUT DENGAN KOMPLEN
Komplen @ feedback sebenarnya penyelidikan marketing secara percuma.
Pelanggan sanggup menghabiskan masa untuk menulis beritahu apa masalah
dan bagaimana nak selesaikannya. Biasa diluar sana, kebanyakan syarikat
bayar mahal pada consultant untuk beritahu perkara yang sama
Sebab itu kami sangat menghargai setiap emel dan melayani mereka dengan baik.

.
7. FOKUS PADA 1 IMEJ DALAM BRANDING
Ketika peringkat awal, AirAsia mempunya logo burung dalam branding.
Sekiranya anda lihat jenama terkemuka dunia, mereka hanya ada satu imej
sahaja yang masuk dalam kepala kita. Bila kita sebut ’Shell’, kita
fikir tentang logo Shell. Bila sebut “Coca-Cola”, anda fikir perkataan
“Coke” dalam italic. Bila sebut tentang “Nike”, anda fikir tentang
‘tanda betul’.
Jadi, masa peringkat awal, kami tukarkan logo
burung kepada ‘AirAsia’ sebagai logo kami. Hanya satu imej. Kenapa perlu
belanja 2x ganda untuk 2 logo branding?
Kami juga hilangkan
warna biru dan hijau. Saya berusaha untuk tak gunakan warna merah, sebab
semua akan fikir saya nak jadi seperti Richard Branson (Founder Virgin
Group & Frenandes former boss), tapi merah adalah warna terbaik,
jadi kami pun pilih merah.
Jadi, ianya berjaya, pemilihan warna menyebabkan segalanya berubah.
.
8. TURUN KE BAWAH
Apa yang saya selalu buat adalah, sebulan sekali saya akan bawa beg,
saya jadi crew cabin dan kadang-kadang jaga kaunter ‘check-in’.
Saya buat perkara ini ada 2 sebab; Yang pertama adalah anda tidak boleh
jadi CEO yang efektif selagi anda belum pernah merasai pengalaman kerja
bawah secara betul-betul.
Ada satu kisah benar. Team handle beg
bagasi beritahu saya yang mereka perlukan tali loaders untuk handle beg
bagasi. Saya beritahu mereka “Tidak, kita tak boleh beli, terlalu
mahal”.
Jadi ada suatu hari, saya ditugaskan untuk bawa beg
bagasi dan ditempatkan pada penerbangan ke Indonesia. Kebiasaan orang
yang terbang bersama kami secara umumnya bawa barang seperti seluruh isi
rumah, tapi orang yang terbang ke Indonesia biasanya bawa barang rumah
sendiri beserta rumah jiran sekali.
Terllu banyak bagasi yang
perlu diuruskan. Dalam proses handle bagasi, tulang belakang saya patah
dan saya beritahu team saya, mereka betul dan saya salah dan kami
putuskan untuk beli tali loader tersebut.
Sekiranya saya tak
turun bawah dan merasai kerja tadi, duduk dengan selesa dan nyaman di
ofis sahaja, saya akan buat keputusan yang salah dan sebabkan banyak
bagasi rosak dan pekerja mungkin mulakan union.
Sebab kedua
adalah untuk mencari bakat. Saya bukan mencari bakat yang datang dari
Oxford @ Cambridge, saya cari jenis individu yang keputusannya hanya SPM
Pangkat 3 yang perlukan peluang kedua.

.
9. JANGAN PANDANG RENDAH TEAM ANDA
Saya langgar semua peraturan dalam mencari team. Bagi saya, selagi anda punyai impian, anda boleh buat apa sahaja.
Ada seorang seorang ex-krew cabin, dia datang pada saya suatu hari dan
beritahu saya impian dia adalah ingin menjadi pilot. Saya beritahu dia,
“go for it”.
Pada suatu hari, dia hubungi saya dan tanya saya
yang dia ingin menyertai pertandingan Ratu Cantik Thailand, dan saya
beritahu dia “ok” tapi dengan syarat kami boleh gunakan gambar dia dalam
marketing kami.
Dia menang pertandingan Ratu Cantin Thailand dan
baru-baru ini telah menjadi kapten. Kami merupakan satu-satunya
syarikat penerbangan dalam dunia yang pilotnya adalah Ratu Cantik.
Pengajaran disini adalah kami adalah struktur yang membolehkan beliau
hubungi saya sendiri dan beritahu apa impian beliau dan kami dapat asah
bakat beliau kepada permata.
Satu lagi kisah dalam team kami ada
seorang budak muda, bertugas sebagai tukang handle bagasi di Kuching
beritahu saya yang dia ingin jadi pilot, dan saya pun benarkan untuk dia
kejar impian dia. Akhirnya dia telah lulus kesemua ujian peperiksaan
dan mendapat result yang paling tinggi dalam akademi penerbangan.
Sekarang, beliau adalah kapten / pilot.
Kami ada banyak kisah sebegini dalam AirAsia.
Aset paling berharga selain idea adalah team anda sebab pengakhirannya adalah team anda yang akan bawa idea anda.
.
10. DATA IS KING
Kami ada sejumlah database yang sangat banyak dan kami tak tahu nak
buat apa dengannya tapi orang lain sangat berminat dengan database yang
kami ada. Jadi, kami fikirkan database yang kami ada ini sangat bernilai
pada orang lain, mesti ada peluang yang kami boleh gunakan.
Sekarang, kami sedang teroka suatu yang baru. Kami bercadang untuk
lancarkan TripAdvisor versi kami sendiri, alat travel, saluran media
baru seperti YouTube dan banyak lagi. Database memainkan peranan penting
dalam bidang baru yang kami ingin terokai. Data will be king!
@FB Nazrin Faiz... TQ Bro