nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, March 7, 2017

Suara hati seorang Wakil Rakyat @ YB tentang masalah BRIM tak lulus...ini baru YB

Image may contain: 1 person

SAYA BUAT, SAYA TANGGUNG!
( tulis panjang skit, ada masa baca. Takde masa scroll down saja cepat2)
BRIM & SSM
Kerana posting sy ini kemarin ( 7 Ogos), ramai yg msg sy memberi ingatan dan mencadangkan sy padam. Ada juga yg menghantar fakta2 utk memperbetulkan tanggapan salah saya. Ada antara mereka yg sngt2 senior dalam politik Terengganu. Ada yg smp memperli sy dgn kata2;
" ikut yb lah doh yb bijak pandai".
" demo ni wakil rakyat kerajaan...knp tulis gitu?"
" akaun fb demo kena hack ke?"

Sy memaklumkan bahawa sy sendiri yg menulis posting tersebut dan sy bertanggung jawab atas apa yg saya tulis. Saya buat, saya tanggung!
Sy ucapkan terima kasih. Mungkin juga mereka bimbang masa depan hayat politik sy jika terlalu keras memberi pandangan. Oleh krn sy menulis di media ini..maka sy memilih utk menjawab disini juga.

Sy tidak menafikan kebenaran fakta mereka. Tapi HAKIKAT nya rakyat tidak senang dgn apa yg berlaku sekarang. Sy ulang , rakyat rasa tidak senang dgn apa yg berlaku skrg dlm mslh BRIM. Ini juga satu fakta. Sy tidak menulis jika sy tiada bukti. Ramai yg mengadu permohonan mereka di tolak kerana SSM. Di ruangan komen posting sy ramai juga yg menyatakan mslh mereka dan menunjukkan bukti.

Bahkan kemarin, ketika sy sedang berjln di hadapan dereta kedai di bandar Jerteh seorg kwn menyapa.. lalu berkata " mujur kawe jumpa demo..kawe nak luah rasa tak puas hati psl apa BRIM kawe tak lulus" lalu mengeluarkan kertas cetakan status permohonan beliau. Sy menatapnya dgn sayu dan mulut terkunci... bukan krn sy tiada jwpn.. sy pun faham mslh sebenar...sy pilih utk tidak jwb krn sy tau jwpn FAKTA sy itu hnya akan lebih memanaskan beliau. Sy berlalu sambil menepuk bahu seraya berpesan..." sabar lah dulu..Insyallah ada rezeki demo".

Rakyat faham FAKTA, rakyat faham PROSEDUR. Jgn kata mereka tak faham. Yg rakyat dan saya sndiri tak faham ialah...knp akhir2 ini terlalu banyak halangan2 utk rakyat mendapatkan bantuan yg mereka layak dpt? Knp di kenakan pelbagai syarat yg menjerut mereka. Dan syarat2 tu oula sekajap begitu sekejao begini. Sekaali di tolak..sekali disuruh rayuan pula.
Adakah pihak atasan tau...ramai kalangan rakyat menunggu BRIM ni masuk ke akaun mereka seperti kita ghairah menunggu pengumuman bonus kaki tangan kerajaan. Betapa besarnya makna BRIM kpd mereka.

Dan....byg kan betapa hampa nya mereka setelah berulang kali menyemak ada ke tidak duit dlm akaun..tiba2 menerima jawapan PERMOHONAN ANDA DI TOLAK. Ada yg memohon dr tahun lepas, di jawab " DALAM PROSES"...tapi sampai sudah tak dapat tanpa di berikan alasan konkrit sedangkan beliau layak( sila rujuk ruangan komen di posting saya)
PERMUDAHKAN kan urusan rakyat. INSYALLAH akan di permudahkan urusan pemimpin. Jgn biarkan mereka keliru dgn mcm2 syarat dan alasan. Jgn pula jadikan mereka spt peminta sedekah yg terpaksa merayu2 utk mendapatkan bantuan. RAIKAN lah pandangan rakyat. Jika kita benar2 mahu membantu...

AKHIR nya; berbalik kpd soalan kwn2 berkaitan " hayat politik " dan " sebagai wakil rakyat kerajaan" ini jawapan saya;
Gelaran Wakil Kerajaan terpakai ketika DEWAN UNDANGAN NEGERI bersidang, atau dlm mana2 keadaan yg sy mesti pertahankan kerajaan apabila berdepan dengan pembangkang. Matian2 saya akan pertahankan kerajaan.

Gelaran Wakil Rakyat ialah kerana sy mewakili rakyat. Mereka memilih saya secara sah. Apabila mereka bersuara, saya WAJIB menyampaikan suara mereka kpd org atas. Walau pun betul di mata kerajaan, tetapi tidak di mata dan hati rakyat...maka saya memilih utk bersama rakyat. Kerana saya adalah " WAKIL RAKYAT".
SALAH KAH SAYA MEMBAWA SUARA RAKYAT?

admin: juga kagum dengan Yb yang sentiasa menyuarakan suara rakyat dari bawah agar sesuatu isu atau masalah dapat diselesaikan dan ditambah baik. Bukan sokong semata-mata sokong.

Menyampaikan hasrat rakyat yang memilih YB adalah lebih mulia berbanding mempertahankan karier politik pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...