nuffnang adv

lazada adv

Saturday, March 1, 2014

MAS gantung aktivis kesatuan pekerja, pecat 3 pramugari

MAS gantung aktivis kesatuan pekerja, pecat 3 pramugari

Malaysia Airlines (MAS) menggantung khidmat Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Mohd Akram Osman dan memecat tiga pramugari kerana terlibat dalam perhimpunan di Putrajaya pada 27 November tahun lalu.
Mohd Akram yang berkhidmat sebagai Ketua Pramugara MAS selama 25 tahun dengan MAS didakwa melanggar tugasnya kerana menghadiri perhimpunan tersebut dan menggunakan khidmat email syarikat untuk kegunaan kesatuan.
Tiga pramugari yang dipecat pula didakwa atas alasan menghadiri perhimpunan tahun lalu.
"Kesatuan mengutuk sepenuhnya tuduhan palsu dan niat jahat yang dibuat oleh MAS ke atas pekerjanya dan penggantungan tugas Setiausaha Agung Nufam.
"Wujud niat jahat berhubung kes ini," kata Nufam dalam satu kenyataan petang ini.
Selain Mohd Akram dan tiga pramugari yang dipecat, sebanyak 30 Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan kepada ahli anak kapal yang berdaftar dengan kesatuan.
Pada 27 November 2013 lalu, Nufam bersama ahlinya mengadakan satu himpunan di hadapan Kementerian Sumber Manusia untuk menghantar satu memorandum.
Nufam mengecam keras tindakan MAS yang disifatkan sebagai cubaan menafikan hak pekerjanya.
"MAS salah guna kuasa sebagai majikan kerana mempersoalkan ahli kesatuan bagi menghadiri perhimpunan aman di Putrajaya.
"Ini tidak masuk akal kerana MAS menafikan hak ahli kesatuan untuk berhimpun dalam perhimpunan anjuran pemimpin kesatuan ataupun ahli kesatuan sendiri," katanya.
Nufam menegaskan ahlinya berhak untuk berhimpun dan ianya selari dengan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menjamin hak ahli kesatuan untuk berhimpun.
Tindakan tersebut, menurut Nufam, adalah cubaan untuk menutup mulut pengkritik MAS serta menakutkan ahli kesatuan daripada terus menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Sebelum ini, Nufam mengemukakan 40 tuntutan untuk penambahbaikkan pengurusan MAS, terutamanya hak anak kapal.
Antaranya adalah hak mengenai cuti tahunan, perubatan, masalah berat badan, pengangkutan, semakan semula gaji dan elaun serta pemecatan pekerja. – 27 Februari, 2014.

-Malaysia Insider & Yahoo News

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...