nuffnang adv

lazada adv

Thursday, March 13, 2014

MH370: Masih Dalam Teka Teki



Kehilangan pesawat MAS MH370 masih dalam teka teki. Macam-macam teori dan carian telah di kemukakan namun ianya masih menemui jalan buntu. Pelbagai pendekatan termasuk teknologi terkini digunakan, malah sampai panggil bomoh (tindakan yang memalukan Malaysia) pun telah dibuat dan ianya masih juga gagal.

Teori yang masih berlegar kini adalah MH370 menjadi tebusan atau rampasan atau 'hijack' berdasarkan beberapa andaian dan arus siasatan terkini. Ia juga tidak dinafikan oleh Pengarah DCA dengan andaian ini dalam meneruskan misi pencarian MH370.

Siasatan juga telah menjurus kepada mengenal pasti latarbelakang penumpang pesawat yang dikatakan antara paling selamat di dunia itu dengan mencari latar belakang serta membuat hipotesis bagi membantu siasatan.

Satu andaian yang tidak boleh ditolak adalah sesuatu yang mungkin agak tipikal bunyinya iaitu' hilang didunia lain' yang berhijab. Kejadian ini biasa berlaku jika membuat explorasi didalam hutan. Dan pagi ini juga admin mendapat berita seorang renjer Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu masih belum dijumpai di Hutan Kg Payung, Setiu, Terengganu. Misi mencari bersama anjing pengesan sedang dilakukan. Selalunya ia terjadi apabila bertembung dengan alam yang kita tidak nampak.

Kehilangan didunia misteri adalah tidak mustahil kerana disamping manusia, terdapat alam ghaib iaitu alam jin. Pesawat mungkin terbang ataupun singgah didunia asing yang kita tidak nampak. Ia satu kemungkinan yang boleh diterima. Apapun doa dan solat hajat yang berterusan insyalah akan membawa kepada jalan penyelesaian kepada misi ini.

Kalau diikut hukum akal dan saintifik, adalah mustahil pesawat boeing 777 itu boleh hilang begitu sahaja tanpa dikesan. Dengan pelbagai teknologi yang begitu canggih serta bermacam-macam satelit komersil dan pengintip yang berselelerak serta radar pesawat yang mengawasi lebih 5000 pesawat komersil diserata dunia ia bagaikan mustahil.

Setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajaran bagi membuktikan kebesaran Allah swt. Ilmu kita amat sedikit berbanding ilmu Allah swt ibarat mencelup jari di lautan, air yang lekat ditangan kita itulah ilmu manusia dan seluas lautan itu ilmu Allah swt.

Apapun teruskan kita berdoa kepada MH370 agar semuanya diselamatkan Allah swt dan kembali dengan selamat. Ianya bukan mustahil dan bukan satu yang besar dan keajaiban bagi Allah swt.

@admin

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

pos terhangat