nuffnang adv

lazada adv

Saturday, March 8, 2014

Selepas 24 jam, pesawat MH370 masih gagal ditemui, kata MAS




Pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui, kata Malaysia Airlines (MAS) selepas 24 jam insiden tersebut berlaku.
Sejak hilang semalam, pesawat syarikat penerbangan milik kerajaan itu menjadi perhatian media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan dan melaporkannya dari semasa ke semasa.
"Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir MH370 berhubung pada jam 1.30 pagi.
"Pasukan mencari dan menyelamat masih belum mengetahui lokasi pesawat Boeing 777-200 yang hilang," kata MAS dalam satu kenyataan awal pagi ini.
Pasukan mencari dan menyelamat dari Malaysia, Singapura dan Vietnam terus giat meneruskan usaha mencari pesawat tersebut walaupun masih belum berhasil.
"Sehingga saat ini, mereka masih gagal menemui bukti bangkai pesawat.
"Misi laut akan diteruskan malam ini manakala misi udara akan bersambung pada sebelah pagi," menurut kenyataan MAS itu.
Selepas 24 jam, pesawat MH370 masih gagal ditemui, kata MAS
Ketika ini, semua ahli keluarga terdekat penumpang sedang berkumpul dan sebaik sahaja pesawat tersebut ditemui mereka semua akan dibawa dengan pesawat khas ke lokasi.
"Sebaik sahaja pesawat itu ditemui, Malaysian Airlines akan menerbangkan ahili keluarga penumpang ke lokasi."‎
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.
Semalam Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) menafikan ‎laporan yang mengatakan pesawat MH370 terhempas di perairan pulau Tho Chu, Vietnam kerana masih belum ada sebarang pengesahan.
Hishamuddin berkata sebarang spekulasi perlu disahkan kesahihan terlebih dahulu.
"Tolong jangan buat spekulasi tentang nasib MH370 kerana semua dakwaan dan tanggapan ini perlu disahkan dahulu," kata Hishammuddin semalam.
Hishamuddin juga mengarahkan pihak Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia menyemak khabar angin yang dikatakan datang daripada tentera laut Vietnam," kata beliau.
Kedudukan terakhir MH370 sebelum hilang daripada radar adalah 065515 utara (longitude) dan 1033443 timur (latitude).
Usaha mencari dan menyelamat tertumpu di lokasi terbabit untuk mengesan peswat tersebut, bagaimanapun ketika ini masih buntu.
Hishamuddin yang juga menteri pertahanan berkata semua sumber angkatan tentera Malaysia dikerah ke lokasi pesawat hilang tersebut.
Selain itu, Hishamuddin memberitahu pesawat Hercules C-130 Hercules sudah disediakan untuk membantu usaha mencari pesawat tersebut.
Pihak berkuasa menghantar kapal laut dan helikopter untuk membantu operasi.
"Saya sudah berbincang dengan anggota senior angkatan tentera pagi ini dan mengarahkan semua sumber dikerahkan dalam operasi ini," kata Hishammuddin.
Selain itu, Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dilantik sebagai individu bertanggungjawab mengendalikan segala maklumat kepada pihak media.
"Taklimat media akan diadakan setiap dua jam kepada media bagi memberikan maklumat terkini.
"Kami akan cuba jadi setelus mungkin," kata Hishammuddin. – 9 Mac, 2014.
-Yahoo News & Malaysia Insider

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...