Pihak berkuasa Malaysia kini menunggu imej satelit terbaru untuk sebarang tanda bangkai pesawat MH370 yang hilang semalam di Laut China Selatan.
Nasib Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang itu masih tidak diketahui dan operasi mencari dan menyelamat antarabangsa yang dibantu enam negara yang mencari di kawasan udara dan laut sejak ia hilang pada 1.30 semalam.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dijangka akan mengumumkan perkembangan terbaru di sidang media pada 9 pagi hari ini.
Tentera udara dan agensi maritim Malaysia akan meneruskan carian mereka di udara pagi ini untuk kapal terbang MAS itu yang merupakan salah satu penerbangan dengan rekod keselamatan yang terbaik di dunia.
Boeing yang berusia 11 tahun itu menggunakan enjin Rolls-Royce Trent, bertolak sepada 12.40 am (1640 GMT Jumaat) dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing dan kelihatan cuaca dan penerbangannya baik sebelum ia hilang tanpa apa-apa panggilan kecemasan.
Penerbangan MH370 itu terputus komunikasi dengan pengawal trafik udara 120 batu nautika dari pantai timur Malaysia di Kota Bharu.
Lamab web penjejak penerbangan flightaware.com menunjukkan ia menuju timur laut selepas bertolak, naik 35,000 kaki dan masih mendaki ketinggian sebelum hilang daripada penjejak.
Jika benar terhempas, ini akan menjadikan kapal terbang 777 itu insiden yang kedua dalam kurang dari setahun ini, dan paling dashyat sejak perniagaan itu bermula 19 tahun dahulu.
Sebuah pesawat Asiana Airlines Boeing 777-200ER terhempas semasa mendarat di San Francisco pada Julai 2013, di mana tiga penumpang maut dan 180 cedera.
Boeing berkata ia sedang memantau keadaan tetapi tidak mahu memberi komen lanjut.
Sebilangan besar pesawat dan kapal daripada beberapa negara sedang mencari di kawasan di mana MH370 terakhir dapat dihubungi, kira-kira separuh perjalanan dari Malaysia ke bahagian hujung selatan Vietnam.
"Operasi mencari dan menyelamat akan berterusan sepanjang yang perlu," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada wartawan dan menambah Malaysia sudahpun menghantar 15 pesawat tentera udara, enam kapal tentera laut dan tiga kapal pengawal pantai.
Kapal mencari dan menyelamat daripada pasukan agensi maritim Malaysia mencari di kawasan di mana MH370 terakhir dapat dihubungi tetapi tidak menjumpai sebarang tanda bangkai kapal terbang itu.
Vietnam berkata pesawat penyelamat mereka menjumpai dua tumpahan minyak panjang kira-kira 15km dan gumpalan asap dari sempadan pantai mereka, tetapi belum disahkan jika ia berkaitan dengan MH370 yang hilang itu.
China dan Filipina juga menghantar kapal ke kawasan tersebut untuk membantu, sementara Amerika Syarikat, Filipina dan Singapura menghantar pesawat tentera.
China juga bersedia menghantar kapal dan pesawat lain jika diperlukan. – 9 Mac, 2014.
-Yahoo News & Malaysia Insider
No comments:
Post a Comment