nuffnang adv

lazada adv

Sunday, March 9, 2014

Tips: Langkah Yang Perlu Diambil Jika Gagal Buat Bayaran Minimum Kad Kredit





Amat mudah untuk kita terlebih belanja dengan kad kredit jika kita jarang sekali periksa semula segala perbelanjaan kita. Jadi apa yang akan terjadi apabila anda gagal mematuhi pembayaran minimum kad kredit anda?

Hubungi bank anda

Jelaskan situasi anda kepada pihak bank dan yakinkan mereka yang perkara sebegitu tidak akan berulang lagi. Berikan mereka tarikh untuk anda buat pembayaran. Kebanyakan bank akan melanjutkan tarikh akhir pembayaran kad kredit anda dan sesetengahnya pula mungkin akan mengenepikan sahaja caj pembayaran lewat anda.
JANGAN sesekali biarkan bil anda tidak berbayar. Anda akan mengumpul banyak caj pembayaran lewat serta juga akan merosakkan skor kredit peribadi anda. Ini bakal menjadi permulaan bagi lingkaran hutang kad kredit.

Periksa perbelanjaan anda

Sediakan helaian kira-kira bertujuan untuk periksa perbelanjaan harian atau mingguan anda. Ianya tak semestinya 100% tepat (sampai ke sen terakhir), kerana tujuannya ialah bagi mengetahui jika anda ada baki yang cukup sehingga hujung bulan sebelum bil sampai.
Dengan pemeriksaan perbelanjaan, anda akan lebih mengetahui tetang status kewangan anda, yang amat membantu dalam merancang perbelanjaan seterusnya.

Rancang bajet bulanan anda

Kad kredit menawarkan peluang bagi anda berbelanja sebelum anda punyai kemampuan, namun jangan terperangkap dengan menjadikannya satu amalan. Perbelanjaan yang berlebihan merupakan kesan dari tiada disiplin diri. Dengan mewujudkan perancangan bajet bulanan, anda boleh kawal kewangan anda sendiri, dan sediakan sejumlah amaun yang diperlukan di setiap hujung bulan bagi melangsaikan bil kad kredit anda.
Dan itulah dia – 3 langkah yang boleh anda lakukan apabila anda gagal mematuhi minimum bayaran kad kredit.

Lee Ching Wei, CEO of iMoney.my
About Author
Ching is the CEO and co-founder of iMoney, a leading price comparison website in Malaysia. Prior to iMoney, he was an investment consultant, advising clients ranging from $5 million to $500 million on investment related matters. He is also a CFA & CAIA Charterholder, two prestigious professional qualifications in the finance field.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...