nuffnang adv

lazada adv

Monday, January 31, 2011

Inovasi iklan kini telah melangkau jauh

Dalam penerbangan blogger dengan menaiki pesawat Firefly Kuala Terengganu- subang, terpandang iklan-iklan dalam pesawat yang cukup menarik.






kini ruang-ruang untuk mengiklan kepada publik dalam aktiviti 'public awareness' telah melangkau jauh dan kita tak mengjangka ia telah diiklankan dengan cara yang tidak kita jangka. Malah kadang kita tak perasan pun ia sebenarnya adalah iklan.

Begitulah kreatifnya mereka yang berkecimpung dalam dunia pengiklanan. suatu hari nanti mungkin tandas pun akan menjadi medium iklam yang berkesan dan menarik terutama akan muncul suatu hari nanti tandas kreatif dan berinovasi dengan iklan-iklan yang menarik.

Sebenarnya kuasa iklan ini amat kuat dan utuh sekali dalam memberi 'awareness' kepada khalayak. Kalau kita tengok dan perhati, setiap hari pasti ada produk atau jenama baru di TV.  Syarikat yang sanggup melabur dalam iklan tv dengan berkesan pasti akan melihat hasilnya yang menabjubkan dimana produk consumer mereka akan cepat diterima pelanggan di pasaran.

Teringat masa belajat di universiti dahulu, di mana beberapa kerat sahaja daripada warga bumi Melayu yang minat menceburi atau mengambil paper atau jurusan pengiklamam. hampir 80% adalah daripada kaum Cina.

Sebab itulah kalau diperhatikan produksi-produksi iklan yang besar di negara kita masih dikuasai oleh mereka walaupun tenaga produksi ada juga warga kita yang menjadi pilihan seperti Allahyarham Yasmin Ahamd dengan Leo Burnett Advertising.

Dunia kreatif dalam dunia pengiklanan amat menarik sekali untuk diterokai. Ia mencabar namun amat menarik.

PRK Dun Tenang... Cikgu Mala dah Jadi Normala Samsuddin...

Semalam semasa lintas langsung keputusan PRK Dun Tenang di TV3, bersama wartawan Kamarudin Mape telah mengumumkan keputusan yang berpihak kepada Adun BN iaitu Yb Azhar Bin Ibrahim atau Tok Ha.

Dalam lintas langsung tersebut, blogger perasan ada kelainan sebutan kepada calon PAS iaitu Cikgu Mala atau Normala Bt Sudirman telah di sebut 'Normala Samsuddin'. Sampai begitu sekali kuat pengaruh Datin Normala yang terkenal dan menjadi sebutan satu ketika dahulu.

Nama Normala ini begitu sinonim dengan 'Normala Samsudin'. Kuat sekali pengaruh selebriti kepada nama orang. Masakan tidak sampai tersasul wartawan sampai tersebut dalam lintas langsung.

Ini juga bermakna pengaruh Cikgu Mala dalam PRK Dun Tenang juga begitu kuat walaupun kemenangan tidak berpihak kepada beliau. Mungkin penampilan Cikgu Mala yang tenang dan sopan serta anggun mungkin telah menawan hati ramai orang semasa berkempen.

Apapun tahniah kepada YB Tok Ha atas kemenangan dan pastikan segala janji-janji semasa pilihanraya ditunaikan bagi memenuhi hasrat pengundi.

Thursday, January 27, 2011

Bermalam Di Genting Highland....Bandar Di atas Gunung

beginilah kaunter check in sampai 35 kaunter, macam kat bank pulak
Baru-baru ini semasa balik dari menghadiri Pameran MAHA 2010 di Serdang, sempat bermalam satu malam di Genting Highland iaitu di First World. Punyalah ramai orang di hotel yang mempunyai 6000 bilik dan boleh menampung 12,000 orang dalam satu masa. Itu belum termasuk hotel kaum kerabat bersebelahannya.

beginbilah bilik untuk bermalam di sini, ini pun RM245 sebilik.
Masa untuk check in kena ambil nombor untuk giliran check in di kaunter yang mempunyai hampir 35 kaunter check in. Giliran blogger adalah no 856 dan masa ambil no baru no 692 kira-kira 100 orang lagi.
 Terkejut jugak blogger sampai begitu sekali hebat bisnes hotel di Genting Highland, check in kena ambil nombor dan kena tunggu hampir 2 jam baru dapat check in. Harga bilik pula RM245 semalam, itupun bilik yang seluas burung merpati. Kalau kat hotel lain gerenti pelanggan dah cabut pergi hotel dan resort lain. Tapi di sini pelanggan setia menunggu untuk check in macam tunggu nak depart kat airport.




Macam kat Venice

Nak beli Bonia pun ada kat Genting


Suasana di sekitar lobi dah rasa macam bukan kat Malaysia. Berapa kerat je nampak orang Melayu. Rata-rata adalah kaum Cina serta bangsa asing. Mujur cuaca yang dingin dapat sedikit menyejuk dan meredakan hati ini.

Selepas ceck in dan masuk bilik, blogger dan 2 lagi rakan mengambil peluang untuk bersiar-siar di kawasan pusat perniagaan dan indoor theme park yang begitu hebat binaannya yang mampu menarik pelancong bukan sahaja dalam negara malah antarabangsa, Begitu hebat sekali idea dan perjalanan bisnes di Gunung Genting ini. jauh sekali pandangan serta sasaran bisnes sehingga ia melangkaui batas-batas perniagaan biasa.

Hasil kreativiti daripada botol air minuman menjadi hasil seni yang hebat
Kalau nak dikira kasino adalah tarikan, rasa itu bukan sebab utama pelancong datang ke sini. Kemudahan yang ada disini lengkap seperti kita berada bukan sahaja di shopping mall bagaikan satu daerah pelancongan yang serba serbi lengkap dan hebat.

Theme Park yang mempunyai pelbagai aktiviti
Kalau nak menyertai semua aktiviti di sini, rasanya dua hari percutian tidak cukup untuk kita meneroka tarikan di sini. Cuma pasal makan minum sahaja yang sedikit mahal berbanding dengan dunia di bawah bukit. Namun begitu bagi penggemar fast food usah bimbang, macam-macam ada kat sini cap badut, orang tua janggut putih, dan macam-macam lagi.

Macam di Saigon

Blogger dan rakan akhirnya memilih satu gerai Muslim di sini, 3 teh tarik dan tiga nasi goreng dengan ayam goreng kira-kira RM50.00 untuk 3 orang. Kira ok lah dengan dunia jauh di pergunungan untuk mengalas perut.

Breakfast di First World... ramainya orang
Apa yang pasti percutian dengan anak-anak pasti menyeronokkan asalkan sanggup bersedia dengan budget yang lebih sedikit untuk anak-anak bergembita dengan aktiviti di sana. Apa pun bagi mengelakkan dari peak season dan juga peak rate elakkan dari cuti sekolah atau public holiday kerana harga bilik pada masa itu agak 'terik' sedikit atau hampir maksimum. Di syorkan guna travel agensi untuk booking bilik supaya dapat harga yang lebih rendah dan baik.

Tuesday, January 25, 2011

Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) Gah mendahului LTDL 2011

Berikut adalah petikan berita daripada BERNAMA:

Guardini Kekal Jersi Kuning, Anuar Rampas Jersi Putih
BUTTERWORTH, 24 Jan (Bernama) -- Pelumba muda Itali, Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini-Neri menguasai perlumbaan peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL) yang berakhir di sini Isnin.

Selepas memenangi peringkat pembukaan di Pulau Langkawi semalam, Guardini, 20, sekali lagi membuktikan kehandalan dengan mencatatkan masa 2 jam 26 minit dan 26 saat dalam perlumbaan sejauh 145.5 kilometer dari Kangar ke Butterworth.

Menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar pelumba, Guardini menampilkan kemahiran memecut pada 200 meter terakhir perlumbaan untuk melintasi garisan penamat.

"Saya amat bangga dengan kemenangan hari ini dan ini menunjukkan bahawa kemenangan peringkat pertama bukan satu kebetulan. Saya berterima kasih kepada pasukan saya," katanya, yang turut mengekalkan jersi biru (Raja Pecut).

Katanya pelumba sepasukan Elia Favili membuka jalan untuk beliau menduduki kelompok depan sehingga kilometer terakhir sebelum beliau dapat menyempurnakan tugasnya.

Bagaimanapun, perlumbaan sengit itu menyaksikan sekelompok 10 pelumba mengalami kecederaan apabila terbabit dalam kemalangan kira-kira satu kilometer dari garisan penamat.

Antara yang mengalami kecederaan dalam insiden itu ialah pelumba Korea Selatan, Park Sung Baek dari pasukan kebangsaan Korea Selatan dan pelumba Jepun Yukiya Arashiro dari pasukan Europcar.

Perlumbaan tersebut juga menyaksikan pencapaian pelumba negara Anuar Manan yang berjaya merampas jersi putih dari Sung Baek sebagai juara semasa Asia.

"Sasaran saya ialah cuba mengumpul mata bagi jersi biru tetapi saya fikir memenangi gelaran Asia adalah bonus. Saya bangga kerana tidak terbabit dalam kemalangan," kata Anuar.

Oleh kerana tidak akan wujud zon bukit pada perlumbaan itu, gelaran Raja Bukit (jersi merah) dikekalkan oleh pelumba pasukan Skil Shimano Cycyling Team, Koen De Kort dengan mengumpul enam mata.

De Kort meninggalkan Mehdi Sohrabi (Tabriz Petrochemical Team) dan Andreai Krasilnikau (Chipotle Development Team) dengan masing-masing mengumpul empat mata.

"Selepas perlumbaan pembukaan semalam, semua pelumba tahu peluang adalah seimbang. Perlumbaan masih jauh," kata De Kort.

Sementara itu, pasukan benua Malaysia, Terengganu Pro Asia Cycling (TSG) mendahului 23 pasukan lain dalam kategori Asia selepas mengumpul catatan masa 16 jam 29 minit 42 saat.

Perlumbaan peringkat ketiga esok akan menyaksikan kayuhan sejauh 144.9 kilometer dari Taiping ke Sitiawan dengan satu zon bukit di Bukit Gantang dan tiga zon pecutan di Kuala Kangsar, Beruas dan Pantai Remis.


-- BERNAMA

Jelas sekali pelaburan Kerajaan Terengganu menubuhkan pasukan lumba basikal profesional telah menunjukkan hasil dengan dua pelumba TSG telah mula menaiki podium seawal peringkat pertama dan kedua. Pasukan TSG pula telah mula menampakkan kesungguhan dan kejaguhan dengan mendahului diperingkat awal dan diharap prestasi ini dapat dikekalkan dan sekurang-kurangnya akan menamatkan di tiga terbaik pasukan dan terbaik asia.

Pelumba pecut TSG Anuar Manan pula telah mula menakluki pelumba terbaik Asia walaupun sasaran adalah untuk merebut gelaran Raja Pecut atau jersi biru.

Keputusan dua peringkat ini cukup membanggakan pasukan TSG kerana ini adalah penyertaan sulong dalam perlumbaan Le Tour De Langkawi 2011.

Sunday, January 23, 2011

PPK Sri Medan, Johor... Berbakti dan Hasil Usaha Untuk Peladang

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Medan, Johor di antara PPK yang berjaya di Johor. Dengan mempunyai 24 buah unit peladang dan 3413 ahli telah dapat mengumpulkan modal saham ahli berjumlah RM881,490 untuk di jana sebagai modal perniagaan PPK.

Di antara projek ekonomi PPK Sri Medan adalah:
  • Pemasaran BTS Kelapa sawit dan pengangkutan
  • perniagaan input pertanian
  • perkhidmatan pemajuan dan khidmat sosial
  • perkhidmatan simpanan dan kredit
  • perniagaan BP (kedai peladang)
  • Pembangunan Tanah terbiar ahli
  • SKLT
  • Kerja kontrak
  • Projek semaian benih kelapa sawit
  • Projek pembangunan usahawan
  • projek korporat iaitu projek ternakan kambing bebiri dan tanaman dusun buah-buahan campuran
Di antara aktiviti utama PPK Sri Medan adalah melibatkan Tanaman Kelapa sawit samada pengurusan ladang, pemasaran BTS, pusat timbang , pengngkutan dan sebagainya. Ia meliputi 85% daripada aktiviti ekonomi  keseluruhan PPK.

Di antara projek yang melibatkan pembangunan tanah ahli adalah:
  1. pemasaran hasil kelapa sawit ahli yang melibatkan keluasan 3000 ekar
  2. projek pembangunan tanah ahli Tg Sri Muda seluas 911 ekar
  3. Pembangunan tanah ahli seluas 1000 ekar
Hasil daripada pemasaran BTS membolehkan PPK Sri Medan  menjana pendapatan 2010 sebanyak RM31 juta dengan keuntungan lebih RM624,000 dengan hasil yang dipasarkan sebanyak 57,000 MT.

Begitu besar sekali peranan PPK dalam memajukan projek yang melibatkan ahli-ahli peladang di mana segala hasil peladang dapat dipasarkan melalui PPK.

Projek-projek lain juga seperti pengangkutan BTS serta Semaian Kelapa Sawit turut bmenyumbangkan keuntungan kepada PPK dan dipulangkan dalam bentuk dividen dan bonus kepada modal saham ahli.

Tahniah diucapkan kepada pengurusan PPK Sri Medan di atas usaha memajukan projek dan juga sosio ekonomi ahli.

(Taklimat Pengurus Besar PPK Sri Medan, Haji Ramli Bin Tambi sempena lawatan Peserta Seminar industri Sawit pada 18 Januari 2011)

Monday, January 17, 2011

Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Model Pembangunan Peladang Yang Terbaik

Pertubuhan Peladang Negeri Johor atau PPNJ adalah badan induk gerakan Pertubuhan Peladang atau PP di negeri Johor. Ia telah menyatukan dan menggembleng seramai lebih 78,000 ahli peladang dalam 28 buah PP di negeri Johor.

PPNJ telah berjaya mengumbul modal daripada ahli peladang melalui PP sebanyak RM13 juta dan telah menjalankan perniagaan dengan isipadu melebihi RM600 juta setahun. RM480 juta atau 80% adalah dari industri kelapa sawit yang melibatkan ahli-ahli peladang.

Aktiviti ekonomi PPNJ adalah:
  • perladangan
  • perkilangan
  • pemasaran
  • pelaburan hartanah
  • hub industri makanan halal
  • kompleks IKS PPNJ
  • pelaburan anak syarikat
  • pembekalan input dan bahan tanaman

Manakala aktiviti sosio ekonomi ahli adalah:
  • program integrasi sawit
  • program inyegtarsi unggas
  • program integrasi ruminan
  • program integrasi buah-buahan
  • Dana Pembangunan Peladang Johor (DPPJ)
  • program pembangunan dan pemindahan teknologi
  • program sokongan modal pusingan ahli
  • bank tanah

Manakala aktiviti sosial ahli adalah skim perlindungan peladang, pendidikan, aktiviti pengembangan dan skim kebajikan.

Anugerah yang dicapai oleh PPNJ adalah:
  •  Anugerah Kualiti Perdana Menteri 1994
  • Anugerah Pengurusan Projek Terbaik LPP 1996
  • Mendapat Sijil ISO 9001:2000
  • ANugerah Kualiti Perdana Menteri 2003

PPNJ telah berjaya melaksana transformasi kepada ahli peladang dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli. Matlamat ini dicapai dengan perlaksanaan program berasaskan rantaian projek yang lengkap.

Adalah amat wajar sekali PP lain mengambil contoh dan inisiatif sebagaimana program dan projek yang telah dilaksanakan di PPNJ yang bukan sahaja membantu ahli-ahli peladang malah menjadi pencetus kepada kemajuan ekonomi negara serta komoditi dan makanan negara seperti padi, kelapa sawit getah dan sebagainya.

( artikel ini di rumus dari kertas kerja PPNJ oleh Pengurus Besar PPNJ  Encik Rahman Ismail.)

Sunday, January 16, 2011

Seminar Pemantapan Industri Kelapa Sawit Pertubuhan Peladang Peringkat Kebangsaan 2011 di Batu Pahat Johor

Kini blogger berada di Batu Pahat Johor menghadiri satu seminar sebagaimana tajuk di atas. Ianya amat penting kepada ekonomi Melayu Islam kita supaya pengembelengan sumber dapat dioptimumkan dikalangan para peladang di Malaysia.

Walaupun ianya hanyalaha 1% lebih daripada hasil kelapa sawit negara, ianya melibatkan 78 pertubuhan peladang di seluruh negara dengan keluasan kawasan 58,897 hektar (+- 145,000 ekar) dengan penglibatan lebih 13,800 ahli dan penghasilan hasil lebih RM160 juta setahun.

Ianya boleh berkembang dengan lebih pesat serta penglibatan lebih ramai peladang dalam industri kelapa sawit dengan pelan tindakan yang lebih pro aktif daripada pertubuhan peladang yang terlibat.

Seminar yang dianjurkan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Negeri Johor telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPP Dato' Arpan Shah Bin  Satu telah dihadiri oleh 180 orang pegawai pertubuhan peladang dari seluruh negara.

Resolusi daripada seminar ini dijangka  akan dapat meningkatkan industri kelapa sawit daripada ahli dan pertubuhan peladang itu sendiri- 16 Jan- Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor

Monday, January 3, 2011

Apa BAKAT kita? sedarkah kita?



Apakah ilmu, bakat ataupun kemahiran unik yang kita miliki akan dapat membantu kita menyumbangkan sesuatu kepada orang lain?

Kita perlu kenali dan fahami apa BAKAT kita, apa keunikan kita yang tiada pada orang lain.

Kata Peter Drucker, "Pada zaman ilmu ini, setiap daripada kita memiliki cara dan kaedah pengeluaran yang tersendiri. Kaedah pengeluaran ini berada dalam kepala kita. Kini, akal dan buah fikiran adalah harta yang menjadi rebutan. Kecerdasan fikiran serta kebolehan mendapatkan dan mengaplikasikan kepandaian dan ilmu pengetahuan ini, adalah sumber kekayaan sebenar zaman ini."

Kata Stephen R Covey, "Bakat adalah seperti cap jari kita. Setiap orang memiliki bakat yang tersendiri dan tidak ada yang serupa. Bakat anda adalah unik dan untuk diri anda sahaja."

Jadi, hargailah bakat yang kita miliki, terus menggali potensi diri untuk kita menyumbangkan sesuatu kepada orang lain dan diri kita sendiri.

Tidak kira, kita sebagai pemandu teksi, tukang masak, pembantu tadbir atai CEO, kita mampu miliki kerjaya yang hebat selagi kita sanggup melakukan usaha yang terbaik. Apabila kita menggunakan bakat kita yang terbaik, minat yang mendalam dan komitmen suara hati, kita mampu perolehi kepuasan yang sukar ditandingi.

Kepuasan yang sebenar adalah kita mampu memuaskan hati kita sendiri dan juga hati orang lain yang memerlukan sumbangan kita.

Sunday, January 2, 2011

Tenaga Ajaib Bersembunyi Dalam Minda Anda


Kata Dr HM Tuah Iskandar dalam bukunya Membina Imaginasi Cemerlang, apabila kita sentiasa memikirkan kita ini rasa kenyang, anda tidak akan berasa lapar. sebagai contoh kita kurang merasa lapar pada bulan Ramadhan kerana tidak memikirkan rasa lapar atau entang makanan, malah gerak kerja kita seharian pun tidak terganggu dek terfikir kepada makanan atau rasa lapar. Cuma apabila menjelang waktu petang, kita secara sengaja atau tidak sengaja telah menghantar mesej kepada minda kita tentang makanan, bazar Ramadhan, nak makan apa pada waktu berbuka, dari situ sudah mula timbul rasa lapar bagi yang berfikir tentang perkara tersebut.

Dan kalau pada hari biasa, pada pagi hari lagi kita sudah terfikir pasal makanan dan sarapan pagi, minda kita telah menghantar mesej kepada perut tentang makanan dan rasa lapar. Sebab itulah bagi mereka yang mengalami sindrom putus cinta yang parah tak lalu dan berselera untuk makan sebab tiada mesej dari minda tentang lapar dan makanan. Mesej yang ada adalah berkisar tentang putus cinta, kisah pedih dan sebagainya. Padahal perut dalam keadaan kosong dan lapar.

Maka jika kita bijak berkomunikasi dengan minda kita untuk mencapai segala impian atau mendorong tindakan bagi mencapai impian untuk cemerlang, kita kena selalu berimaginasi dan berkomunikasi tentang perkara impian, tindakan, bayangan yang menjurus kepada apa yang kita ingin capai atau berubah.

Di sini dapat disimpulkan bahawa, kita adalah apa yang ingin kita capai atau gapai dan minta apa yang akan berlaku kepada diri kita.'

Jika kita benar-benar mahu berjaya dan cemerlang dalam hidup, hantarlah atau berkomunikasilah dengan minda kita tentang apa yang perlu dan patut dilakukan untuk berjaya dan cemerlang dalam hidup. Insyallah kejayaan dan kecemerlangan sedang menanti kita di hadapan....

Town street kopitiam Muar

Baru-baru ini, blogger bersama rakan sekerja kebetulan ada urusan di Parit Sulong Johor, dan dalam perjalanan balik ke Kuala Terengganu melalui Kuala Lumpur, sempat singgah di salah sebuah kopitiam di Muar iaitu Town Street Kopitiam Muar.

Pekena kopi yang memang kaw dan berbau harum bersama telur ayam kampung setengah masak memang menyelerakan dan menyegarkan mata. Memang betul kopi Muar memang best. Bau kopi yang harum memang menyegarkan mata.
Dekorasi kedai yang simple, sederhana tetapi menarik cukup sesuai untuk berhenti rehat dan bersantai.

telur ayam kampung setengah masak


Kopi Muar yang memang best dan kaw



Semasa di Batu Pahat, blogger menginap di Crystal Inn di bandar Batu Pahat. Keadaan biliknya baik dan selesa.
Sarapan pagi di hotel, blogger di jamu dengan masakan tradisi Johor iaitu Lontong. Sedap juga masakan di hotel ni. Rasa keaslian Lontong.Turut kelihatan ramai juga tetamu yang menginap di hotel berkenaan pada hari tersebut.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...