nuffnang adv

lazada adv

Thursday, February 16, 2017

Kisah Di Sebalik Rekabentuk Dramatik Rumah Buruk Yang Telah Menarik Perhatian Orang Malaysia



Baru-baru ini banyak gambar rumah buruk di luar dan cantik di dalam dikongsikan oleh pengguna media sosial. Rata-rata mengagumi rekabentuk dan bahan-bahan yang digunakan untuk membina rumah tersebut. Tapi hampir tiada siapa tahu siapakah pemilik rumah yang serba unik ini.
Jadi, saya meluangkan sedikit masa untuk mengetahui lebih lanjut kisah di sebalik rumah ini.
Hasil pencarian telah membawa saya kepada sebuah keluarga di Indonesia. Rumah ini telah mendapat liputan sekitar tahun 2010 kerana keunikannya yang tersendiri itu. Ia dibina oleh syarikat arkitek yang terkenal dengan keberanian merekacipta bentuk bangunan yang mengasimilasikan dengan persekitaran setempat.
Syarikat Djuhara + Djuhara telah merekabentuk rumah ini untuk sebuah keluarga di Jakarta, Indonesia di mana 90% bahan binaan hanya didapatkan sekitar lingkungan setengah batu dari lokasi rumah. Ini kerana mereka mahu mengurangkan kos pengangkutan.
Kos keseluruhan projek ini bernilai lebih kurang USD$20,000. Harga itu adalah 2 per 3 harga sebuah rumah kecil di Indonesia. Jadi, ia murah dan tuan rumah dapat menjimatkan 1 per 3 duit.

Wisnu Residence

wisnu 03 

Arkitek Ahmad Djuhara membantu Nugroho Wisnu dan keluarganya untuk memiliki sebuah rumah yang bercirikan alam walaupun berada di kawasan kepadatan tinggi. Wisnu dan isterinya, Tri Sundari datang dari keluarga yang mengamalkan budaya Jawa yang agak konservatif. Walau bagaimanapun, pendedahan semasa pasangan ini bekerja di dalam industri petroleum di pelbagai tempat telah membuatkan mereka lebih terbuka dengan seni bina.

Ini adalah rumah pertama mereka yang telah dibeli di kawasan Bekasi. Jika lihat keadaan sekitar, ia agak tidak selesa dan mempunyai rekabentuk yang buruk. Dan lebih penting, mereka mahu rumah ini kalis anai-anai.

“Kami berpendapat rumah jenis binaan semua keluli seperti yang telah Encik Djuhara bina di hujung jalan akan tahan anai-anai,” Wisnu menerangkan. “Bagaimanapun, beliau dapati ianya sukar kerana dia adalah seorang yang sangat sibuk. Kami juga takut arkitek yang mempunyai permintaan tinggi ini amat mahal.”

Ketika Wisnu berjumpa Djuhara, arkitek muda yang terkenal dengan rekaan untuk beberapa restoran dan bar berprofil tinggi di kota Jakarta dan ketua bahagian Jakarta bagi Institut Arkitek Indonesia ketika itu, tertarik dengan batasan belanjawan Wisnu dan keadaan fizikal projek rumah ini.
Jadi, Djuhara mengambil projek ini dan memohon kebebasan kepada Wisnu untuk melakukan apa sahaja ke atas rumah ini termasuk meruntuhkan rumah sedia ada sebagai langkah permulaan untuk merealisasikan sebuah rumah yang mempunyai visi iklim dan estetik.

Bina Keunikan Di Atas Keruntuhan

Rekabentuk rumah yang baru ini menggunakan kombinasi bahan tempatan dan sedia ada. Ia adalah sebahagian dari kemahiran Djuhara dalam mengatur senibina sebegini.
“Ad-hocism is my religion,” kata Djuhara.

Ini bahagian depan rumah. Ia menghadap jalan besar dan kelihatan pelik.
wisnu 18
Pagar besi dan dinding itu menjadi pintu depan rumah. Ia boleh berayun ke tepi dan muka depan rumah akan kelihatan luas.
wisnu 16
Ruang lantai ke siling dinding pula membenarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah dan ini memberi penghuni rumah berinteraksi secara langsung dengan dunia luar.
wisnu 13
Begitu juga dengan rekaan balkoni di bahagian atas bersebelahan dengan ruang istirahat keluarga. Tambahan pula angin luar turut boleh mengalir masuk ke dalam rumah dengan baik.
wisnu 04 

Aras rumah ini disambungkan dengan ramps berperingkat. Ia adalah ciri yang menarik bagi mereka yang berkerusi roda, mudah bergerak. Tapi apa yang mahu digambarkan oleh Wisnu sekeluarga, rumah mereka ini unik berhubung dengan setiap satu aras dan bebas bergerak.

wisnu 05
wisnu 24 

Rumah Wisnu ini juga menitikberatkan ciri keterbukaan dan kelapangan yang sekaligus diasimilasikan dengan rasa tenang. Apatah lagi apabila landskap tropika menjadi sebahagian dari rekabentuk rumah ini.
“Akan semakin tua rumah, ia akan menjadi tua anggun. Style adalah akibat, bukan matlamat,” kata Djuhara.

wisnu 06
wisnu 07
wisnu 14
wisnu 21 

Ramai cakap dapur macam ini cantik tapi agak menakutkan di waktu malam kerana bersambung terus secara terbuka dengan laman. Ia bercirikan minimalis dan industri tanpa dinding, tanpa pintu dan tanpa tingkap.

wisnu 12
wisnu 15
wisnu 20 

Bahagian atas mempunyai bilik tidur utama yang besar. Balkoni mini pula menawarkan ruang rehat pasangan ini. Bahagian depan bilik pula menggunakan pintu sliding kayu yang membantu menghalang cahaya matahari yang panas dari menerjah masuk dan memanaskan ruang bilik mereka. Ia sekaligus dapat mengurangkan kos penggunaan penghawa dingin.

wisnu 09
wisnu 19 

Menurut Wisnu, kebanyakan masa mereka dihabiskan di ruang atas di bilik anak-anak dan ruang istirahat keluarga. Ia mempunyai dinding berkaca, balkoni dan ‘ramp’ ke bahagian laman di bawah.

wisnu 08

wisnu 22

Bagi arkitek Djuhara pula, dia mahu orang Indonesia berfikir tentang rekabentuk sebegini di masa hadapan agar selari dengan perkembangan Jakarta sebagai sebuah kawasan urban. Ia juga dapat mengasimilasikan persekitaran rumah dan bandar dengan alam, dalam kadar yang ekonomi.
Artikel asal tentang rumah ini diterbitkan oleh Megacities Dwell yang ditulis oleh Simen Pitchforth dan gambar oleh Matthew Williams pada 14 Mei 2010.

 

@the vocket

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...