nuffnang adv
lazada adv
Friday, February 17, 2017
Bangkai kapal karam abad ke-14 ditemui di padang pasir Namibia, yang sangat mengejutkan
Bercakap tentang padang pasir, biasanya kita akan membayangkan pokok kaktus, unta, dan tanah kontang yang diliputi pasir. Keadaan padang pasir biasanya terbiar sepi dan terabai. Tetapi beberapa ratus tahun dahulu, mungkin ia merupakan sebuah pertempatan riuh sesebuah tamadun.
Seorang ahli arkeologi bernama Dr. Dieter Noli telah dimaklumkan tentang penemuan sebuah bangkai kapal karam berusia 500 tahun yang terbengkalai di padang pasir Namibia yang dijumpai sekumpulan pelombong.
Para pelombong itu menemui kapal berkenaan di kawasan pantai yang diberi nama “Skeleton coast (pantai rangka tulang).” Kerap kali mana-mana kapal yang melalui kawasan ini, ianya akan tenggelam. Dari situlah kawasan ini mendapat gelarannya.
Pada asalnya, Dr. Dieter Noli cuba menggali sebuah lombong berlian di kawasan tersebut. Dia tidak menyangka bahawa bukan sahaja dia akan menemui harta karun, dia juga telah menemui peninggalan sejarah yang bernilai.
Dan apabila Dr. Dieter dan kumpulan pelombong itu tadi mengalihkan sebatang paip yang dijumpai di dalam kapal berkenaan, mereka terdengar bunyi gemerincing dari dalam paip tersebut. Apabila mereka membuka penutup paip tersebut, mereka menemui duit syiling yang cantik dan terpelihara.
Daripada syiling-syiling yang ditemui ini, para pengkaji menganggarkan kapal tersebut adalah sebuah kapal Portugis dari kurun ke 14.
Selain daripada syiling-syiling emas tersebut, terdapat juga barangan bernilai lain yang ditemui pada kapal berkenaan seperti gading gajah. Anggaran nilai harta karun yang ditemui mencecah $9 juta (RM 40,113,000.00)
Oleh : Era Baru
@SEPATBangkai kapal karam abad ke-14 ditemui di padang pasir Namibia, nilai harta karun yang dijumpai di dalamnya sangat mengejutkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment