nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label unik. Show all posts
Showing posts with label unik. Show all posts

Friday, February 17, 2017

Kantin Sekolah Paling 'RARE" di Malaysia...memang awesome

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

KANTIN SEKOLAH RARE DI MALAYSIA 2017
Kantin sekolah sy yg di viralkan sblm ni hasil kerja bekas pelajar sekolah kami dan kini adalah pengusaha kantin sekolah kami
#SMK PASIR GUDANG JOHOR

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: people standing and indoor

Image may contain: outdoor and indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: people sitting

Image may contain: indoor

Image may contain: 6 people, indoor


Via Suzie Afzan
#share
FB Viral Media johor

Thursday, February 16, 2017

Kisah Di Sebalik Rekabentuk Dramatik Rumah Buruk Yang Telah Menarik Perhatian Orang Malaysia



Baru-baru ini banyak gambar rumah buruk di luar dan cantik di dalam dikongsikan oleh pengguna media sosial. Rata-rata mengagumi rekabentuk dan bahan-bahan yang digunakan untuk membina rumah tersebut. Tapi hampir tiada siapa tahu siapakah pemilik rumah yang serba unik ini.
Jadi, saya meluangkan sedikit masa untuk mengetahui lebih lanjut kisah di sebalik rumah ini.
Hasil pencarian telah membawa saya kepada sebuah keluarga di Indonesia. Rumah ini telah mendapat liputan sekitar tahun 2010 kerana keunikannya yang tersendiri itu. Ia dibina oleh syarikat arkitek yang terkenal dengan keberanian merekacipta bentuk bangunan yang mengasimilasikan dengan persekitaran setempat.
Syarikat Djuhara + Djuhara telah merekabentuk rumah ini untuk sebuah keluarga di Jakarta, Indonesia di mana 90% bahan binaan hanya didapatkan sekitar lingkungan setengah batu dari lokasi rumah. Ini kerana mereka mahu mengurangkan kos pengangkutan.
Kos keseluruhan projek ini bernilai lebih kurang USD$20,000. Harga itu adalah 2 per 3 harga sebuah rumah kecil di Indonesia. Jadi, ia murah dan tuan rumah dapat menjimatkan 1 per 3 duit.

Wisnu Residence

wisnu 03 

Arkitek Ahmad Djuhara membantu Nugroho Wisnu dan keluarganya untuk memiliki sebuah rumah yang bercirikan alam walaupun berada di kawasan kepadatan tinggi. Wisnu dan isterinya, Tri Sundari datang dari keluarga yang mengamalkan budaya Jawa yang agak konservatif. Walau bagaimanapun, pendedahan semasa pasangan ini bekerja di dalam industri petroleum di pelbagai tempat telah membuatkan mereka lebih terbuka dengan seni bina.

Ini adalah rumah pertama mereka yang telah dibeli di kawasan Bekasi. Jika lihat keadaan sekitar, ia agak tidak selesa dan mempunyai rekabentuk yang buruk. Dan lebih penting, mereka mahu rumah ini kalis anai-anai.

“Kami berpendapat rumah jenis binaan semua keluli seperti yang telah Encik Djuhara bina di hujung jalan akan tahan anai-anai,” Wisnu menerangkan. “Bagaimanapun, beliau dapati ianya sukar kerana dia adalah seorang yang sangat sibuk. Kami juga takut arkitek yang mempunyai permintaan tinggi ini amat mahal.”

Ketika Wisnu berjumpa Djuhara, arkitek muda yang terkenal dengan rekaan untuk beberapa restoran dan bar berprofil tinggi di kota Jakarta dan ketua bahagian Jakarta bagi Institut Arkitek Indonesia ketika itu, tertarik dengan batasan belanjawan Wisnu dan keadaan fizikal projek rumah ini.
Jadi, Djuhara mengambil projek ini dan memohon kebebasan kepada Wisnu untuk melakukan apa sahaja ke atas rumah ini termasuk meruntuhkan rumah sedia ada sebagai langkah permulaan untuk merealisasikan sebuah rumah yang mempunyai visi iklim dan estetik.

Bina Keunikan Di Atas Keruntuhan

Rekabentuk rumah yang baru ini menggunakan kombinasi bahan tempatan dan sedia ada. Ia adalah sebahagian dari kemahiran Djuhara dalam mengatur senibina sebegini.
“Ad-hocism is my religion,” kata Djuhara.

Ini bahagian depan rumah. Ia menghadap jalan besar dan kelihatan pelik.
wisnu 18
Pagar besi dan dinding itu menjadi pintu depan rumah. Ia boleh berayun ke tepi dan muka depan rumah akan kelihatan luas.
wisnu 16
Ruang lantai ke siling dinding pula membenarkan banyak cahaya matahari masuk ke dalam rumah dan ini memberi penghuni rumah berinteraksi secara langsung dengan dunia luar.
wisnu 13
Begitu juga dengan rekaan balkoni di bahagian atas bersebelahan dengan ruang istirahat keluarga. Tambahan pula angin luar turut boleh mengalir masuk ke dalam rumah dengan baik.
wisnu 04 

Aras rumah ini disambungkan dengan ramps berperingkat. Ia adalah ciri yang menarik bagi mereka yang berkerusi roda, mudah bergerak. Tapi apa yang mahu digambarkan oleh Wisnu sekeluarga, rumah mereka ini unik berhubung dengan setiap satu aras dan bebas bergerak.

wisnu 05
wisnu 24 

Rumah Wisnu ini juga menitikberatkan ciri keterbukaan dan kelapangan yang sekaligus diasimilasikan dengan rasa tenang. Apatah lagi apabila landskap tropika menjadi sebahagian dari rekabentuk rumah ini.
“Akan semakin tua rumah, ia akan menjadi tua anggun. Style adalah akibat, bukan matlamat,” kata Djuhara.

wisnu 06
wisnu 07
wisnu 14
wisnu 21 

Ramai cakap dapur macam ini cantik tapi agak menakutkan di waktu malam kerana bersambung terus secara terbuka dengan laman. Ia bercirikan minimalis dan industri tanpa dinding, tanpa pintu dan tanpa tingkap.

wisnu 12
wisnu 15
wisnu 20 

Bahagian atas mempunyai bilik tidur utama yang besar. Balkoni mini pula menawarkan ruang rehat pasangan ini. Bahagian depan bilik pula menggunakan pintu sliding kayu yang membantu menghalang cahaya matahari yang panas dari menerjah masuk dan memanaskan ruang bilik mereka. Ia sekaligus dapat mengurangkan kos penggunaan penghawa dingin.

wisnu 09
wisnu 19 

Menurut Wisnu, kebanyakan masa mereka dihabiskan di ruang atas di bilik anak-anak dan ruang istirahat keluarga. Ia mempunyai dinding berkaca, balkoni dan ‘ramp’ ke bahagian laman di bawah.

wisnu 08

wisnu 22

Bagi arkitek Djuhara pula, dia mahu orang Indonesia berfikir tentang rekabentuk sebegini di masa hadapan agar selari dengan perkembangan Jakarta sebagai sebuah kawasan urban. Ia juga dapat mengasimilasikan persekitaran rumah dan bandar dengan alam, dalam kadar yang ekonomi.
Artikel asal tentang rumah ini diterbitkan oleh Megacities Dwell yang ditulis oleh Simen Pitchforth dan gambar oleh Matthew Williams pada 14 Mei 2010.

 

@the vocket

Sunday, May 17, 2015

10 Masjid Unik Dari Seluruh Dunia yang mendapat pengiktirafan UNESCO


masjid-mali
Kami bawakan 10 masjid dengan binaan unik ini untuk tatapan anda.
1. Masjid Besar Djenné,  Mali, Afrika Barat
Masjid yang di bina di kota purba Djenné lies ini telah dibina dengan menggunakan selut dan tanah. Meskipun bahan utamanya hanyalah tanah, namun tetap terserlah keunikan sentuhan senibina kaum Saheli – Sudan.
Masjid Besar Djenné sebenarnya menampilkan struktur genius kerana dindingnya yang diperbuat daripada bata lumpur yang dijemur dibawah panas terik matahari. Dinding masjid dibina berasaskan lumpur – mortar dan disalut dengan lebihan lumpur sebagai plaster menjadikan dindingnya mampu melindungi bangunan daripada perubahan suhu yang melampau di siang hari dan pada waktu malam.
Daun palem diselitkan didalam binaan membantu mengukuhkan struktur bangunan dan mampu menyerap keretakan yang disebabkan oleh perubahan kerap pada suhu, manakala alur seramik pula mengalirkan air turun dari bumbung dan jauh daripada dinding di bahagian luar masjid.
Setiap menara ke 3 masjid ini disediakan 1 tangga berpusing untuk ke bumbung dan ia dibuat dengan menggunakan kulit telur burung unta. Masjid ini beserta bandar Djenné telah diwartakan sebagai tapak warisan bersejarah UNESCO pada tahun 1988.
2. Masjid Labaranga, Ghana
Ini adalah masjid tertua di Ghana. Dipercayai masjid ini telah di bina oleh puak Moors pada abad ke 13. Namun begitu ada juga yang mengatakan masjid ini telah dibina pada abad ke 15.
Masjid Larabanga diperbuat daripada lumpur dan kayu. Bahagian luarnya bertukar warna sepanjang hari dan berubah dari putih ke warna emas dan gangsa. Oleh kerana bahan binaannya yang dibuat dari lumpur, Masjid Larabanga perlu diubahsuai setiap kali selepas hujan lebat
Masjid ini mempunyai empat pintu masuk, masing-masing satu untuk ketua kampung, lelaki, wanita dan muadzin yang melaungkan azan. Satu salinan al-Quran purba yang berasal dari abad ke-17 dan berusia setua masjid ini turut disimpan di sini.
Hari ini, seorang penjaga ditugaskan untuk menjaga al-Quran di masjid itu. Al quran ini juga akan dibawa keluar untuk dibaca sewaktu solat khas setiap tahun, seperti di Festival Api semasa sambutan Tahun Baru Islam. Orang ramai dari jauh dan dekat berkumpul di luar masjid Larabanga untuk menghadiri bacaan ini.
Masjid Larabanga telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2001 dan pada masa ini disenaraikan dalam Tabung Monumen Dunia untuk 100 tapak warisan yang terancam.
Ada satu kisah lagenda mengatakan suatu ketika dulu seorang peniaga bernama Ayuba menemui batu mistik di pinggir Larabanga ini. Untuk menentukan  di mana beliau perlu tidur untuk malam itu, dia membuat keputusan untuk melontar lembing sambil berdiri di sebelah batu itu, dan tidur di mana saja lembing itu mendarat. Sewaktu tidur di tempat yang telah ditetapkan, Ayuba bermimpi beliau telah membina sebuah masjid di situ dan keesokan harinya sangat terkejut apabila terjaga dari tidur kerana tapak asas masjid itu telah muncul. Melihat ini sebagai tanda kebesaran Ilahi, beliau menyiapkan pembinaan masjid di situ dan mengambil keputusan untuk terus menetap di Larabanga.
3. Masjid Koutoubia, Marrakesh, Morocco
masjid-unik-3
Masjid terbesar di Marrakesh ini telah dibina tidak lama selepas bandar ini ditakluk oleh Dinasti Almohad pada tahun 1150. Dinasti Almohad adalah dinasti Islam abad ke 12. Sebelum masjid ini didirikan, tapak asalnya telah digunakan sebagai lokasi para penjual manuskrip berkumpul dan nama masjid ini diambil daripada perkataan Arab untuk ‘buku': koutoub.
Dewan masjid ini boleh memuatkan sehingga 25,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid Koutoubia terkenal kerana senibina menaranya yang mengagumkan dan merupakan menara yang tertua daripada 3 menara besar Almohad. 2 lagi lokasi lain bagi menara dengan senibina Almohad adalah Menara Hassan di Rabat, Maghribi dan di La Giralda, Seville, Sepanyol.
Identiti gaya senibina klasik Almohad bagi masjid ini boleh dikesan menerusi menara masjid yang dihiasi dengan 4 bola tembaga. Dikatakan bahawa bola tembaga ini pada asalnya hanya 3 sahaja dan diperbuat daripada emas tulen. Bola tembaga ke 4 dibina kerana isteri Emir Yacoub el-Mansour yang membina Masjid Koutoubia telah meleburkan hiasan emas milik beliau sebagai ungkapan penyesalan kerana beliau berbuka terlalu awal di satu majlis berbuka puasa pada bulan Ramadhan di masjid itu.
Berdiri setinggi 69 meter dengan panjang sisi 12.8 meter, reka bentuk menarik  di masjid ini adalah menara tajam  di bahagian atas menampilkan corak kerja yang rumit pada setiap sisi dan motif hiasan rumit pada bahagian luar tingkap menara. Terdapat 6 bilik di menara ini yang berada di setiap 1 tingkat dan tangga berpusing yang dibina boleh dinaiki bukan hanya dengan berjalan kaki tapi juga dengan menunggang kuda.
4. Masjid Besar Touba, Touba, Senegal
masjid-unik-4
Terasa agak mustahil untuk menceritakan kisah Masjid Besar Touba ini tanpa berkongsi kisah epik Sheikh Ahmadu Bamba Mbàkke, pembina dan juga pengasas Sufi Mouride, salah satu kumpulan sufi yang terbesar dan paling terkenal di Senegal.
Bamba seorang yang rajin dan murid-muridnya dikenali kerana kuat bekerja. Penjajah Perancis mula rasa terancam dengan pengaruh Bamba yang semakin meningkat pada masa itu. Untuk mengurangkan pengaruh Bamba, penjajah Peranchis  telah menjatuhkan hukuman buang negeri  keatas Bamba dari tahun 1895 hingga tahun 1907. Tindakan Peranchis ini memakan diri kerana khabar angin bertiup kencang di kalangan pengikut Bamba bahawa beliau diseksa dan dibunuh oleh Peranchis. Disebabkan berita ini populariti Bamba semakin meningkat.
Akhirnya pihak Perancis sedar Bamba sebenarnya tidak berniat jahat dan membenarkan gerakannya berkembang.
Di sinilah bermulanya sejarah Masjid Besar Touba apabila pada tahun 1926 Bamba memulakan pembinaan masjid di bandar Touba dengan kebenaran Peranchis. Bamba dikebumikan di masjid ini selepas kematiannya pada tahun 1927.
5. Masjid Besar Xi’an, Daerah Shaanxi, China
masjid-unik-5
Pembinaan Masjid Besar Xi’an bermula pada 742 Masehi, semasa Dinasti Tang (618- 907 Masehi). Tambahan yang dibuat sewaktu dinasti Song (960 – 1279 Masehi), dinasti Yuan (1271-1638 Masehi), dinasti Ming (1368-1644 Masehi), dan dinasti  Qing (1644-1911 Masehi), menjadikan masjid ini mewakili struktur purba yang melalui banyak episod penting dalam sejarah silam dan mempunyai kisah yang tersendiri.
Satu lagi faktor unik masjid ini adalah pada senibinanya yang menggabungkan elemen senibina tradisional Cina dan senibina Islam. Ukiran yang kelihatan seperti tokong Cina diletakkan di bahagian bumbung bagi menggantikan kubah dan menara.
Sentuhan kesenian Islam juga terdapat pada binaan masjid ini yang digambarkan dalam bentuk tulisan Arab dan juga pada hiasannya. Bumbung pagoda 2 tingkat pula dipasang bagi menggantikan menara.
Dibina di atas tanah seluas 12,000 meter persegi, Masjid Besar Xi’an dibahagikan kepada 4 halaman yang mengandungi khazanah seni bina gerbang kayu dari abad ke 17, Al-Quran kuno bertulisan tangan yang diwarisi dari Dinasti Ming, kalendar batu yang dipanggil ‘Tablet Moon’ dan di tengah-tengah dewan ke 2 berdiri gerbang batu dengan 2 tiang yang mengandungi tulisan kaligrafi dari ahli kaligrafi kuno yang terkenal. Ruang ke 4 menjadi ruang solat utama yang boleh memuat sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid Besar Xi’an adalah satu-satunya masjid di China yang dibuka kepada pengunjung bukan Islam, tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama. Masjid ini telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Islam UNESCO pada tahun 1985.
6. Masjid Badshashi, Lahore, Pakistan
masjid-unik-6
Juga dikenali sebagai Masjid Maharaja, Masjid Badshahi telah dibina pada tahun 1673 oleh Maharaja Moghul yang bernama Aurangzeb. Mampu menampung lebih 55,000 jemaah, Badshahi adalah masjid ke 2 terbesar di Pakistan selepas Masjid Faisal di Islamabad. Kedudukan masjid ini yang bertentangan dengan puncak Lahore Fort menggambarkan kepentingannya dalam besar Empayar Moghul (1526-1858 Masehi).
Setiap sudut struktur masjid yang besar ini ditanda dengan menara batu pasir yang dibalut dengan kubah marmar putih. Empat menara masing-masing dengan ketinggian 53 meter dan 204 langkah di dalam. Bahagian luar bangunan ini dihiasi dengan ukiran batu dan ditatah marmar pada batu pasir merah. Bahagian dalam pula di hias indah dengan motif yang di cat plaster, plat dan panel marmar.
Ubah suai besar-besaran telah dijalankan antara tahun 1939 hingga 1960 dan baru-baru ini pula sebuah muzium kecil telah ditambah di dalam kompleks. Antara yang menarik dipamerkan di dalam muzium ini adalah barangan peninggalan milik Nabi Muhammad (saw),  menantu Rasullulah (yang juga sepupunya) Ali Bin Abi Thalib dan juga anak perempuan Rasulullah saw, Fatima Zahra – terdiri dari serban hijau, topi, kot hijau, seluar putih, kasut yang dipakai oleh Nabi, batu yang mengandungi tanda kakinya dan kain rentang putih dengan ayat-ayat al-Quran bersulam di atasnya.
7. Masjid Emi, Xinjiang, China
masjid-unik-7
Masjid Emin yang berdiri megah di Xinjiang ini telah dibina oleh Raja Sulaiman pada tahun 1779 sewaktu era Dinasti Qing. Masjid ini dibina sebagai penghormatan kepada ayahnya seorang raja Uighur – Amin Khoja.
Apa yang menarik tentang masjid ini adalah menaranya yang di bina berasingan dan terletak di luar banguna masjid. Dewan solat pula dibina mengikut ciri-ciri senibina tempatan. Bahan utama bagi dinding masjid adalah batu bata lumpur. Jika diperhatikan seni bina masjid ini dipengaruhi oleh struktur Uzbekistan, Parsi dan Asia Tengah.
Menara masjid yang setinggi 44 meter dengan diameter lebih dari 10 meter dan tirus ke atas dengan diameter di bahagian tirus adalah 2.8 meter. Hasil sentuhan oleh penduduk tempatan di Xinjiang, masjid ini dibina menggunakan kayu dan batu-bata. Bahagian luar menara dihiasi dengan corak geometri dan bunga.
Bahagian dalam menara ini tidak mempunyai tingkat dan hanya mempunyai 1 lingkaran sokongan dalaman yang juga berfungsi sebagai penggulung.
Sayangnya masjid ini telah ditutup kepada orang ramai dan tidak boleh digunakan untuk solat sejak tahun 1992 apabila ia telah diletakkan di bawah perlindungan kerajaan China.
8. Masjid Jamiul Alfar Jummah, Colombo, Sri Lanka
masjid-unik-8
Dibina pada tahun 1908, Masjid-Jamiul Alfar Jummah juga dikenali dalam bahasa tempatan sebagai ‘Shamman Kottu Gunungrawas’. Terletak di daerah Pettah, masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Colombo.
Pada awal abad ke-20, pihak berkuasa India meluluskan permintaan umat Islam untuk membina satu tempat untuk mereka beribadah. Oleh itu, kira-kira 108 tahun yang lalu, Masjid Jamiul Alfar Jummah telah dibina dan ia mengambil masa 1 tahun untuk siap.
Asalnya masjid ini dibina dengan kapasiti untuk 1,500 orang jemaah. Namun  pertambahan penduduk di Colombo memerlukan masjid ini diubahsuai untuk menampung lebih ramai jemaah. Pada tahun 1975, hasil bantuan dari Haji Omar Amanah kawasan tanah masjid ini berjaya diperluaskan.
Senibina masjid ini adalah satu-satu yang seumpamanya yang menggabungkan gaya senibina Islam dan sentuhan gaya Inggeris. Bahagian luar dinding masjid yang berwarna warni dan seperti gula-gula menjadikan ia antara menrcu tanda pelancongan di Colombo.
9. Masjid Lala Mustafa Pasha, Famagusta, Utara Cyprus
masjid-unik-9
Punca kenapa masjid ini kelihatan seperti gereja kerana dahulunya ia adalah sebuah gereja. Masjid Lala Mustafa Pasha pada asalnya adalah Katedral Saint Nicolas. Ia telah ditukar menjadi masjid oleh Empayar Uthmaniyyah.
Famagusta yang merupakan pemerintah ketika itu telah berjaya ditangkap oleh pasukan tentera Uthmaniah yang diketuai oleh menterinya Lala Mustafa Pasha pada tahun 1571. Hari ini, ia masih dianggap sebagai bangunan zaman pertengahan yang terbesar di Famagusta.
Dibina antara 1300 Masehi dan 1400 Masehi, struktur binaan bangunan ini kelihatan sama dengan gereja Notre-Dame de Reims di Perancis. Perbezaan yang dapat dikesan adalah pada tetingkap roda besar yang diletakkan pada pola perhiasan hiasan pada pintu utama. Dikenali sebagai tetingkap mawar, senibina seperti ini biasa dilihat pada gereja Perancis.
Walau bagaimana pun, bahagian atas 2 menara masjid ini tidak dapat diselamatkan daripada gempa bumi dan ia juga rosak teruk semasa serangan tentera Uthmaniyyah ini. Meskipun kerosakan ini tidak pernah dibaiki tetapi 1 menara baru telah ditambah.
Disebalik emua perubahan yang telah dilalui oleh senibina masjid ini, namun beberapa ciri asal senibina Gothic tetap dikekalkan termasuk beberapa makam yang terletak di lorong utara yang bertarikh dari abad ke-14
10. Masjid Saint Petersburg, Saint Petersburg, Rusia
masjid-unik-10
Apabila ia dibuka pada tahun 1913, Masjid Saint Petersburg merupakan masjid terbesar di Eropah. Hari ini dengan kapasiti untuk 5,000 jemaah ia masih menjadi masjid terbesar di kalangan penduduk muslim di Soviet. Masjid ini juga adalah masjid paling utara di dunia dan ia kekal menjadi pusat tumpuan utama bagi lebih 2 juta umat Islam di Rusia.
Dibina di pusat bandar Saint Petersburg, lokasi masjid ini bertentangan dengan Petrus dan Kubu Paul. Masjid ini merupakan hadiah dari Emir bandar Bukhara yang merupakan daerah Laluan Sutera, yang mana pada ketika itu adalah sebahagian dari jajahan empayar Rusia.
masjid-saint-petersburg
Arkitek Nikolay Vasiliev mengambil inspirasi dari makam-makam Tamerlane di Samarkand, bandar kedua terbesar di Uzbekistan sewaktu membina masjid ini.
Bahagian luar Masjid Saint Petersburg dihiasi granit kelabu, manakala mozek biru dan jubin seramik digunakan untuk bahagian atas kubah yang terletak di puncak menara setinggi 39 meter. Bahagian dalam masjid dihias indah dengan marmar hijau dan tulisan kaligrafi ayat suci al-Quran. Pekerja mahir dari Asia Tengah telah dipanggil untuk membina masjid ini.
Semasa Perang Dunia Kedua, masjid Saint Petersburg telah ditutup oleh pihak Bolshevik dan digunakan sebagai gudang untuk peralatan perubatan.
Namun atas permintaan presiden pertama Indonesia, Presiden Soekarno yang melawat bandar ini, masjid itu dikembalikan kepada masyarakat Islam di bandar ini pada tahun 1956.
Sumber : Aquila-Style.com
Jadi jika anda berhajat untuk travel ke salah satu dari negara di atas, pastikan masjid mereka menjadi salah satu dari destinasi anda kerana masjid ini bukan saja kaya dengan nilai sejarah tetapi juga kerana ia berada dalam kelasnya yang tersendiri.

#@thevocket com

Monday, February 17, 2014

Haiwan Pelik Ditemui Di Marang



haiwan-pelik
Haiwan Pelik Ditemui Di Marang |  MARANG – Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.


Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.

Thursday, May 23, 2013

Binaan Masjid yang unik di Turki


Konsep senibina masjid yang unik di Kayseri, Turki yang bersifat mesra akam dan urban.



istanbul-based firm manco architects has submitted images from their entry into the 
'conceptual design competition on mosque architecture', organized by the municipality 
of kayseri, turkey. maintaining the principle of a single large volume, the primary component
of a dome was replaced in favor of an alternative iconic form - a slanted cube. 

'kaaba', the holiest place of islam towards where all muslims turn during prayer, is symbolized 
by a plain cube, illustrating the simplicity and humbleness recommended to muslims. 
this starting point of a cubic mass was skewed to result in a rectangular plan for the mosque, 
an essential planning principle for the linear order of prayer. the alteration was also influenced
by the bending and prostrating movements of salaat. a sloping prayer area sliced into the podiums 
descend towards the kaaba direction. 

the interior sloping treatment extends to the outside, dividing the plot into two courtyards 
with different grades. the higher of the two accommodates outdoor friday, eid and funeral prayers
while the lower is sunk 1.5 m under grade and circumscribed by the annex. an ablution area
is located underneath the mosque to enable direct access to the prayer area. the water also aids 
in facilitating natural sunlight to enter the mosque, as well as direct cool cross ventilation. 











Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...