nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Sunday, May 17, 2015

10 Masjid Unik Dari Seluruh Dunia yang mendapat pengiktirafan UNESCO


masjid-mali
Kami bawakan 10 masjid dengan binaan unik ini untuk tatapan anda.
1. Masjid Besar Djenné,  Mali, Afrika Barat
Masjid yang di bina di kota purba Djenné lies ini telah dibina dengan menggunakan selut dan tanah. Meskipun bahan utamanya hanyalah tanah, namun tetap terserlah keunikan sentuhan senibina kaum Saheli – Sudan.
Masjid Besar Djenné sebenarnya menampilkan struktur genius kerana dindingnya yang diperbuat daripada bata lumpur yang dijemur dibawah panas terik matahari. Dinding masjid dibina berasaskan lumpur – mortar dan disalut dengan lebihan lumpur sebagai plaster menjadikan dindingnya mampu melindungi bangunan daripada perubahan suhu yang melampau di siang hari dan pada waktu malam.
Daun palem diselitkan didalam binaan membantu mengukuhkan struktur bangunan dan mampu menyerap keretakan yang disebabkan oleh perubahan kerap pada suhu, manakala alur seramik pula mengalirkan air turun dari bumbung dan jauh daripada dinding di bahagian luar masjid.
Setiap menara ke 3 masjid ini disediakan 1 tangga berpusing untuk ke bumbung dan ia dibuat dengan menggunakan kulit telur burung unta. Masjid ini beserta bandar Djenné telah diwartakan sebagai tapak warisan bersejarah UNESCO pada tahun 1988.
2. Masjid Labaranga, Ghana
Ini adalah masjid tertua di Ghana. Dipercayai masjid ini telah di bina oleh puak Moors pada abad ke 13. Namun begitu ada juga yang mengatakan masjid ini telah dibina pada abad ke 15.
Masjid Larabanga diperbuat daripada lumpur dan kayu. Bahagian luarnya bertukar warna sepanjang hari dan berubah dari putih ke warna emas dan gangsa. Oleh kerana bahan binaannya yang dibuat dari lumpur, Masjid Larabanga perlu diubahsuai setiap kali selepas hujan lebat
Masjid ini mempunyai empat pintu masuk, masing-masing satu untuk ketua kampung, lelaki, wanita dan muadzin yang melaungkan azan. Satu salinan al-Quran purba yang berasal dari abad ke-17 dan berusia setua masjid ini turut disimpan di sini.
Hari ini, seorang penjaga ditugaskan untuk menjaga al-Quran di masjid itu. Al quran ini juga akan dibawa keluar untuk dibaca sewaktu solat khas setiap tahun, seperti di Festival Api semasa sambutan Tahun Baru Islam. Orang ramai dari jauh dan dekat berkumpul di luar masjid Larabanga untuk menghadiri bacaan ini.
Masjid Larabanga telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2001 dan pada masa ini disenaraikan dalam Tabung Monumen Dunia untuk 100 tapak warisan yang terancam.
Ada satu kisah lagenda mengatakan suatu ketika dulu seorang peniaga bernama Ayuba menemui batu mistik di pinggir Larabanga ini. Untuk menentukan  di mana beliau perlu tidur untuk malam itu, dia membuat keputusan untuk melontar lembing sambil berdiri di sebelah batu itu, dan tidur di mana saja lembing itu mendarat. Sewaktu tidur di tempat yang telah ditetapkan, Ayuba bermimpi beliau telah membina sebuah masjid di situ dan keesokan harinya sangat terkejut apabila terjaga dari tidur kerana tapak asas masjid itu telah muncul. Melihat ini sebagai tanda kebesaran Ilahi, beliau menyiapkan pembinaan masjid di situ dan mengambil keputusan untuk terus menetap di Larabanga.
3. Masjid Koutoubia, Marrakesh, Morocco
masjid-unik-3
Masjid terbesar di Marrakesh ini telah dibina tidak lama selepas bandar ini ditakluk oleh Dinasti Almohad pada tahun 1150. Dinasti Almohad adalah dinasti Islam abad ke 12. Sebelum masjid ini didirikan, tapak asalnya telah digunakan sebagai lokasi para penjual manuskrip berkumpul dan nama masjid ini diambil daripada perkataan Arab untuk ‘buku': koutoub.
Dewan masjid ini boleh memuatkan sehingga 25,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid Koutoubia terkenal kerana senibina menaranya yang mengagumkan dan merupakan menara yang tertua daripada 3 menara besar Almohad. 2 lagi lokasi lain bagi menara dengan senibina Almohad adalah Menara Hassan di Rabat, Maghribi dan di La Giralda, Seville, Sepanyol.
Identiti gaya senibina klasik Almohad bagi masjid ini boleh dikesan menerusi menara masjid yang dihiasi dengan 4 bola tembaga. Dikatakan bahawa bola tembaga ini pada asalnya hanya 3 sahaja dan diperbuat daripada emas tulen. Bola tembaga ke 4 dibina kerana isteri Emir Yacoub el-Mansour yang membina Masjid Koutoubia telah meleburkan hiasan emas milik beliau sebagai ungkapan penyesalan kerana beliau berbuka terlalu awal di satu majlis berbuka puasa pada bulan Ramadhan di masjid itu.
Berdiri setinggi 69 meter dengan panjang sisi 12.8 meter, reka bentuk menarik  di masjid ini adalah menara tajam  di bahagian atas menampilkan corak kerja yang rumit pada setiap sisi dan motif hiasan rumit pada bahagian luar tingkap menara. Terdapat 6 bilik di menara ini yang berada di setiap 1 tingkat dan tangga berpusing yang dibina boleh dinaiki bukan hanya dengan berjalan kaki tapi juga dengan menunggang kuda.
4. Masjid Besar Touba, Touba, Senegal
masjid-unik-4
Terasa agak mustahil untuk menceritakan kisah Masjid Besar Touba ini tanpa berkongsi kisah epik Sheikh Ahmadu Bamba Mbàkke, pembina dan juga pengasas Sufi Mouride, salah satu kumpulan sufi yang terbesar dan paling terkenal di Senegal.
Bamba seorang yang rajin dan murid-muridnya dikenali kerana kuat bekerja. Penjajah Perancis mula rasa terancam dengan pengaruh Bamba yang semakin meningkat pada masa itu. Untuk mengurangkan pengaruh Bamba, penjajah Peranchis  telah menjatuhkan hukuman buang negeri  keatas Bamba dari tahun 1895 hingga tahun 1907. Tindakan Peranchis ini memakan diri kerana khabar angin bertiup kencang di kalangan pengikut Bamba bahawa beliau diseksa dan dibunuh oleh Peranchis. Disebabkan berita ini populariti Bamba semakin meningkat.
Akhirnya pihak Perancis sedar Bamba sebenarnya tidak berniat jahat dan membenarkan gerakannya berkembang.
Di sinilah bermulanya sejarah Masjid Besar Touba apabila pada tahun 1926 Bamba memulakan pembinaan masjid di bandar Touba dengan kebenaran Peranchis. Bamba dikebumikan di masjid ini selepas kematiannya pada tahun 1927.
5. Masjid Besar Xi’an, Daerah Shaanxi, China
masjid-unik-5
Pembinaan Masjid Besar Xi’an bermula pada 742 Masehi, semasa Dinasti Tang (618- 907 Masehi). Tambahan yang dibuat sewaktu dinasti Song (960 – 1279 Masehi), dinasti Yuan (1271-1638 Masehi), dinasti Ming (1368-1644 Masehi), dan dinasti  Qing (1644-1911 Masehi), menjadikan masjid ini mewakili struktur purba yang melalui banyak episod penting dalam sejarah silam dan mempunyai kisah yang tersendiri.
Satu lagi faktor unik masjid ini adalah pada senibinanya yang menggabungkan elemen senibina tradisional Cina dan senibina Islam. Ukiran yang kelihatan seperti tokong Cina diletakkan di bahagian bumbung bagi menggantikan kubah dan menara.
Sentuhan kesenian Islam juga terdapat pada binaan masjid ini yang digambarkan dalam bentuk tulisan Arab dan juga pada hiasannya. Bumbung pagoda 2 tingkat pula dipasang bagi menggantikan menara.
Dibina di atas tanah seluas 12,000 meter persegi, Masjid Besar Xi’an dibahagikan kepada 4 halaman yang mengandungi khazanah seni bina gerbang kayu dari abad ke 17, Al-Quran kuno bertulisan tangan yang diwarisi dari Dinasti Ming, kalendar batu yang dipanggil ‘Tablet Moon’ dan di tengah-tengah dewan ke 2 berdiri gerbang batu dengan 2 tiang yang mengandungi tulisan kaligrafi dari ahli kaligrafi kuno yang terkenal. Ruang ke 4 menjadi ruang solat utama yang boleh memuat sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid Besar Xi’an adalah satu-satunya masjid di China yang dibuka kepada pengunjung bukan Islam, tetapi mereka tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama. Masjid ini telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Islam UNESCO pada tahun 1985.
6. Masjid Badshashi, Lahore, Pakistan
masjid-unik-6
Juga dikenali sebagai Masjid Maharaja, Masjid Badshahi telah dibina pada tahun 1673 oleh Maharaja Moghul yang bernama Aurangzeb. Mampu menampung lebih 55,000 jemaah, Badshahi adalah masjid ke 2 terbesar di Pakistan selepas Masjid Faisal di Islamabad. Kedudukan masjid ini yang bertentangan dengan puncak Lahore Fort menggambarkan kepentingannya dalam besar Empayar Moghul (1526-1858 Masehi).
Setiap sudut struktur masjid yang besar ini ditanda dengan menara batu pasir yang dibalut dengan kubah marmar putih. Empat menara masing-masing dengan ketinggian 53 meter dan 204 langkah di dalam. Bahagian luar bangunan ini dihiasi dengan ukiran batu dan ditatah marmar pada batu pasir merah. Bahagian dalam pula di hias indah dengan motif yang di cat plaster, plat dan panel marmar.
Ubah suai besar-besaran telah dijalankan antara tahun 1939 hingga 1960 dan baru-baru ini pula sebuah muzium kecil telah ditambah di dalam kompleks. Antara yang menarik dipamerkan di dalam muzium ini adalah barangan peninggalan milik Nabi Muhammad (saw),  menantu Rasullulah (yang juga sepupunya) Ali Bin Abi Thalib dan juga anak perempuan Rasulullah saw, Fatima Zahra – terdiri dari serban hijau, topi, kot hijau, seluar putih, kasut yang dipakai oleh Nabi, batu yang mengandungi tanda kakinya dan kain rentang putih dengan ayat-ayat al-Quran bersulam di atasnya.
7. Masjid Emi, Xinjiang, China
masjid-unik-7
Masjid Emin yang berdiri megah di Xinjiang ini telah dibina oleh Raja Sulaiman pada tahun 1779 sewaktu era Dinasti Qing. Masjid ini dibina sebagai penghormatan kepada ayahnya seorang raja Uighur – Amin Khoja.
Apa yang menarik tentang masjid ini adalah menaranya yang di bina berasingan dan terletak di luar banguna masjid. Dewan solat pula dibina mengikut ciri-ciri senibina tempatan. Bahan utama bagi dinding masjid adalah batu bata lumpur. Jika diperhatikan seni bina masjid ini dipengaruhi oleh struktur Uzbekistan, Parsi dan Asia Tengah.
Menara masjid yang setinggi 44 meter dengan diameter lebih dari 10 meter dan tirus ke atas dengan diameter di bahagian tirus adalah 2.8 meter. Hasil sentuhan oleh penduduk tempatan di Xinjiang, masjid ini dibina menggunakan kayu dan batu-bata. Bahagian luar menara dihiasi dengan corak geometri dan bunga.
Bahagian dalam menara ini tidak mempunyai tingkat dan hanya mempunyai 1 lingkaran sokongan dalaman yang juga berfungsi sebagai penggulung.
Sayangnya masjid ini telah ditutup kepada orang ramai dan tidak boleh digunakan untuk solat sejak tahun 1992 apabila ia telah diletakkan di bawah perlindungan kerajaan China.
8. Masjid Jamiul Alfar Jummah, Colombo, Sri Lanka
masjid-unik-8
Dibina pada tahun 1908, Masjid-Jamiul Alfar Jummah juga dikenali dalam bahasa tempatan sebagai ‘Shamman Kottu Gunungrawas’. Terletak di daerah Pettah, masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Colombo.
Pada awal abad ke-20, pihak berkuasa India meluluskan permintaan umat Islam untuk membina satu tempat untuk mereka beribadah. Oleh itu, kira-kira 108 tahun yang lalu, Masjid Jamiul Alfar Jummah telah dibina dan ia mengambil masa 1 tahun untuk siap.
Asalnya masjid ini dibina dengan kapasiti untuk 1,500 orang jemaah. Namun  pertambahan penduduk di Colombo memerlukan masjid ini diubahsuai untuk menampung lebih ramai jemaah. Pada tahun 1975, hasil bantuan dari Haji Omar Amanah kawasan tanah masjid ini berjaya diperluaskan.
Senibina masjid ini adalah satu-satu yang seumpamanya yang menggabungkan gaya senibina Islam dan sentuhan gaya Inggeris. Bahagian luar dinding masjid yang berwarna warni dan seperti gula-gula menjadikan ia antara menrcu tanda pelancongan di Colombo.
9. Masjid Lala Mustafa Pasha, Famagusta, Utara Cyprus
masjid-unik-9
Punca kenapa masjid ini kelihatan seperti gereja kerana dahulunya ia adalah sebuah gereja. Masjid Lala Mustafa Pasha pada asalnya adalah Katedral Saint Nicolas. Ia telah ditukar menjadi masjid oleh Empayar Uthmaniyyah.
Famagusta yang merupakan pemerintah ketika itu telah berjaya ditangkap oleh pasukan tentera Uthmaniah yang diketuai oleh menterinya Lala Mustafa Pasha pada tahun 1571. Hari ini, ia masih dianggap sebagai bangunan zaman pertengahan yang terbesar di Famagusta.
Dibina antara 1300 Masehi dan 1400 Masehi, struktur binaan bangunan ini kelihatan sama dengan gereja Notre-Dame de Reims di Perancis. Perbezaan yang dapat dikesan adalah pada tetingkap roda besar yang diletakkan pada pola perhiasan hiasan pada pintu utama. Dikenali sebagai tetingkap mawar, senibina seperti ini biasa dilihat pada gereja Perancis.
Walau bagaimana pun, bahagian atas 2 menara masjid ini tidak dapat diselamatkan daripada gempa bumi dan ia juga rosak teruk semasa serangan tentera Uthmaniyyah ini. Meskipun kerosakan ini tidak pernah dibaiki tetapi 1 menara baru telah ditambah.
Disebalik emua perubahan yang telah dilalui oleh senibina masjid ini, namun beberapa ciri asal senibina Gothic tetap dikekalkan termasuk beberapa makam yang terletak di lorong utara yang bertarikh dari abad ke-14
10. Masjid Saint Petersburg, Saint Petersburg, Rusia
masjid-unik-10
Apabila ia dibuka pada tahun 1913, Masjid Saint Petersburg merupakan masjid terbesar di Eropah. Hari ini dengan kapasiti untuk 5,000 jemaah ia masih menjadi masjid terbesar di kalangan penduduk muslim di Soviet. Masjid ini juga adalah masjid paling utara di dunia dan ia kekal menjadi pusat tumpuan utama bagi lebih 2 juta umat Islam di Rusia.
Dibina di pusat bandar Saint Petersburg, lokasi masjid ini bertentangan dengan Petrus dan Kubu Paul. Masjid ini merupakan hadiah dari Emir bandar Bukhara yang merupakan daerah Laluan Sutera, yang mana pada ketika itu adalah sebahagian dari jajahan empayar Rusia.
masjid-saint-petersburg
Arkitek Nikolay Vasiliev mengambil inspirasi dari makam-makam Tamerlane di Samarkand, bandar kedua terbesar di Uzbekistan sewaktu membina masjid ini.
Bahagian luar Masjid Saint Petersburg dihiasi granit kelabu, manakala mozek biru dan jubin seramik digunakan untuk bahagian atas kubah yang terletak di puncak menara setinggi 39 meter. Bahagian dalam masjid dihias indah dengan marmar hijau dan tulisan kaligrafi ayat suci al-Quran. Pekerja mahir dari Asia Tengah telah dipanggil untuk membina masjid ini.
Semasa Perang Dunia Kedua, masjid Saint Petersburg telah ditutup oleh pihak Bolshevik dan digunakan sebagai gudang untuk peralatan perubatan.
Namun atas permintaan presiden pertama Indonesia, Presiden Soekarno yang melawat bandar ini, masjid itu dikembalikan kepada masyarakat Islam di bandar ini pada tahun 1956.
Sumber : Aquila-Style.com
Jadi jika anda berhajat untuk travel ke salah satu dari negara di atas, pastikan masjid mereka menjadi salah satu dari destinasi anda kerana masjid ini bukan saja kaya dengan nilai sejarah tetapi juga kerana ia berada dalam kelasnya yang tersendiri.

#@thevocket com

Tuesday, February 24, 2015

Filem Dracula Untold Dan Putar Belit Hollywood – Ada Sesuatu Yang Kita Tidak Tahu

     
2
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fatihin Abshar telah berkongsi sedikit pandangan dan review beliau berkenaan filem Dracula Untold yang baru ditayangkan di pawagam seluruh dunia baru-baru ini.
Dalam entri tersebut, beliau mengupas dan memberi penjelasan sebenar disebalik filem Dracula tersebut. Yang menariknya dalam filem itu didapati terdapat fakta yang telah diputarbelit oleh Hollywood, sejarah yang telah dipesongkan dan dalam filem itu seolah-olah ingin menggambarkan sisi negatif yang terdapat pada tokoh Islam pada ketika itu.
Ikuti sepenuhnya entri beliau di bawah, bagi kami penerangan ini sesuatu yang berbaloi untuk kita ketahui..


Melihat cerita Dracula Untold memang benar mencabar
begitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al Fateh dalam filem ini
sekarang mudah sahaja nak mengubah sejarah
buat saja movies, masukkan elemen love sikit supaya penonton mudah cair
( kalau buat buku orang tak baca, kalau buat movies, genre action pula, confirm marketing dan audiensnya lebih meluas)
tunjukkan sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnya
manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa
yang hairannya
mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya
(dulu delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu ketika dahulu)
mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vlad
mereka tak tunjukkan pula payudara wanita dipotong dan penderaan seksual terhadap muslimah muslimah Islam oleh Vlad
mereka tidak pula menunjukkan orang miskin direbus hidup oleh Vlad
mereka tak pula tunjukan yang Vlad pernah meracun sungai Danube
tetapi dalam filem
nah
sekarang
Sultan Muhammad Al Fatih, sultan yang terbaik menurut sabda Nabi
pembuka Kota Constantiinople
Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia oleh pakar strategi zaman ini
Penawanan pula dibuat secara aman, tidak ada pembunuhan beramai ramai seperti apa yang dibuat oleh Rom, Parsi, dan Monggol apabila mereka menawan sebuah kota
(Tapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Bharat kata tentera alFateh telah membakar, membunuh,menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam)
Malah Sultan Mehmet II( Al Fateh) juga digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi
tapi kini sudah dianggap dunia sebagai
seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini!
Jannisari, kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini
Iya,
sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahli
Ya,
dalam satu sudut nampak seperti oppress
tetapi tujuan Sultan mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara
ini memastikan tidak berlaku “coup-de-etat” di kalangan tentera Janissari terhadap kerajaan
Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini
direkodkan ibu bapa Kristian merebut merebut menghantar anak mereka ke Jannisari kerana mereka akan mendapat paling terbaik oleh negara
Mereka akan belajar secara percuma, disekolah percuma, makanan diberi percuma
siap ada ibu bapa yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Jannisari!!
mana tidaknya
semua percuma
Kata sejarawan Georgiades Arnakis
“Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman”
Satu lagi
Lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai
( nama pun cerita kait sejarah kan, mestilah buat betul betul ikut karakter,orang dalam bidang lakonan mesti lagi sangat tekankan benda ini)
Kalau kita ihat lukisan Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al Fateh
ia lebih segak dan hensem kot
sebab sultan sultan di Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidupnya dan pemakanannya oleh pakar pakar nutrisi sentiasa supaya tampak segak dan tampan
mereka tinggi
badan sasa
tidak gemuk
bila musuh melihat sahaja sudah kagum dan gerun
iya dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya
saya akui
Saya juga tidak memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibar
banyak juga
tetapi
menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya
dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh
adalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan
tetapi dari segi manusiawi!
* apapun
kelemahan kita orang islam juga ada
filem Malaysia masih di tahap memalukan
Dari Mamak Cupcake, Rindu Awok 101%,movies races races. mat rempit jadi contoh, hantu terlompat, hantu puyong, tak habis filem tahyul yang tidak membina penonton
lihat saja mereka
membuat movies ini bukannya ilmu sejarah datang dengan tiba tiba
semuanya dengan kajian dan bacaan
moga sinar kebangkitan filem filem Melayu dapat dipelopori seperti MrTheAllShared dan Hamasah Syabab yang akan memenuhi vakum kekosongan filem filem berkualiti dari tempatan mahupun dari dunia islam
tiba masanya kita pula menyebarkan propanganda melalui filem!
maksud saya bukan lagi filem filem cinta islamik
tetapi filem sejarah islam kita
PS: Admin sendiri telah menontonnya dan memang jelas ia adalah satu manipulasi untuk membeurukkan Islam dan Khilafah Uthmaniah dan yang paling jelas adalah memburukkan imej dan peribadi Sultan Muhammad Al Fateh, Penakluk Konstantinopel dan menzahirkan kebenaran hadis Rasulullah SAW selama 500 tahun tentang jatuhnya kota Konstantinople di tangan seorang yang tawadu' dan berperibadi hebat.

Di antara adegan yang jelas menghina Islam adalah perjanjian darah di antara Vald dan Muhammad Al Fateh dengan jelas tertera Kalimah Allah sebagai saksi.

Mana mungkin Sultan Muhammad AL Fateh yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh dan tidak pernah meninggalkan solat jemaah sejak baligh di burukkan sedemikian rupa.

Ia jelas satu dendam kepada Penakluk yang hebat ini.

@http://www.harianblogger.com/

Sunday, January 4, 2015

Kenali Syeikh Ahmad al-Fatani- Ulama Nusantara



Kenali Syeikh Ahmad al-Fatani.



Nama penuh permata kebanggaan ulama’ Nusantara ini ialah Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Bin Wan Mustafa al-Fatani. Menurut Ahmad Fathi al-Fatani (2001: 55) Syeikh Ahmad al-Fatani berasal dari keturunan para muballigh agama Islam yang datang dari Hadhramaut. 

Dikatakan bahawa nasab silsilahnya bertalian dengan Saidina Abbas Bin Abdul Mutalib, bapa saudara Rasulullah S.A.W. Wan Mohd Shaghir Abdullah pula (2005:13), yang juga cucu kepada Syeikh Ahmad al-Fatani pula menyatakan bahawa, nama lengkap Syeikh Ahmad al-Fatani ialah: Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zainal Abidin Bin Datu Panglima Kaya Syeikh Haji Wan Mushthafa Bin Wan Muhammad Bin Wan Muhammad Zainal Abidin (Faqih Wan Musa al-Jambui al-Sanawi al-Fatani) Bin Wan Muhammad Shalih al-Laqihi Bin Ali al-Masyhur al-Laqihi.

Membongkar Rahsia Wahabi, Satu Konspirasi Yahudi Menghancurkan Islam Dari Dalam



Sebelumnya kita perlu mengetahui Siapakah Yahudi ?
Yahudi adalah bangsa israel yang sangat benci kepada Tuhan Nabi Muhammad SAW hanya kerana Nabi akhir zaman itu bukan lagi dari kalangan Bani Israel, mereka bangsa yang terlalu tebal asobiahnya hingga mereka sanggup bermusuhan dengan Tuhan itulah Sebabnya mereka mencetuskan ajaran anti Tuhan- Anti islam, sekularisme dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

Yahudi juga dikenali sebagai ZIONIS. Gerakan ini di susun dengan rapi setelah Theodore Herzl (pengasas Organisasi yahudi Internasional) yang menulis buku “Negara yahudi” pada tahun 1896, Konsep ZIONISME yang menganggap kaum yahudi sebagai bangsa yang terpilih memerintah dunia ini dari Bukit Zion atau Sion di Jerusalalem sebagai pusat pemerintahan Yahudi.

Pada tanggal 9 November 1914 British mengusahakan perang terhadap khilafah Uthmaniah Turki

Permulaannya adalah Jerussalem, Di sinilah terletak Masjidil Aqsa yang telah ada sejak zaman Nabi Ibrahim AS. Tempat ini adalah tapak bersejarah bagi semua agama samawi, Namun kerana yahudi dan kristian menolak Nabi Muhammad SAW maka Baitul Maqdis menjadi rebutan antara Yahudi, kristian dan Islam

Baitul Maqdis merupakan kota ketiga terbesar Islam, Selepas Makkah Mukarramah dan Madinah Al-munawarah

Kota-kota besar Islam di antaranya adalah:

Makkah Al-mukarramah : Terdapat Kaabah dan Masjidil Haram, Tanah kelahiran Rasulullah SAW, Tapak kenabiann Muhammad SAW

Madinah : Masjid nabawi, Terdapat jasad rasulullah, Terbinanya daulah islam pertama dimana yahudi terhalau dari haramain (Makkah dan Madinah)

Baitul maqdis : Terdapat masjidil aqsa, Kiblat pertama umat islam sebelum diubah ke masjidil haram, Negeri isra dan miraj, tempat perhentian terakhir sebelum Rasulullah SAW mi' raj ke sidratul muntaha

Pada 639 M dibawah khalifah umar Al-khattab, Gabenor amru bil 'ash berhasil menguasai Baitul Maqdis dengan aman damai 

Pada 1099 M perang salib pertama Baitul Maqdis jatuh ke tangan kristian

Pada 1187 M Salahuddin Al Ayubi mrebut kembali Baitul Maqdis dari tangan Richard The Lion Heart dan sempurnalah tiga kota suci ini berada dalam khilafa islamiyah hingga 1917

Dendam yahudi terhadap Muhammad SAW dan islam semakin mendalam dan Satu konspirasi dirancang begitu rapi untuk menentang kebangkitan islam

Yahudi mendirikan pusat pengajian islam untuk melatih agen-agen perisikan untuk menyusup ke dalam masyarakat islam

Tahun 1822 didirikan society asiatic of paris di Paris 

Tahun 1823 royal asiatic society of great britain and ireland didirikan di inggeris

Tahun 1842 american oriental society didirikan di Amerika Syarikat

Tahun 1916 university of london mendirikan school of oriental studies sekarang menjadi SOAS (school of oriental and african studies)

Agen-agen orientalis itu dikirim ke negara negara islam dan menyamar sebagai ulama, Diantara tokoh2 orientalis dari yahudi dan kristian yang menyusup di tengah-tengah umat islam adalah :
Mr. Hempher (syeikh Muhammad Majmui ) pada 1710 di hantar oleh british ke mesir, turki, hijaz, iraq dan sekitarnya
Mr. Christian Snouck Hurgronve (Syeikh Abdul Ghaffar) 1857-1936 di Aceh dan Nusantara
Duncan Black MacDonald (1863-1943) dihantar ke Amerika dan menjadi rujukan cendekiawan islam dari seluruh dunia
Apa itu wahabi? Wahabi merupakan suatu pemahaman yang di asaskan oleh Muhammad Ibn Abdul Wahab, faham ini di nisbahkan kepada nama bapanya Abdul wahab sebagai wahabi tidak kepada namanya sendiri sebagai muhammadi, ini adalah sebagai ijtihad para ulama supaya umat islam tidak keliru dengan ajaran islam sebenarnya yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Muhammad Ibn Abdul Wahab 1701-1793) lahir di kampung Ainiya Najd Arab saudi, ibnu abdul wahab adalah seorang yang lemah fikirannya dan gagap, ayah dan abangnya menganggapnya sebagai anak yang tidak siuman. 

Ibnu abdul wahab sangat terpengaruh dengan ajaran Ibn Taimiyah yang mengasaskan pemahaman mujassimah. (Ibnu Taimiyyah sebelum wafat kembali bertaubat dan mengikut fahaman imam mazhab yang empat iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali- admin) 

Kemudian dia mengembara dan belajar di Basrah berguru kepada syeikh Muhammad Al Majmui, syeikh Muhammad Al Majmui adalah Mr. Hempler, iaitu seorang orientalis dan agen yahudi dari British. Dia adalah seorang pakar ilmu islam berbahasa Arab, turki, parsi dan lama mempelajari islam di turki dan iraq, Mr. Hampler memberikan Ibn abdul wahab dengan hadiah kahwin mutaah 2 orang agen perempuan yahudi yang menyamar sebagai muslimah maka akan lebih mudah yahudi mencatur Ibnu Abdul Wahab dengan semaunya, mengajarkan aliran baru dalam islam sesuai dengan perancangan Yahudi. Dengan ajaran baru itu Ibnu Abdul Wahab. Kembali ke kampung halamannya namun di tentang dan di usir oleh bapanya yang seorang ulama sunni.

Kerjasama yahudi, keluarga al-saud dan golongan wahabi kemudian membentuk kerajaan arab saudi.

Setelah di usir oleh ayahnya Muhammad ibnu abdul wahab terus menyebarkan ajarannya itu ke seluruh Najd dan selalu di pantau oleh Mr. Hampler dan disokong oleh kerajaan Inggeris dan membawa misi yahudi pada pemimpin-pemimpin arab .

Pada tahun 1947 Ibnu Abdul Wahab bertemu dengan 
Ibnu Saud dan berkata “jika engkau menolong kami, maka engkau akan kami jadikan pemimpin seluruh wilayah najd” Ibnu Saud adalah keturunan yahudi yang menguasai kawasan Durriyah, ibnu saud setuju dengan tawaran ini maka bergabunglah Ibnu Abdul Wahab dan Ibnu Saud mengembangkan ajaran wahabi, di antara ajaran wahabi ialah siapa yang tidak ikut wahabi ialah sesat, kafir, halal darah dan hartanya. 

Dengan fatwa wahabi ini maka orang-orang yang tidak ikut wahabi ini dibunuh dan hartanya dirampas. Kaum wahabi melancarkan perang di dalam dan di luar wilayah Najd seperti Yaman, Hijaz dan daerah sekitar Syiria dan Iraq, mereka memerangi 300 lelaki di kampung Al-fusul diwilayah kota Al-Ahsa dan merampas harta milik mereka. Pasukan ibnu saud dan ibnu Abdul Wahab itu terus melakukan kekejaman ke seluruh arab, siapa yang taat kepada ajarannya wajib berbaiat, bila melawan wajib dibunuh dan harta miliknya dirampas. 

Di antara umat islam yang paling banyak dibunuh adalah keturunan Rasulullah SAW, namun ada keturunan Rasulullah yang sempat melarikan diri ke Malaysia dan Indonesia. Peninggalan Rasulullah SAW di musnahkan supaya umat islam tidak lagi membesarkan Nabi Muhammad SAW dan keturunannya.

Pada tahun 1793 ibnu Abdul wahab meninggal dunia namun ajaran wahabi makin berkembang dengan sokongan keluarga AL-saud dan british atau yahudi dan terus meluaskan wilayah jajahannya sehingga tahun 1912 berjaya menguasai seluruh najd.

Yahudi mencetuskan revolusi arab untuk menjatuhkan empire islam Uthmaniah, ketika empayar islam Uthmaniah telah diserang dengan penyakit al wahan,  agenda yahudi seterusnya adalah menghapuskan pemerintahan para syarif makkah yang bertugas sebagai penjaga Haramain. kemudian Yahudi melantik JE Lawrance sebagai agen perisikan yang menyusup ke dalam bangsa arab. Lawrance adalah seorang saintis yang menguasai 6 bahasa utama dunia termasuk arab. Dia  menguasai dengan amat baik wilayah dan peradaban bangsa arab dan dikenali sebagai lawrance of arabia. 

Kemudian lawrence mencari tokoh arab yang menginginkan kuasa, maka di temukan tokoh Syarif Husain wakil dari empayar islam Uthmaniah di Haramain dan Lawrance berhasil  menghasut Syarif Husain untuk membebaskan diri empayar islam Uthmaniah serta menyuburkan nasionalisme di bangsa arab dan menentang bangsa turki yang memimpin empayar islam Uthmaniah. 

Lawrance adalah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan mangsanya. Hubungan antara lawrance dan syarif husain sangat rapat sampai menjadi kawan karib putranya yang bernama Amir Faisal. Amir Faisal berpaling ke British. 

Atas nasihat dari Lawrance,  syarif husain mengirim surat rahsia untuk meminta bantuan dari  british. Dengan di janjikan Syarif Husain menjadi pemimpin seluruh arab maka mudahlah bagi Lawrance untuk mencatur keluarga ini untuk mengagihkan arab sesuai dengan permintaan yahudi. 

Pada tahun 1915 British awalnya menguasai wilayah Iraq dan pada tahun 1917 berhasil menduduiki wilayah Palestin. Tentara British yang dipimpin oleh Jeneral Elenbi memasuki palestin pada tanggal 9 disember 1917. Elenbi menginjakkan kaki di makam salahudin dan berkata “ hari ini perang salib sudah berakhir” . 

Pada tahun 1918 tentera kolonial British berhasil menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniah iaitu Istanbul, kemudian di adakan perjanjian Faisal-weizmann yang ditandatangani pada tanggal 3 januari 1919 dalam persidangan paris. Weizman adalah presiden pertubuhan zionis dunia. Setelah perjanjian itu Weizmen menjadi presiden pertama Israel. Iraq diserahkan kepada Amir faisal, Jerussalem atau Palestin diserahkan kepada Kristian dan Baitul maqdis diserahkan kepada yahudi. 

Pada tahun 1922 setelah perang dunia I tamat,  persidangan Lawson di adakan, hasil sidang lawson adalah : sistem khilafah dihapuskan , khalifah dibuang keluar negara, harta khalifah dirampas, kerajaan Turki baru di bentuk berdasarkan sekuler dibawah pimpinan mustafa kamal attaturk. Negara-negara jajahan Turki diambil alih sebagai jajahan Inggeris, Perancis dan itali. Lord Corsen dengan sombongnya berkata hakikatnya turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi kerana sudah di hancurkan kekuatannya iaitu khilafah islamiah atau pemerintahan islam. 

Yahudi melantik saudi dan wahabi sebagai penguasa haramain. Setelah jatuhnya empayar Uthmaniah negara-negara kecil seperti Kuwait, Yaman dan lain-lain diserahkan kepada kabilah-kabilah yang dipilih oleh yahudi, negara kecil itu semua tunduk kepada British, Perancis dan Itali

Janji kepada Syarif Husain untuk mengangkat sebagai pemimpin arab hanyalah janji kosong. Syarif husain hanya diberikan kerajaan Jordan yang kecil dan miskin.

Pada 1925 keluarga Al-saud berhasil menguasai Makkah dari pada Syarif Husain. Pada 10 januari 1926 Abdul Aziz Al-Saud di lantik menjadi raja Hijaz di masjidil Haram, makkah. Pada tahun 1932 setelah menguasai sebahagian besar semenanjung Arab, Ibnu saud menamakan tanah gabungan Hijaz dan Najd sebagai Arab Saudi. Abdul Aziz Ibnu Saud kemudian melantik dirinya sebagai raja arab saudi dengan bantuan British. Fahaman wahabi menjadi agama rasmi arab saudi dan disebarkan ke seluruh dunia.

Mengapa yahudi menciptakan wahabi.:

Yahudi sangat faham bahawa kekuatan umat islam terletak pada rohnya yakni ruh yang sangat kenal cinta dan takut dari penciptaNya oleh kerana itu umat islam harus dipisahkan dari Allah.

Yahudi sangat faham bahawa kekuatan islam kerana berhasil menghubungkan kekuatan roh dan kehidupan lahir maka keyakinan akan adanya kekuatan roh dalam kehidupan lahir itu harus dimusnahkan

Yahudi sangat faham bahwa kunci kemenangan umat islam adalah adanya bantuan ghaib dari Allah SWT maka yahudi ingin menghapuskan keyakinan terhadap hal ghaib itu.
Ulama sufi dan tarikat yang memiliki karamah dikatakan sesat dan syirik.

Yahudi sangat faham bahwa kekuatan islam terletak pada kecintaan umatnya kepada Muhammad SAW, ahlul bait dan para sahabat maka segala peninggalan dan amalan yang menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah dimusnahkan dengan alasan bid’ah, kultus, khurafat dan lain-lain alasan yang diada-adakan

Yahudi faham bahawa selemah-lemah umat islam mereka sangat fanatik pada agama para ulama, oleh kerana itu ulama baru dan islam gaya baru mesti dicipta yang sesuai dengan agenda yahudi.

Untuk menguasai kota suci umat islam haramain,  yahudi tidak bisa memusnahkan seperti tempat-tempat yang lain karena ditakutkan akan mendapat tentangan seluruh umat islam sedunia
Kejahatan-kejahatan wahabi diantaranya adalah :

Membuat fatwa setiap yang bidah itu sesat dan yang sesat itu neraka

Umat islam yang tidak ikut ajarannya itu sesat, halal darah dan hartanya

Membunuh keturunan Rasulullah SAW

Menghukum sesat keturunan Rasul SAW dan sahabat yang utama

Menganggap alam roh itu tidak wujud

Menolak adanya hubungan antara alam lahir dan roh

Memusnahkan peninggalan Rasul.
Dalam mempelajari ilmu usuludin atau tauhid menganut pemahaman ibnu taimiah yang menganggap Tuhan itu berjisim seperti makhluk atau mujassimah

Mengambil sumber alquran dan hadis tanpa ijma' ulama dan qiyas

Melarang keras umat islam berdoa dengan bertawasul atau perantara

Dilarang keras menziarahi kubur sekalipun makam nabi

Menghancurkan bangunan di atas tempat lahir nabi di suk alai

Melarang memuji-muji nabi seperti membaca qosidah berzanji burdah, tahlil dsb

Melarang memperingati maulid rasul, israq miraj dan semua perayaan islam yang lain

Melarang belajar tentang sifat 20 dan menuduh sesat ajaran asyari yaitu faham Ahli sunnah wal jamaah.

Melarang amalan tariqat, umpama tariqat naqsabandiah, Al qadiri, saszali, saman muhammadiyah dll
Mengundang amerika mengeksploitasi kekayaan minyak di timur tengah

Berkomplot dengan Amerika membina pangkalan perang di arab saudi

Meminta bantuan tentara sekutu di perang teluk untuk menghancurkan saddam

Mencetuskan gerakan teroris seperti al Qaeda dll untuk memburukkan imej islam

Mengubah arab menjadi negara yahudi dan haramain menjadi kota yahudi

Dan kejahatan-kejahatan yang lain yang merupakan konspirasi yahudi untuk menghapuskan kecintaan terhadap allah SWT dan Muhammad SAW supaya umat islam mengikuti cara hidup yahudi. Maka jelaslah ajaran wahabi itu bertujuan untuk meninggalkan Allah dan mengikuti yahudi
Setelah kita tahu maka mari kita perangi wahabi dengan cara :

Jangan sekali terpengaruh dengan ajaran ini, jaga keluarga dari pengaruh aliran ini
Berpegang teguh kepada Ahli sunnah waljamaah imam abu hasan asayari dan abu mansyur al maturidi

Kuatkan Hubungan dengan Allah dan Rasulullah, kuatkan Habluminallah dan Hablum Minannas
Berfikir dengan salah satu mazhab yang 4 itu: syafi’i, Maliki, Hanafi dan Hambali jangan dicampur

Bertasawuf dengan Imam al-Ghazali
Wirid dan zikir
Jangan mudah terpancing dengan dengan tawaran manis dan provokasi wahabi
Jangan terlibat gerakan militan dan terroris
Banyaklah bertaubat
Berdoalah kepada Allah swt

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...