nuffnang adv

lazada adv

Wednesday, February 26, 2014

Metabolisme yang mengganggu anda.. kenalinya



Anda bersenam, dan anda cuba untuk menjaga pemakanan dengan betul. Tetapi malangnya anda masih memperlahankan pembakaran kalori anda – dan pengurangan berat badan anda. Lauren Slayton, pengarang buku 'The Little Book of Thin' menerangkan sedikit perosak metabolisme dan bagaimana anda boleh membakar lebih banyak kalori ASAP.

Tidak minum air yang cukup
Badan anda memerlukan cecair untuk melaksanakan segala fungsi-fungsi yang sepatutnya. Apabila ia tidak melaksanakan fungsi-fungsi tersebut, ia juga tidak membakar banyak kalori. Selain itu, mengamalkan peminuman air panas dengan limau atau teh panas tidak akan memberi kesan yang baik pada metabolisma seperti air sejuk. 

Tidak mengambil supplemen vitamin D
Apabila anda rendah dengan vitamin D, pengurangan berat badan akan menjadi lebih perlahan dan tahap ghrelin hormon anda yang mana akan membuat anda lapar lebih tinggi. Jika ia sukar untuk mendapatkan cukup vitamin D daripada diet pemakanan, anda disyorkan untuk mengambil suplemen untuk membantu anda mengurangkan berat badan dengan lebih mudah. 

Anda seorang ratu senaman kardio
Anda tahu bahawa senaman adalah penting untuk menjaga metabolisme anda, tetapi jika anda hanya berlari atau berbasikal di dalam rumah menggunakan mesin, anda tidak membina otot tanpa lemak yang benar-benar akan memberikan metabolisme anda rangsangan. Mula gabungkan latihan kekuatan ke dalam senaman anda sehingga kalori anda terbakar dengan lebih. 

Anda mempunyai tabiat makan snek tengah malam
Ada teori mengatakan makan secara kerap dalam kuantiti sedikit tidak memperlahankan metabolisma anda, tetapi ada juga kajian yang mencadangkan bahawa beberapa jam tanpa makan amat baik untuk anda. Walaubagaimanapun, anda dicadangkan untuk cuba tahan diri selama 12 jam tanpa makanan kerana anda mencederakan metabolisme anda jika anda mempunyai snek tengah malam dan sarapan sebelum latihan anda pada pukul 7 pagi. 

Anda tidak mengambil kafein dalam diet anda
Kafein sebenarnya boleh memberi sedikit rangsangan dalam pembakaran kalori anda. Jika anda sudah mengamalkan untuk minum teh hijau atau kopi setiap hari, rutin anda akan membantu metabolisme anda untuk bekerja pada tahap yang tertinggi. 

Anda sentiasa tertekan
Tekanan tidak baik untuk metabolisme anda. Kortisol adalah hormon tekanan yang besar, dan apabila ia diaktifkan, badan anda akan lebih cenderung untuk berada dalam mod penyimpanan lemak.

Yahoo news

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...