nuffnang adv

lazada adv

Wednesday, February 19, 2014

Di antara pandangan Kasim Ahmad yang menyeleweng


Di sini dipetik lagi pandangan Kasim Ahmad yang menyeleweng daripada pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di antaranya:


  • Perhatikan bahawa Imam Shafi’e itulah yang telah menciptakan doktrin bahawa undang-undang Islam berdasarkan dua sumber utama, iaitu Quran dan Hadis dengan menyalah-tafsirkan ayat 4: 59. Ayat ini berbunyi: “Hendaklah kamu taat kepada Allah, dan hendaklah kamu taat kepada rasul, dan kepada mereka yang berkuasa di antara kamu ...”  Makna ayat ini sebenarnya: Orang Islam wajib berpegang kepada Quran sebagai sumber hukum yang pertama; pihak berkuasa boleh membuat undang-undang tambahan dengan syarat undang-undang tambahan ini tidak bercanggah dengan ajaran Quran.   

  • Mungkin Imam Shafi’e mempunyai sebab-sebab tertentu mewajibkan Hadis, tetapi apa yang nyata, doktrin beliau menyalahi ajaran Quran. Hanya selepas beliau menghalalkan Hadis sebagai sumber hukum bersama dengan Quran, barulah pengumpul-pengumpul Hadis muncul. Hakikat ini disahkan oleh pengkaji-pengkaji Hadis, sama ada dari kalangan sarjana Islam atau bukan Islam. 

  • Walapun Tuhan telah mengisytiharkan bahawa Dia tidak lupa untuk menyebut semua perkara yang kita perlukan sebagai panduan, kaum Ahlul-Hadis mendakwa Quran saja tidak cukup. Mereka mendakwa umat Islam  memerlukan Hadis untuk mentafsirkan Quran. Sebenarnya, Quran mentafsirkan dirinya sendiri. Oleh kerana Hadis telah menjadi sebuah buku lain yang memberikan Ahlul-Hdis apa yang mereka mahu (Quran, 68: 35-38), maka Hadis bertapak kuat di sesetengah kalangan umat Islam. Ini membawa kesan-kesan yang buruk kepada umat Islam, kerana Hadis memesongkan mereka dari ajaran Quran.
sumber: http://kassimahmad.blogspot.com

Menjadi satu jihad untuk memperbetulkan semula pandangan yang salah ini supaya tidak mencelarukan masyarakat.

Sebenarnya hadis tu apa ye? Ia adalah kata-kata Nabi Muhammad saw, nabi akhir zaman, yang mana telah diakui oleh masyarakat Quraisy Jahiliah tidak pernah berbohong sejak dari kecil lagi. Dan apa yang diutarakan Nabi saw adalah benar dan memang terbukti benar samada ramalan masa depan, dan beberapa ungkapan yang telah dibuktikan benar secara saintifik.

Dengan siapa lagi kita perlu rujuk untuk memahami Islam dengan jelas jika bukan dengan Rasulullah saw. Selepas ketiadaan Rasulullah saw, pada siapa kita perlu rujuk dan sumber yang paling hampir dengan Rasulullah saw jika bukan para sahabat r.a. Begitulah seterusnya kepada tabiiin, tabi tabiin, serta mereka yang terdahulu daripada kita sehinggalah pada kita hari ini.

Segala perbuatan, sikap, tingkah laku daripada Rasulullah saw adalah cermin kepada Al Quran. JIka kita tidak menerima hadis sebagai panduan hidup kita, bermakna kita dengan jelas tidak menerima Nabi saw sebagai Rasul kita. Sedangkan mempercayai Nabi dan Rasul adalah rukun Iman, bukan AL Quran semata-mata...

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...