nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label tv3. Show all posts
Showing posts with label tv3. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

Saiful Bukhari dan Nik Suryani TV3 selamat diijabkabul


Selepas menjalin perhubungan sejak dua tahun lalu, hari ini Mohd Saiful Bukhari Azlan dan personaliti TV3 Nik Suryani Megat Deraman selamat diijabkabulkan di Masjid Kristal, Pulau Wan Man di Kuala Terengganu.
    
Ketika ditemui pemberita, Mohd Saiful berkata perhubungan mereka bukan satu perjalanan yang mudah, namun tekad untuk mengharungi segala dugaan dan saling menyokong antara satu sama lain menjadi pegangan mereka hingga selamat bergelar suami-isteri.
    
Biarpun terpalit sejarah hitam berhubung kes liwatnya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful, 28, berkata dia mahu meneruskan kehidupan seperti orang lain dan berharap perkahwinan dengan isterinya itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
    
"Saya bersyukur doa saya dimakbulkan untuk mendirikan rumahtangga dengan Nik Suryani dan saya berharap kami dapat menempuh segala ujian pada masa depan dan saya yakin perkahwinan ini memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua perkara yang saya akan lalui pada masa depan," katanya.
    
Dengan sekali lafaz, Mohd Saiful sah menjadi suami Nik Suryani dan majlis akad nikah pengantin baharu itu disaksikan kira-kira 100 tetamu termasuk ibu bapa kedua-dua pengantin.
    
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Nik Suryani, Megat Deraman Megat Stan pada kira-kira jam 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.
    
Mohd Saiful yang mengenakan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan persalinan Nik Suryani, ilham daripada pereka fesyen terkemuka, Zang Toi, dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu berlangsung.
    
Ketika ditanya mengenai keadaannya ketika pertama kali berjumpa keluarganya isterinya itu, beliau mengaku agak gementar kerana 'disoal siasat' 10 anggota keluarga mentuanya itu.
    
"Ketika itu, macam-macam soalan yang ada dan saya dengan tenang menjawab soalan mereka sebelum mereka menerima saya," katanya.
    
Nik Suryani,33, pula berkata beliau bersyukur perhubungan mereka berakhir dengan ikatan yang sah dan mengakui keputusan untuk memilih Mohd Saiful sebagai suami adalah tepat kerana sikap lelaki itu yang sangat jujur dan mempunyai semangat yang kental.
    
Jelasnya, beliau amat kagum dan jatuh hati dengan keperibadian suaminya kerana berani untuk mengakui perkara buruk yang berlaku kepadanya yang dianggapnya bukan satu tindakan yang mudah dan mampu dibuat orang lain.
    
"Saya kenal dia ketika membuat liputan tentang kes (perbicaraan) dia dan selepas itu kami menjadi rapat dan sepanjang perhubungan ini, saya langsung tidak terfikir tentang soal kes itu dan saya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya (Allah swt)," katanya.
    
Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada 8 malam ini pada majlis resepsi pengantin perempuan bertemakan tradisional songket di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man manakala majlis resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 2 Jun.

Bernama

Tuesday, January 3, 2012

Nak kena minta tolong Yb ke?

Hari ini dengar luahan peneroka Felda Chalok, Setiu, Terengganu yang mengadu tak terima bonus sebagaimana yang diisytiharkan oleh PM tempohari. Setelah diselidik dan ditanya lebih lanjut katanya buah kelapa sawit yang dihantar melalui Pejabat Felda tidak mencukupi kuota.

Maknanya jika ramai peneroka yang menghantar buah kelapa sawit melalui pejabat Felda yang tidak cukup kuota akan menerima nasib yang sama. Kata mereka tiada makna bonus itu diwawarkan dengan gah sekali di akhbar dan TV. Kalau begitu caranya, baik tak payah hantar terus buah kelapa sawit melalui pejabat felda, baik jual terus kepada pembeli luar. Hati pun tidak sakit kalau begini keadaannya, luah mereka.

Sepatutnya kalau FELDA nak isytihar bonus perlu dibahagi tanpa mengira kuota, kalau sedikit dapat sedikit, kalau banyak dapat banyak, sedikit sama di rasa, banyak sama dikecap.

kata mereka keadaan ini amat mengecewakan mereka sama sekali, lebih-lebih lagi purata usia peneroka adalah mereka yang terdiri daripada warga emas.

Mereka juga berkata, jika isu pemberian bonus ini tiada kesudahan, Karam Singh Walia (TV3) pun mereka akan panggil selain akhbar Sinar Harian mahupun harian Metro. Mereka beranggapan generasi awal peneroka kini sudah tidak dihargai oleh FELDA dengan perubahan arus zaman dan teknologi. Tetapi jangan kita lupa, generasi emas inilah yang bersusah payah menebas tanah hutan membangunkan tanah yang dulunya hutan rimba yang kini kawasan yang dihuni dengan selesa, selamat dan mempunyai kemudahan.

Mereka amat berharap YB DUN akan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah dan isu ini.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...