nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Friday, February 17, 2017

Gara-gara memuat naik mesej peribadi, ibu tunggal dihujani mesej di ajak berkahwin

Terima mesej tanpa henti, nafi terdesak kahwin
Status ibu tunggal yang menjadi tular di media sosial.



KUALA KRAI - Seorang ibu tunggal tidak menyangka status yang dimuat naik di laman sosial petang Selasa lalu, menjadi tular sehingga mengganggunya.
Mira, 32, (bukan nama sebenar) berkata, status berkenaan dimuat naik semata-mata untuk menghilangkan rasa geram dan kecewa dengan sikap individu tertentu sahaja.
Menurutnya, statusnya itu adalah hal peribadi dan tidak perlu dijelaskan secara terperinci kepada pengetahuan umum.
"Saya muat naik status ini pada jam 5 petang dan selepas itu saya mula terima mesej secara berterusan.
"Tapi pada jam 6 petang saya padam status ini kerana bosan menerima mesej tanpa henti. Malah disebabkan itu juga, telefon saya 'hang'," katanya.
Ibu kepada dua anak berusia 5 dan 12 tahun ini juga berkata, kebanyakan mesej dihantar kepadanya daripada lelaki yang mengajaknya berkahwin.
Menurutnya, dia bukan terdesak untuk berkahwin tetapi mahu menunjukkan status tersebut kepada individu berkenaan.

“Saya cuma berharap dia baca dan faham, itu sahaja. Tak sangka lain pula jadinya. Saya juga tak sangka ramai orang kongsi status saya,” katanya.
Dia percaya, status tersebut dikongsi di pelbagai kumpulan media sosial sehingga menyebabkannya tular hingga kini.
Susulan status itu juga katanya, ramai kawan-kawannya yang hubunginya kerana terkejut membaca status tersebut.

“Kebanyakan kawan-kawan faham situasi saya sekarang. Walaupun kecewa dengan apa terjadi, tapi saya bersyukur mereka berikan kata-kata semangat.
“Saya harap selepas ini orang ramai tak lagi hantar mesej ajak saya berkahwin,” katanya.
Tambahnya, bagi individu yang tidak mengetahui perkara sebenar mungkin menganggap dia terdesak untuk berkahwin berdasarkan status berkenaan.
Katanya, status itu tidak menggambarkan kehendaknya sekarang dan hanya yang benar-benar mengetahui situasi sebenar memahami dirinya.

@sinar harian

admin: memuat naik mesej peribadi ke laman sosial adalah suatu yang boleh memberi kesan yang buruk dan negatif jika tidak kena pada tempatnya, apath lagi mesej yang kongsi berbaur peribadi dan boleh menggangu ruang peribadi. 
Pastikan setiap perkongsian kita yang dimuat naik itu tidak membawa kepada gangguan hidup.
Niat suka-suka akan jadi duka...

Saturday, May 25, 2013

Saiful Bukhari dan Nik Suryani TV3 selamat diijabkabul


Selepas menjalin perhubungan sejak dua tahun lalu, hari ini Mohd Saiful Bukhari Azlan dan personaliti TV3 Nik Suryani Megat Deraman selamat diijabkabulkan di Masjid Kristal, Pulau Wan Man di Kuala Terengganu.
    
Ketika ditemui pemberita, Mohd Saiful berkata perhubungan mereka bukan satu perjalanan yang mudah, namun tekad untuk mengharungi segala dugaan dan saling menyokong antara satu sama lain menjadi pegangan mereka hingga selamat bergelar suami-isteri.
    
Biarpun terpalit sejarah hitam berhubung kes liwatnya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful, 28, berkata dia mahu meneruskan kehidupan seperti orang lain dan berharap perkahwinan dengan isterinya itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
    
"Saya bersyukur doa saya dimakbulkan untuk mendirikan rumahtangga dengan Nik Suryani dan saya berharap kami dapat menempuh segala ujian pada masa depan dan saya yakin perkahwinan ini memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua perkara yang saya akan lalui pada masa depan," katanya.
    
Dengan sekali lafaz, Mohd Saiful sah menjadi suami Nik Suryani dan majlis akad nikah pengantin baharu itu disaksikan kira-kira 100 tetamu termasuk ibu bapa kedua-dua pengantin.
    
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Nik Suryani, Megat Deraman Megat Stan pada kira-kira jam 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.
    
Mohd Saiful yang mengenakan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan persalinan Nik Suryani, ilham daripada pereka fesyen terkemuka, Zang Toi, dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu berlangsung.
    
Ketika ditanya mengenai keadaannya ketika pertama kali berjumpa keluarganya isterinya itu, beliau mengaku agak gementar kerana 'disoal siasat' 10 anggota keluarga mentuanya itu.
    
"Ketika itu, macam-macam soalan yang ada dan saya dengan tenang menjawab soalan mereka sebelum mereka menerima saya," katanya.
    
Nik Suryani,33, pula berkata beliau bersyukur perhubungan mereka berakhir dengan ikatan yang sah dan mengakui keputusan untuk memilih Mohd Saiful sebagai suami adalah tepat kerana sikap lelaki itu yang sangat jujur dan mempunyai semangat yang kental.
    
Jelasnya, beliau amat kagum dan jatuh hati dengan keperibadian suaminya kerana berani untuk mengakui perkara buruk yang berlaku kepadanya yang dianggapnya bukan satu tindakan yang mudah dan mampu dibuat orang lain.
    
"Saya kenal dia ketika membuat liputan tentang kes (perbicaraan) dia dan selepas itu kami menjadi rapat dan sepanjang perhubungan ini, saya langsung tidak terfikir tentang soal kes itu dan saya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya (Allah swt)," katanya.
    
Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada 8 malam ini pada majlis resepsi pengantin perempuan bertemakan tradisional songket di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man manakala majlis resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 2 Jun.

- Bernama

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...