nuffnang adv

lazada adv

Friday, March 31, 2017

LPT2 DARI DANA AWAM, KONSESI DIMILIKI PIHAK SWASTA- Kenyataan Media

Image may contain: 1 person, phone and indoor

*KENYATAAN MEDIA*
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
28 Mac 2017 | 29 Jumadil Akhir 1438H

*LPT2 DARI DANA AWAM, KONSESI DIMILIKI PIHAK SWASTA*

1. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) membabitkan perbelanjaan sebanyak RM 4.284 bilion. Keseluruhan sumber kewangan ini dikeluarkan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia melalui sumber kewangan RMK9/10 sebanyak RM 1.52 bilion, JKR melalui sumber kewangan RMK9/10 sebanyak RM 0.914 bilion dan melalui sumber kewangan Dana Khas sebanyak RM 1.85 bilion.

2. Jawapan yang dikemukakan oleh Menteri Kerja Raya pada 9 Mac 2017 terhadap soalan YB Ustaz Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali memperincikan jumlah kutipan tol yang bermula 15 Julai 2016 – 31 Disember 2016 memperolehi RM 40.5 juta. Syarikat konsesi yang menguruskan kutipan tol ini adalah LPT2 Sdn.Bhd. Hasil kutipan tol tersebut dibelanjakan oleh syarikat konsesi bagi menampung kos operasi dan penyenggaraan (O&M) dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan utama (major repairs work).
 

3. Tempoh perjanjian konsesi ini perlu diketahui umum. Seperti yang dibuat oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad yang mengisytiharkan tempoh konsesi mereka berakhir pada 31 Disember 2038. Syarikat konsesi ini telah memulakan perjanjian ini pada tahun 1988-2018, dilanjutkan kembali sehingga tahun 2030 melalui konsesi tambahan pada tahun 1999 atas justifikasi kerajaan tidak menaikkan kadar tol seperti di dalam perjanjian menurut dakwaan mereka. Perjanjian konsesi tambahan ini dilanjutkan sehingga 2038 kali ke tiga yang ditandatangani pada tahun 2005. Bagaimana dengan perjanjian konsesi di LPT 2?

3. Berbalik tentang perkembangan LPT2 yang telah menggunakan kos Dana Khas milik rakyat Terengganu, apakah wajar syarikat konsesi ini melakukan kutipan tol dalam keadaan modalnya datang dari dana awam? Syarikat konsesi untuk LPT2 adalah Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn.Bhd. Syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Malaysia Berhad). Apakah pihak kerajaan negeri langsung tidak membantah usaha pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia ini?
4. Pihak kerajaan negeri dilihat tidak serius untuk menuntut kembali hak penggunaan duit RM1.85 bilion ini. Hatta mendapat hak pegangan saham antara pemegang konsesi pun tidak diberi muka. Walaupun, pihak Kementerian Kerja Raya pernah mendakwa untuk mempertimbangkan tuntutan ini.
YAB Menteri Besar hanya sekadar mampu merayu sekalipun kos penyiapan LPT2 menggunakan perbelanjaan Dana Khas. Samada berlaku atau tidak rayuan, rakyat tidak mengetahuinya. Apa yang rakyat tahu, setiap KM laluan tersebut akan dikenakan tol RM 0.12.

5. Kami sedar, pihak kerajaan negeri menuntut pembayaran balik kos daripada pihak persekutuan. Meskipun demikian, pulangan yang telah diberikan hanyalah sejumlah RM118.5 juta. Itupun pengembalian dalam bentuk projek. Iaitu menaiktaraf jalan 2 lorang ke 4 lorong di daerah Kemaman dan sebahagian di Marang. Itupun masih merupakan jalan persekutuan.

6. Apakah pihak kerajaan negeri langsung tidak mempunyai hak untuk menuntut agar penjelasan kembali penggunaan Dana Khas sebanyak RM1.85 bilion perlu disegerakan. Setidak-tidaknya, kerajaan negeri perlu mendesak agar kadar tol yang dikenakan boleh dikurangkan dari 0.12 sen/km kepada kadar yang lebih ringan untuk membantu rakyat.
Sekian, terima kasih.

*“Bertekad Melebar Muafakat”*
*“Inilah Penyelesaian Kita”*
Yang benar,
*YB Hishamuddin bin Abdul Karim*
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)

Admin: Berharap agar kadar tol LPT 2 ini lebih murah dan termurah di Malaysia kerana sebahagian kos pembiayaan LPT ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri Terengganu dari duit rakyat dan moga rakyat mendapat manfaat yang terbaik. Bukan mahu PERCUMA tetapi mahu yang sewajarnya.

Kisah Dan Bagaimana CEO Amazon Berjaya Menjadi Manusia Kedua Terkaya Dunia




Akhirnya Jeff Bezos boleh menghembus nafas lega selepas syarikat yang dibangunkannya pada 22 tahun lepas telah berjaya mencatat keuntungan yang konsisten selepas mengalami detik yang sukar pada sedekad pertama penubuhan. Lebih manis apabila beliau sendiri pada minggu ini berjaya menjadi manusia kedua terkaya dunia.



Antara faktor terbesar dalam peningkatan kekayaan Jeff Bezos adalah disebabkan peningkatan saham Amazon yang melonjak sehingga 50% sejak beberapa tahun yang lepas. Ditambah pula dengan kekayaan yang sedia ada serta inovasi terbaru daripada beliau sendiri, tidak hairanlah tempat Warren Buffett kini diganti dengan nama yang baru.

Jika anda fikirkan bisnes Amazon sekadar menjual barangan secara online anda mungkin silap. Berdasarkan beberapa tahun yang lepas sahaja, Jeff Bezos telah menambah pelbagai lagi model bisnes buat Amazon termasuk sistem cloud computing Amazon yang dinamakan sebagai AWS.
Amazon juga dikhabarkan telah mengubah tabiat pembelian pengguna mendapatkan barangan runcit dengan perkenalan Amazon Go. Konsepnya mudah. Pengguna tidak lagi perlu  beratur dan membayar di kaunter. Hanya ambil dan go! Segala pembayaran bakal diselesaikan sejurus anda keluar daripada Amazon Go Store.
Kebergantungan Amazon Online Store tidak hanya tertakluk kepada servis kurier sedia ada, Jeff Bezos turut memperkenalkan sistem penghantaran menggunakan dron.
Alasannya mudah, bagi membolehkan pengguna menerima 30 minit selepas pesanan dibuat. Tiada lagi penantian sehingga hari esok. Saya fikir kalau sistem bisnes seperti ini ada di Malaysia mesti kaki shopping online yang paling excited. Anda boleh ikuti kisah dron Amazon Prime ini di sini.




Terbaru, Jeff Bezos bakal membuka sebuah lagi cabang bisnes terbaru beliau dibawah kendalian syarikat Blue Origin. Bisnes terbaru beliau yang bakal bermula 2018 ini membolehkan orang ramai untuk ke angkasa lepas bagi merasai sendiri pengalaman berada di tempat zero gravity. Dianggarkan harga bagi seorang penumpang bakal mula ditawarkan dengan harga bermula $250,000 USD (~RM1.1 juta). 



Begitulah sedikit sebanyak mengenai individu yang berjaya menduduki tempat kedua sebagai manusia terkaya dunia. Berjaya mengoptimasikan sesebuah bisnes, cipta lagi sebuah bisnes yang baru. Soal modal, gunakan prinsip ‘money make money‘ atau kongsikan share syarikat kepada orang kepentingan syarikat agar syarikat dapat terus maju dan berkembang.

Berdasarkan laporan daripada Blomberg, kekayaan Jeff Bezos kini dinilai pada anggaran $75.6 billion mengatasi dua pencabar terdekat iaitu Warren Buffett dan Amancio Ortega yang masing-masing dinilai pada dengan kekayaan $75.5 bilion dan $74.1 billion. Bill Gates terus kekal sebagai manusia terkaya dunia dengan nilai kekayaan $86 billion meskipun sudah melepaskan pecahan saham yang besar di dalam Microsoft

@the vocket

Sapa katakereta PROTON tak cantik, tapi bila keluar.....

Image may contain: car

Amacam cantik tak design Proton Suprima baru ni?
Design ni hasil cetusan idea bekas designer Proton sendiri, Saharudin Busri atau lebih dikenali dengan panggilan Wak. Beliau pernah berkhidmat selama 13 tahun bersama Proton dan merupakan pemilik Suprima yang pertama.

Menurutnya beliau sekadar nak membantu mengubah imej rekabentuk Proton supaya kembali dapat menarik minat ramai terhadap jenama tersebut. Mahu ke tidak Proton dengar? Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.


Image may contain: car and outdoor

Image may contain: car

Image may contain: car and outdoor

Image may contain: 1 person, standing, car and outdoor



Kredit gambar: funtasticko.net

@oh mediaSapa kata

Thursday, March 30, 2017

Jom Kita Bantu Siti Aishah...kadang-kadang ada sesuatu yang perlu kita renung tentang negara kita

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

*MOHON BANTUAN SUMBANGAN UNTUK KELUARGA SITI NOOR AISHAH*
Siti Noor Aishah, pelajar Sarjana Usuluddin (Akidah) Universiti Malaya, yang ditahan SOSMA pada 22 Mac 2016, kerana dituduh memiliki 12 buku yang diharamkan, telah diperintahkan untuk dibebaskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, pada 29 September tahun yang sama.

Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Tiada bukti buku yang dimiliki diharamkan pihak kerajaan.
Siti Noor Aishah kemudiannya ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada hari yang sama beliau dibebaskan.
Selepas hampir 2 bulan ditahan tanpa bicara dibawah POCA (tidak termasuk 7 bulan penahanan bawah SOSMA), Siti Noor Aishah dibebaskan dari tahanan pada pagi 26 November 2016.
Namun beliau dipakaikan dengan alat peranti pemantauan eletronik (EMD) dan diarahkan untuk melapor diri ke Bukit Aman setiap hari Jumaat selama 8 minggu.
Beliau kemudiannya diarahkan untuk ditahan di mukimnya di Terengganu dan dipakaikan EMD selama 2 tahun, dan perlu melaporkan diri di IPD Dungun setiap minggu.
27 Mac 2017, Siti Noor Aishah ditahan semula dibawah SOSMA, selepas pendakwaraya membuat permohonan keatas keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Siti Noor Aishah.

*BANTUAN BUAT KELUARGA*
Keluarga Siti Noor Aishah, merupakan sebuah keluarga miskin dari Dungun, Terengganu. Beliau terpaksa mengeluarkan wang untuk urusan pergi balik ke Mahkamah di Kuala Lumpur. Bayaran peguam pula, dibantu oleh orang kampung yang prihatin.
Siti Noor Aishah, hampir sahaja memilih untuk mengaku bersalah kerana tidak sanggup melihat keluarga bersusah payah.
Mewakili SUARAM, dan masyarakat sivil keseluruhannya, kami memohon sedikit sumbangan yang boleh disalurkan terus kepada keluarga. Maklumat akaun peribadi keluarga seperti berikut:

*Bank*: Bank Simpanan Nasional
*No Akaun*: 1100441000154606
*Nama Pemegang Akaun*: Atam bin Jusof (Ayah Siti Noor Aishah)


Sebarang pertanyaan, mohon berhubung dengan Penyelaras SUARAM, Amir Abd Hadi ditalian 012-3744647.

@FB Muhamad Nur Ismail

Saturday, March 25, 2017

Sejarah Ringkas Rockefeller Dan Mengapa Keluarga Ini Sangat Berpengaruh Di Seluruh Dunia




March 22, 2017 11:56 AM
Semalam perginya cucu terakhir mogul bisnes Amerika Syarikat, John D. Rockefeller. Nama Rockefeller sangat terkenal di seluruh dunia kerana beliau adalah salah seorang public figure terhebat yang pernah muncul dalam sejarah Amerika Syarikat. Mengapa John D. Rockefeller ini sangat terkenal dan mengapa pengaruhnya sangat besar di seluruh dunia?
Lahir pada tahun 1839, karier John Davidson Rockefeller bermula di usia 16 tahun apabila kerja pertamanya adalah sebagai pembantu di sebuah kedai buku di Cleveland, Ohio. Walaupun baru berusia 16 tahun beliau mempunyai cita-cita untuk mempunyai pekerjaan dengan gaji yang tinggi dan hidup lebih 100 tahun.

John D Rockefeller bersama anaknya, John Rockefeller Jr dan 6 cucunya
Bermula sebagai syarikat penapisan minyak, John D mula belajar sedikit demi sedikit ilmu industri minyak sehinggalah pada tahun 1870, beliau menubuhkan syarikat Standard Oil yang kemudiannya memonopoli industri minyak di Amerika Syarikat. Disebabkan permintaan tinggi minyak tanah dan petrol pada tahun 1897(ketika ini minyak masih banyak digunakan untuk menyalakan rumah sebelum penggunaan elektrik) Standard Oil mengawal hampir 90% pasaran minyak ketika itu. Dengan wujudnya industri automotif dalam jangka masa yang sama, tiada yang dapat menghalang penguasaan Standard Oil.
Standard Oil meraih monopoli dalam bidang minyak dengan membeli kilang penapisan syarikat musuh dan memperkenalkan syarikat sendiri untuk tujuan pemasaran dan distribution minyak ke seluruh dunia. Pada 1882, kesemua syarikat ini digabungkan kepada Standard Oil Trust, di mana Standard Oil kini memiliki 90% pusat penapisan minyak dan paip saluran minyak di seluruh negara.

Cuma pada 1911, Standard Oil dipecahkan monopolinya oleh kerajaan persekutuan menjadi beberapa syarikat besar yang ada sampai ketika ini seperti BP, Exxon-Mobile, Chevron, Esso dan beberapa lagi. John D menjadi billionaire pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1916 dan pada kemuncaknya, nilai John D adalah pada kadar 1.5% dari nilai keseluruhan ekonomi Amerika Syarikat. Sangat hebat untuk seorang individu memegang 1.5% nilai ekonomi sesebuah negara.
John D. Rockefeller juga terkenal sebagai seorang yang philanthropist (dermawan). Beliau adalah pengasas untuk dua buah universiti terkenal dunia; University of Chicago dan Rockefeller University. Sepanjang hidupnya, berbillion dollar telah disalurkan John D kepada beberapa badan amal dan juga untuk penubuhan dua universiti ini.
Kontroversi dan Konspirasi

Banyak yang diperkatakan tentang keluarga Rockefeller ini. Antaranya adalah cara Rockefeller menguruskan Standard Oil yang mengundang kontroversi. Standard Oil menjalankan perniagaan dengan ‘membuli’ syarikat minyak kecil di mana akhirnya, mereka terpaksa gulung tikar dan menjual syarikat kecil mereka kepada Standard Oil.
Walaupun Standard Oil dibubarkan pada tahun 1911 kepada beberapa syarikat minyak yang ada hingga ke hari ini, Rockefeller mempunyai share di setiap syarikat-syarikat minyak ini dan keluarga beliau masih mendapat keuntungan sehingga ke hari ini.

Virus Zika yang melanda dunia terutamanya di Brazil ketika sukan Olimpik 2016 membuatkan satu dunia panik. Kesannya kepada ibu mengandung membuatkan virus Zika ini sangat ditakuti. Isunya di sini adalah virus Zika ‘dijumpai’ oleh Rockefeller Foundation. Ada yang berpendapat virus zika ini adalah virus ciptaan Rockefeller untuk masyarakat dunia membeli antidot virus ini dari mereka. Disebabkan penyakit ini dipatenkan kepada nama Rockefeller Foundation, hanya mereka yang boleh menghasilkan antidot untuk virus Zika ini.
Keluarga Rockefeller merupakan shareholder terbesar Chase Bank (kini dikenali sebagai JP Morgan Chase Bank) cucu terakhir Rockefeller, David adalah chairman untuk Chase Bank. Menariknya tentang Chase Bank ini adalah Chase merupakan bank pertama dari Amerika Syarikat yang membuka cawangan di Russia. Chase Bank juga tidak terlepas dari kontroversi apabila pernah menjadi orang tengah dalam urusan keewangan dengan pihak Nazi German ketika perang dunia kedua.
Walaupun sering dikecam, Rockefeller merupakan antara individu yang mengubah landskap ekonomi Amerika Syarikat. Sistem kapitalis terpimpin yang diamalkannya menjadi ikutan sehingga ke hari kini.

Adakah keluarga Rockefeller dan Rothschild mempunyai kaitan? Jika diikutkan, ya kerana sebagai keluarga yang paling berpengaruh di dunia, Rothschild mempunyai kuasa untuk mengawal sistem keewangan dunia dan Rockefeller memerlukan kuasa itu untuk meluaskan empayar Rockefeller ke seluruh dunia.
Inilah pengenalan keluarga John D. Rockefeller secara ringkasnya. Walaupun ahli keluarga asal terakhir John D Rockefeller, David meninggal dunia isnin lalu, ianya tidak langsung memusnahkan legasi yang ditinggalkan oleh John. Dikhabarkan David menjalani 7 kali pembedahan heart transplant untuk beliau panjangkan umur sehingga usia 101 tahun. Kini, generasi baharu Rockefeller pula yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan David. The show must go on. Business as usual.

@the vocket

Pengurusan Baru FAM penggal 2017 hingga 2021... moga bolasepak Malaysia berubah

Hasil carian imej untuk FAM malaysia



Selamat menjalankan tugas dgn ikhlas dan penuh ketulusan ...

SENARAI PENUH PENJAWAT FAM PENGGAL 2017-2021.

Presiden
YAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Timbalan Presiden
1. Dato' Subahan Kamal
2. Datuk Wira Yusoff Mahadi
3. Y.B. Hamid Baharom

Naib Presiden
1. En Mohd Joehari Ayub
2. Dato' Abdul Ghani Hassan
3. Dato' S Sivasundram
4. Dato' Rosmadi Ismail

Ahli Majlis Eksekutif [Lelaki]
1. Dato' Ajisman Alias
2. Dato' Aminuddin Omar
3. Datuk Hishamudin Yahaya
4. Dato' Jefferey Low
5. Supt Md Dali Wahid
6. Christopher Raj
7.Subkhiddin Mohd Salleh
8. Firdaus Mohamed

Ahli Majlis Eksekutif [Wanita]
1. Dato' Suraya Yaacob
2. Shafizah Umamah Abdul Mutalib

@FB Hairuddin Omar

#setiupost

Saturday, March 18, 2017

Anak yang ramai belum tentu dapat menjaga seorang ibu.... kisah benar

Tiada Baik Dalam Jahat

Tiada Baik Dalam Jahat
Terima kasih kalau confession aku disiarkan.
Nama aku afiqah. Aku tinggal berdua dengan tok aku (nenek). Dulu dengan mama. Tapi since mama pindah singapore sebab company mama kerja buka cawangan baru kat sana. So aku duk berdua je dengan tok. Aku ada dua abang tapi dua dua dah kahwin, masing masing duk jauh. Oh ayah aku dah meninggal. Sejak aku umur 13. Sekarang umur aku 25.

Tok aku ni ada 7 anak. Tapi yang enam lagi tu ( kecuali mama), jarang sangat dtg jenguk tok. Kalau tak raya tu tak nampk batang hidung masing masing. Dulu rajin juga makcik pakcik aku ni ajak tok duk rumah diorang nun jauh kat KL tu. tapi sejak tok dah tua , uzur ni. Semua macam kisah tak kisah. Tok sekarang dah lupa lupa (aku taknak cakap nyanyuk). So maybe makcik pakcik aku tak larat nak layan kerenah tok. Korang paham paham jela kan kalau org tua ni orang kata diorang akan berperangai macam anak kecik balik. Kadang tu aku pun penat nak layan kerenah tok. Yela aku sorang je jaga tok. Dengan aku kerja lagi. Bukan tak nak amik maid. Pernah aku ambil maid tapi maid aku asyik marah marah tok aku. Memang taklah aku bagi muka. So aku prefer aku sendiri jaga tok. Aku fikir kalau dulu aku kecik tok boleh bela aku, jaga aku masa mama ayah busy kerja. So takkan sekarang aku tak boleh jaga tok. Kan?

Nak dekat setahun aku duk berdua dengan tok sejak mama pindah. Semua okay je sampai la satu hari ni aku buka whatsapp group family (group family besar yg ada makcik pakcik sepupu). Aku nampak diorang tengah condemn aku. Cakap aku dera tok, aku tengking tok. Aku tak bagi tok makan. Allah Allah. Bila masa aku buat semua tu. Sedangkan aku subuh subuh dah bangun masak untuk tok sebab pukul 7.30 aku dah keluar rumah nak pergi kerja. Tengking? Tak pernah. Cuma kadang ternaik suara tu pernah lah. Aku ni jenis garang, kasar. Suara aku memang lantang walaupun cakap dalam nada biasa. Tapi takde lah aku dengan niat tengking tok. Kadang aku marah sebab tok tak nak mandi sehari suntuk, tak nak makan, tidur atas lantai. Aku sayang tok aku. Bila dia tak nak mandi memang aku marah sebab nanti badan dia juga yang lesu. Dia tak makan lagi la aku marah . Aku taknak dia sakit. Dia tidur kat lantai aku tak bagi sebab tok selalu ngadu sakit pinggang. Biasa aku marah benda benda biasa je. Cuma mungkin suara aku tinggi. Tapi aku pelik macam mana makcik pakcik aku yang maha kaya maha sibuk kat bandar tu boleh cakap aku macam tu sedangkan diorang jejak kampung pun jarang. Menangis aku baca whatsapp group tu. macam macam diorang maki aku. Kata aku kurang ajar dari dulu tak ubah perangai. Kata mama dengan arwah ayah tak pandai didik aku. Aku call mama. Mama cakap abaikan. Sebab dari dulu makcik pakcik aku tak suka family aku. Entahlah kenapa. Aku pula dulu masa form 1 sampai form3 aku selalu gaduh dengan tok. Yela jiwa muda. Memberontak lah bila tok tak bagi keluar rumah, tak bagi tidur bangun lewat. Lepastu tok selalu la bagitau makcik pakcik aku yg aku ni kurang ajar sebab melawan. Tapi tu dlu. Sekarang aku dah tak macam tu. tapi diorang masih cop aku macam tu. lantak pi la kat depa.
Sejak dua bulan ni aku busy sangat. Balik lambat je selalu sebab aku baru naik pangkat. Kadang tu malam baru balik. Tapi tak pernah aku tak masak utk tok sebab aku tak nak tok masak sendiri sebab tok dah ingat ingat lupa. Aku takut la kalau dia bukak dapur gas tapi lupa tutup api dia ke. Kan dah bahaya. Satu hari tu aku balik je kerja. Masa nak naik tangga rumah (style rumah melaka), aku terkejut gila tengok pintu rumah terkangkang luas. Aku dah fikir pencuri ke perompak ke. Dah lah tok sorang. Dalam handbag aku pula takde pisau kecik ke apa ke. Ada pepper spray je. Aduh. Cuak juga. Tapi aku masuk je. Masuk masuk aku terus cari tok. Sudah! Tok takde. Terus aku terfikir mungkin tok jalan jalan tapi lupa jalan balik. Orang kata org dh lupa lupa (nyanyuk) ni kadang suka berjalan. Terus aku keluar rumah nak start kereta cari tok. Baru je aku masuk kereta tiba tiba jiran aku datang. Tok pun ada sekali. Siap bawa bantal selimut. Rupanya jiran aku

Monday, March 13, 2017

Hukum Makan ESCARGOT @ Siput Babi... boleh ke???

Image may contain: plant, outdoor and nature

HUKUM MAKAN ESCARGOT
Soalan : Apa hukumnya memakan siput babi?
Jawapan :
Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan memakan siput babi : Adakah Siput Escargot Halal Atau Haram Dimakan Oleh Orang Islam?

ISU:
Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam? Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada jenis yang berbeza.
Siput babi adalah helix aspersia manakala siput escargot adalah helix pomatia. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini.

PENJELASAN:
Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).
Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:
ÙˆَÙŠُØ­َرِّÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ الْØ®َبَائِØ«َ
Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
(Surah Al-A’raf: 157).

Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.
Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 02 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi.

Antara lain, Muzakarah menyatakan:
“Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.
Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.
Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya.
Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.
Wallahu A’lam.

@ Bahagian Halal JAKIM

Kenapa Ujian Minum Air Gula dibuat bagi ibu mengandung? Dengar apa doktor kata...



Terdapat sorang netizen facebook pertikai ujian air minum air gula yang dilakukan ke atas ibu hamil. Sehinggakan beliau menyarankan saman KKM kerana mengarahkan ujian tersebut dibuat.
Berikut adalah jawapan saya dalam soalan yang sama pernah diajukan oleh pesakit.

*Soalan*
Apakah rasionalnya setiap ibu yg mengandung akn disuruh minum air gula? Kenapa mesti minum & apakah kesan jikalau tidak minum air gula tersebut?

*Jawapan*
Ujian minum air gula (Oral Glucose Tolerance Test) 
 
Rationalnya adalah mengesan kencing manis samada semasa mengandung atau tidak.
*Kaedah:* Ibu diminta berpuasa sedari jam 10 malam. Dengan ini paras gula dalam darah di pagi hari (jam 8 pagi) adalah paling minima. Jika melebihi hadnya maka dikira diabetes. Namun sistem badan kita yg Allah jadikan amat hebat kerana insulin akan mengawal keseimbangan gula dalam darah. Kemudian ujian minum air gula dilakukan bagi _challenge_ tindakan insulin dalam badan. Bagi ibu yang berisiko, insulin badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Justeru bacaan nya akan melebihi paras. Ia akan di kira sebagai kencing manis semasa mengandung. 

*Berikut adalah faktor risiko yang mewajibkan seseorang itu menjalani ujian MOGTT:*
1. Hamil itu sendiri adalah risiko kerana komposisi badan sudah berubah. Dan berat badan bertambah
2. Umur melebihi 25 tahun.
3. Sejarah keluarga kencing manis
4. Mempunyai sejarah berat bayi sebelum ini lebih 4 kg
5. Berat badan melebihi 80 kg
Dan beberapa risiko lagi
*Kesan kencing manis semasa hamil*
*Kepada ibu*: akan selalu pengsan dan boleh bawa maut
*Kesan pada janin:* Tumbesaran terbantut, air ketuban banyak, kerosakan tulang belakang janin, kelahiran pra matang, dan boleh membawa kematian bayi dalam kandungan.

@dr suhazeli com

Apabila Tony Fernandes, pengasas AIR ASIA berkongsi resepi kejayaam.. mengagumkan

Hasil carian imej

10 TIPS USAHAWAN DARI OWNER AIRASIA, TONY FERNANDES
.
.
1. TAK PERLU TAHU
Saya berasal dari industri musik. Saya langsung tak tahu tentang kapal terbang. Kepada usahawan diluar sana, anda tak perlu tahu semua perkara tentang apa yang anda ingin buat. Ia berkaitan idea, semangat dan juga berkaitan mengambil tindakan.
.
2. JUST DO IT!
Jangan biarkan sesiapa beritahu anda bahawa anda tak boleh buat. Kita hanya ada satu sahaja kehidupan, jadi anda tidak boleh nak undur atau kata “Alangkah bagus kalau dulu saya buat begitu”.
Oleh sebab itu, saya nasihatkan anda semua diluar sana, JUST DO IT. Hidup setinggi yang mungkin, sentiasa positif. Kalau anda jatuh, sekurang-kurangnya anda telah cuba.
Saya pernah gagal teruk dalam bidang Formula One, tapi saya tidak ada penyesalan sebab saya dah duduk level tinggi dengan kehebatan Ferrari, McLaren dan lain-lain
.
3. SEMANGAT ADALAH KUNCI PENYELESAIAN MASALAH
Impian memang akan jadi impian. Jangan risau tentang kegagalan. Buat sehabis baik. 9 dari 10, sekiranya anda bersemangat, anda akan jumpa jalan penyelesaiannya.

Hasil carian imej untuk tony fernandes
.
4. LABUR DALAM MARKETING
Sekiranya anda ada idea yang paling hebat dalam dunia, tolong, tolong, tolong bajetkan kewangan anda pada marketing. Jika anda tak laburkan duit anda pada marketing, tidak ada siapa pun yang akan dengar idea hebat anda.
Di luar sana, terlalu banyak idea yang hebat, tapi tidak terlaksana kerana kurangnya marketing.
Marketing bukan untuk keuntungan, tapi ia adalah hubungan (Public Relation, PR). Dalam AirAsia, kami tidak ada kewangan. Jadi, saya ke mana-mana sahaja mesti dengan cap merah saya dan selalu beri statement yang kontrovesi pada media supaya media selalu mengambil gambar saya. Itu marketing AirAsia pada peringkat awal.
Kita dah alami pelbagai isu dan marketing memainkan peranan penting dalam mengatasi isu-isu tersebut.
Masih ingat lagi tentang penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)? Ketika itu, tidak ada siapa yang ingin terbang. Kami sangka ketika itu bisnes kami akan mati.
Semua orang kurangkan bajet marketing, tapi saya beritahu pada team saya supaya jangan kurangkan bajet marketing sebab inilah masa paling sesuai untuk naikkan jenama kami. Kami tingkatkan bajet marketing kami 3x ganda ketika itu dan ramai kata pada saya “Kau ambil dadah?”. Saya jawab tidak, waktu ini waktu paling sesuai sebab orang lain tidak buat iklan mereka.
Masa pengeboman Bali berlaku, semua orang ketika itu cancelkan penerbangan mereka. Saya kata dengan team, kita tak boleh matikan route Bali. Kita mesti teruskan penerbangan ke sana.
Jadi, kami buat satu kempen ‘LOVE BALI’, kami berikan 10,000 seat percuma dan hasilnya sangat berkesan. Kesemua 10,000 seat habis diambil orang dalam masa seminit. Dan mereka yang dapat seat percuma hebahkan pada kawan mereka melalui media sosial. Iklan yang paling baik adalah dari pelanggan anda.


Hasil carian imej untuk air asia
.
5. LEVERAGE SOCIAL MEDIA
Orang Malaysia, bila dapat tawaran baik, mereka akan hebahkan pada satu dunia tentang tawaran itu. Jadi masa 10,000 yang pergi ke Bali beritahu 10,000 lain yang mereka seronok di Bali. Itulah peringkat awal bagaimana AirAsia boleh masuk ke media sosial.
Jadi kami sedar tentang kehebatan media sosial pada peringkat awal. Selepas Facebook & Twitter datang, kami segera gunakan medium tersebut. Sekarang ini, kami dah ada 32 juta orang dalam beberapa platform media sosial dan 7% jualan bisnes kami datang direct dari media sosial.
Kempen ‘LOVE BALI’ mengajar kami iklan yang paling baik adalah dari pelanggan kami.
.
6. JANGAN TAKUT DENGAN KOMPLEN
Komplen @ feedback sebenarnya penyelidikan marketing secara percuma. Pelanggan sanggup menghabiskan masa untuk menulis beritahu apa masalah dan bagaimana nak selesaikannya. Biasa diluar sana, kebanyakan syarikat bayar mahal pada consultant untuk beritahu perkara yang sama
Sebab itu kami sangat menghargai setiap emel dan melayani mereka dengan baik.


Hasil carian imej untuk air asia
.
7. FOKUS PADA 1 IMEJ DALAM BRANDING
Ketika peringkat awal, AirAsia mempunya logo burung dalam branding.
Sekiranya anda lihat jenama terkemuka dunia, mereka hanya ada satu imej sahaja yang masuk dalam kepala kita. Bila kita sebut ’Shell’, kita fikir tentang logo Shell. Bila sebut “Coca-Cola”, anda fikir perkataan “Coke” dalam italic. Bila sebut tentang “Nike”, anda fikir tentang ‘tanda betul’.
Jadi, masa peringkat awal, kami tukarkan logo burung kepada ‘AirAsia’ sebagai logo kami. Hanya satu imej. Kenapa perlu belanja 2x ganda untuk 2 logo branding?
Kami juga hilangkan warna biru dan hijau. Saya berusaha untuk tak gunakan warna merah, sebab semua akan fikir saya nak jadi seperti Richard Branson (Founder Virgin Group & Frenandes former boss), tapi merah adalah warna terbaik, jadi kami pun pilih merah.
Jadi, ianya berjaya, pemilihan warna menyebabkan segalanya berubah.
.
8. TURUN KE BAWAH
Apa yang saya selalu buat adalah, sebulan sekali saya akan bawa beg, saya jadi crew cabin dan kadang-kadang jaga kaunter ‘check-in’.
Saya buat perkara ini ada 2 sebab; Yang pertama adalah anda tidak boleh jadi CEO yang efektif selagi anda belum pernah merasai pengalaman kerja bawah secara betul-betul.
Ada satu kisah benar. Team handle beg bagasi beritahu saya yang mereka perlukan tali loaders untuk handle beg bagasi. Saya beritahu mereka “Tidak, kita tak boleh beli, terlalu mahal”.
Jadi ada suatu hari, saya ditugaskan untuk bawa beg bagasi dan ditempatkan pada penerbangan ke Indonesia. Kebiasaan orang yang terbang bersama kami secara umumnya bawa barang seperti seluruh isi rumah, tapi orang yang terbang ke Indonesia biasanya bawa barang rumah sendiri beserta rumah jiran sekali.
Terllu banyak bagasi yang perlu diuruskan. Dalam proses handle bagasi, tulang belakang saya patah dan saya beritahu team saya, mereka betul dan saya salah dan kami putuskan untuk beli tali loader tersebut.
Sekiranya saya tak turun bawah dan merasai kerja tadi, duduk dengan selesa dan nyaman di ofis sahaja, saya akan buat keputusan yang salah dan sebabkan banyak bagasi rosak dan pekerja mungkin mulakan union.
Sebab kedua adalah untuk mencari bakat. Saya bukan mencari bakat yang datang dari Oxford @ Cambridge, saya cari jenis individu yang keputusannya hanya SPM Pangkat 3 yang perlukan peluang kedua.

Hasil carian imej untuk air asia
.
9. JANGAN PANDANG RENDAH TEAM ANDA

Saya langgar semua peraturan dalam mencari team. Bagi saya, selagi anda punyai impian, anda boleh buat apa sahaja.
Ada seorang seorang ex-krew cabin, dia datang pada saya suatu hari dan beritahu saya impian dia adalah ingin menjadi pilot. Saya beritahu dia, “go for it”.
Pada suatu hari, dia hubungi saya dan tanya saya yang dia ingin menyertai pertandingan Ratu Cantik Thailand, dan saya beritahu dia “ok” tapi dengan syarat kami boleh gunakan gambar dia dalam marketing kami.
Dia menang pertandingan Ratu Cantin Thailand dan baru-baru ini telah menjadi kapten. Kami merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dalam dunia yang pilotnya adalah Ratu Cantik.
Pengajaran disini adalah kami adalah struktur yang membolehkan beliau hubungi saya sendiri dan beritahu apa impian beliau dan kami dapat asah bakat beliau kepada permata.
Satu lagi kisah dalam team kami ada seorang budak muda, bertugas sebagai tukang handle bagasi di Kuching beritahu saya yang dia ingin jadi pilot, dan saya pun benarkan untuk dia kejar impian dia. Akhirnya dia telah lulus kesemua ujian peperiksaan dan mendapat result yang paling tinggi dalam akademi penerbangan. Sekarang, beliau adalah kapten / pilot.
Kami ada banyak kisah sebegini dalam AirAsia.
Aset paling berharga selain idea adalah team anda sebab pengakhirannya adalah team anda yang akan bawa idea anda.
.

10. DATA IS KING

Kami ada sejumlah database yang sangat banyak dan kami tak tahu nak buat apa dengannya tapi orang lain sangat berminat dengan database yang kami ada. Jadi, kami fikirkan database yang kami ada ini sangat bernilai pada orang lain, mesti ada peluang yang kami boleh gunakan.
Sekarang, kami sedang teroka suatu yang baru. Kami bercadang untuk lancarkan TripAdvisor versi kami sendiri, alat travel, saluran media baru seperti YouTube dan banyak lagi. Database memainkan peranan penting dalam bidang baru yang kami ingin terokai. Data will be king!

@FB Nazrin Faiz... TQ Bro

Terengganu My Heritage: Warung kecil tapi lauknya memang awesome...Bandar ...



Terengganu My Heritage: Warung kecil tapi lauknya memang awesome...Bandar ...: Warung kecil ini terletak berhadapan dengan Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, iaitu pusat bandar bagi Daerah Setiu. Kunju...

Tuesday, March 7, 2017

Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'

Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'

SEORANG lelaki sanggup berhabis AS$50,000 (RM223,000) demi merealisasikan cita-citanya untuk menjadi makhluk asing.

Vinny Ohh, seorang jurusolek dari Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjalani lebih 100 pembedahan untuk memastikan hasratnya itu tercapai.

Ohh kini merancang untuk menjalani pembedahan untuk membuang alat sulit dan pusat, selepas menjalani pelbagai prosedur pembedahan wajah.

Dia juga selesa mengenakan kanta lekap berwarna hitam, yang didakwa menonjolkan lagi identiti 'makhluk asing' seperti yang diingininya.



Portal Toronto Sun melaporkan, Ohh yang berusia 22 tahun mula menjalani pembedahan ketika berusia 17 tahun.

"Saya mahu jadi makhluk asing yang tidak berjantina," kata Ohh kepada portal berkenaan.

Ditanya apa yang membuatkan dia tekad berbuat demikian, Ohh memberitahu, ia bermula kerana kegagalannya untuk menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling, selain enggan menjadi mangsa jangkaan luar biasa yang biasa ditetapkan dalam masyarakat.

Ohh bakal menjadi sebahagian daripada rancangan The Plastics of Hollywood, yang akan mengetengahkan bakat-bakat mereka yang obses dengan pembedahan plastik.

 Berita lanjut boleh ke Istagram Vinny Ohh

Berapa kos peralatan elektrik rumah anda bagi setiap jam??

No automatic alt text available.

@FB Bob sharul

Apa yang anda perlu tahu tentang penggunaan setiap peralatan elektrik di rumah anda dan kos?
tengok carta ini.

Penhawa dingin 1hp = 16 sen sejam
Penghawa dingin 1.5hp = 24 sen sejam
Seterika Wap @ steam iron = 26 sen sejam
Water Heater = 55 sen sejam

Jadi boleh lah buat anggaran penggunaan bagi memastikan bil bulanan TNB anda munasabah.

Admin sendiri masih bingung dengan bil bulanan TNB yang dulu sekitar RM120 sebulan telah meningkat kepada RM180 sebulan dan terus meningkat kepada RM250 sebulan dan kini meningkat kepada RM300 sebulan

Peralatan yang dimiliki
2 unit penghawa dingin 1hp ( kadar guna 10 jam sehari)
1 unit mesin basuh automatik
1 unit dryer 6kg
1 unit peti sejuk inverter
1 unit steam iron ( kadar guna 1 jam sehari- pada gari sekolah @ 5x seminggu)
1 unit Elken water filter hot n warm water





Kursus Intensif FARAID di UNISZA

Image may contain: 1 person, text

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh
Sesiapa yang berada di sekitar Kuala Terengganu khususnya, jangan lepaskan peluang menuntut satu ilmu yang mula-mula sekali dicabut pengetahuan tersebut daripada ummat ini.
Kursus akan disampaikan oleh Tuan Haji Wan Abdul Halim bin W Harun. Beliau adalah :
1- Pakar Perunding Harta Pusaka dan Faraid yang berpengalaman lebih daripada 30 tahun.
2- Pengajar Bidang Faraid Kepada Hakim-hakim Syarie Seluruh Malaysia
3- Penceramah slot Harta Pusaka dan Faraid di Trg FM

Sila hubungi Dr Wan Firdaus untuk pertanyaan dan pendaftaran : http://www.wasap.my/60132835651

Suara hati seorang Wakil Rakyat @ YB tentang masalah BRIM tak lulus...ini baru YB

Image may contain: 1 person

SAYA BUAT, SAYA TANGGUNG!
( tulis panjang skit, ada masa baca. Takde masa scroll down saja cepat2)
BRIM & SSM
Kerana posting sy ini kemarin ( 7 Ogos), ramai yg msg sy memberi ingatan dan mencadangkan sy padam. Ada juga yg menghantar fakta2 utk memperbetulkan tanggapan salah saya. Ada antara mereka yg sngt2 senior dalam politik Terengganu. Ada yg smp memperli sy dgn kata2;
" ikut yb lah doh yb bijak pandai".
" demo ni wakil rakyat kerajaan...knp tulis gitu?"
" akaun fb demo kena hack ke?"

Sy memaklumkan bahawa sy sendiri yg menulis posting tersebut dan sy bertanggung jawab atas apa yg saya tulis. Saya buat, saya tanggung!
Sy ucapkan terima kasih. Mungkin juga mereka bimbang masa depan hayat politik sy jika terlalu keras memberi pandangan. Oleh krn sy menulis di media ini..maka sy memilih utk menjawab disini juga.

Sy tidak menafikan kebenaran fakta mereka. Tapi HAKIKAT nya rakyat tidak senang dgn apa yg berlaku sekarang. Sy ulang , rakyat rasa tidak senang dgn apa yg berlaku skrg dlm mslh BRIM. Ini juga satu fakta. Sy tidak menulis jika sy tiada bukti. Ramai yg mengadu permohonan mereka di tolak kerana SSM. Di ruangan komen posting sy ramai juga yg menyatakan mslh mereka dan menunjukkan bukti.

Bahkan kemarin, ketika sy sedang berjln di hadapan dereta kedai di bandar Jerteh seorg kwn menyapa.. lalu berkata " mujur kawe jumpa demo..kawe nak luah rasa tak puas hati psl apa BRIM kawe tak lulus" lalu mengeluarkan kertas cetakan status permohonan beliau. Sy menatapnya dgn sayu dan mulut terkunci... bukan krn sy tiada jwpn.. sy pun faham mslh sebenar...sy pilih utk tidak jwb krn sy tau jwpn FAKTA sy itu hnya akan lebih memanaskan beliau. Sy berlalu sambil menepuk bahu seraya berpesan..." sabar lah dulu..Insyallah ada rezeki demo".

Rakyat faham FAKTA, rakyat faham PROSEDUR. Jgn kata mereka tak faham. Yg rakyat dan saya sndiri tak faham ialah...knp akhir2 ini terlalu banyak halangan2 utk rakyat mendapatkan bantuan yg mereka layak dpt? Knp di kenakan pelbagai syarat yg menjerut mereka. Dan syarat2 tu oula sekajap begitu sekejao begini. Sekaali di tolak..sekali disuruh rayuan pula.
Adakah pihak atasan tau...ramai kalangan rakyat menunggu BRIM ni masuk ke akaun mereka seperti kita ghairah menunggu pengumuman bonus kaki tangan kerajaan. Betapa besarnya makna BRIM kpd mereka.

Dan....byg kan betapa hampa nya mereka setelah berulang kali menyemak ada ke tidak duit dlm akaun..tiba2 menerima jawapan PERMOHONAN ANDA DI TOLAK. Ada yg memohon dr tahun lepas, di jawab " DALAM PROSES"...tapi sampai sudah tak dapat tanpa di berikan alasan konkrit sedangkan beliau layak( sila rujuk ruangan komen di posting saya)
PERMUDAHKAN kan urusan rakyat. INSYALLAH akan di permudahkan urusan pemimpin. Jgn biarkan mereka keliru dgn mcm2 syarat dan alasan. Jgn pula jadikan mereka spt peminta sedekah yg terpaksa merayu2 utk mendapatkan bantuan. RAIKAN lah pandangan rakyat. Jika kita benar2 mahu membantu...

AKHIR nya; berbalik kpd soalan kwn2 berkaitan " hayat politik " dan " sebagai wakil rakyat kerajaan" ini jawapan saya;
Gelaran Wakil Kerajaan terpakai ketika DEWAN UNDANGAN NEGERI bersidang, atau dlm mana2 keadaan yg sy mesti pertahankan kerajaan apabila berdepan dengan pembangkang. Matian2 saya akan pertahankan kerajaan.

Gelaran Wakil Rakyat ialah kerana sy mewakili rakyat. Mereka memilih saya secara sah. Apabila mereka bersuara, saya WAJIB menyampaikan suara mereka kpd org atas. Walau pun betul di mata kerajaan, tetapi tidak di mata dan hati rakyat...maka saya memilih utk bersama rakyat. Kerana saya adalah " WAKIL RAKYAT".
SALAH KAH SAYA MEMBAWA SUARA RAKYAT?

admin: juga kagum dengan Yb yang sentiasa menyuarakan suara rakyat dari bawah agar sesuatu isu atau masalah dapat diselesaikan dan ditambah baik. Bukan sokong semata-mata sokong.

Menyampaikan hasrat rakyat yang memilih YB adalah lebih mulia berbanding mempertahankan karier politik pada masa hadapan.

Friday, March 3, 2017

Haval H6 baharu keluar bulan April .. menawan

Image may contain: car and outdoor

Haval H6 baharu akan diperkenalkan di Shanghai Auto Show pada bulan April nanti.
Rekabentuk baharu dengan lampu depan yang seakan-akan bentuk lampu Audi Q5 menghiasi rupa H6 baharu ini. 

Image may contain: car
H6 baharu ini akan terdapat dalam pilihan enjin petrol 1.3-liter dan 2.0-liter turbo yang sama dengan model sebelumnya. Kotak gear akan dibuat oleh Getrag, berupa klac berkembar 7-kelajuan.
Dari segi saiz, H6 baharu lebih pendek dari model sebelumnya sebanyak 40 mm tetapi lebih lebar sebanyak 40 mm.

No automatic alt text available.
Ruang dalamnya menampilkan skrin infotainment 12-inci dan penunjuk kelajuan berupa digital. Pengarah rekabentuk Haval, Pierre Leclercq berkata, “H6 merupakan kereta penting bagi Haval. Dan untuk menggantikan model lama dengan baharu ialah kerja sangat sukar bagi kami, lebih-lebih lagi apabila H6 ialah model terlaris kami.”

@FB careta

Jumlah Km yang perlu anda berlari bagi menghilangkan kalori makanan ini... aduh











No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

haha letihlah kalian nak menghapuskan kalori setelah makan makanan di atas..

@FB SEPAT

Terengganu My Heritage: Tanding Ngail AGRO pada 11 Mac 2017 Sabtu dan juar...

Image may contain: text

Terengganu My Heritage: Tanding Ngail AGRO pada 11 Mac 2017 Sabtu dan juar...: Pertandingan Ngail AGRO Kali ke 2/ 2017 Pada 11 Mac 2017 SABTU 2.30 hingga 5.30 petang Yuran penyertaan RM40.00 bagi sebatang joran...

Tiada Lagi Akses Maybank2u Bagi Smartphone ‘Jailbreak’ Dan ‘Root’ Bermula Esok


Maybank sememangnya menjadi antara bank yang paling advanced apabila menyebut tentang security. Terbaru, pihak Maybank telah mengeluarkan arahan dimana Maybank2u akan menghalang mana-mana smartphone yang sudah ‘jailbreak‘ atau ‘root‘ mengakses aplikasi mereka.
Jika anda seorang yang ‘rajin’ mengubah setting smartphone anda, dua terma ini mungkin tidak asing bagi anda. Jailbreak atau root sering digunakan buat mereka yang ingin mendapatkan akses yang lebih daripada smartphone mereka seperti mengakses aplikasi terlarang, mengubah clock speed serta install custom ROM.

Berdasarkan arahan daripada Maybank, undang-undang terbaru ini bakal dikuatkuasakan bermula 4 Mac 2017 secara serentak buat smartphone Android dan iOS. Penguatkuasaan ini dibuat bagi mengelakkan Maybank2u daripada digodam atau mengelakkan daripada sebarang masalah yang tidak diingini.

Buat anda yang tidak mengubah sebarang advanced settings pada smartphone anda, anda masih boleh gunakan aplikasi Maybank2u ini seperti biasa. Kami harap penerangan artikel ini dapat mengelakkan anda atau mungkin rakan anda yang terlibat dengan penggunaan smartphonejailbreak‘ atau ‘root‘ tidak tersangkut menggunakan Maybank2u disaat kecemasan.

@the vocket

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...