nuffnang adv

lazada adv

Saturday, November 26, 2011

Kisah Benar.. Mukjizat AL Quran.. Surah Ikhlas memberi hidayat Bekas Ketua Pemuda Kristian memeluk Islam

Gereja Calvary dikatakan Gereja Terbesar di Asia di Bukit Jalil dalam pembinaan
Pada 25 Nov 2011 yang lalu satu program sempena Program Jom Ke Masjid anjuran Pejabat Agama Daerah Setiu dan Jawatankuasa Masjid Putera Jaya, Setiu Terengganu telah mengadakan satu program iaitu 'Islam Agamaku' di mana satu perkongsian pengalaman bersama saudara baru iaitu Saudara Mohd Syafiq Dendi Bin Abdullah iaitu bekas penganut Kristian Protestan dan bekas Ketua Pemuda Kristian di Indonesia dan Rafie Saljuan juga bekas penganut Kristian Protestan.

Mohd Syafiq adalah bekas Ketua Pemuda Kristian yang lahir dari keluarga penganut Kristian yang taat di mana ayahnya juga adalah seorang paderi. Berketurunan Cina Nyonya yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Sejak kecil beliau tidak pernah bersekolah di sekolah kerajaan tetapi bersekolah di Gereja dan kemudiannya menyambung pengajian dalam Agama Kristian di Bible College di Gereja Petaling Jaya selama empat tahun.

Beliau seorang yang amat aktif berdakwah dan ramai daripada rakyat Malaysia telah dikristiankan termasuk di Raub, Gua Musang dan serata Malaysia. Juga terlibat secara langsung dalam program dan misi 'Dream Of Malaysia' iaitu mahu mengkristiankan seramai mungkin rakyat Malaysia. Beliau terlibat secara aktif dalam menyebarkan Kristian terutama kepada mereka yang fasih berbahasa Melayu.

Menurutnya lagi, sudah lebih 50,000 rakyat Malaysia telah memeluk agama Kristian dan angka sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Ini kerana gerakan gereja dan misiionary sentiasa aktif berdakwah dan menyebarkan agama Kristian dengan pelbagai cara. Sasaran utama mereka adalah mereka yang 'sakit' iaitu mereka yang tidak tentu arah hidup, manusia di gelandangan, mereka yang hidup dengan hiburan dan mabuk dunia. Orang-orang sebegini akan didekati dan dibawa kepada mendekati Kristian.

Nama-nama seperti Benjamin, Helmi iaitu bekas pegawai Petronas yang memeluk Kristian, Lina Joey adalah antara beberapa orang Melayu yang memeluk Kristian dan kini menjadi ketua pendakwah dan berpengaruh dalam Kristian. Pengembangan Kristian di Malaysia semakin pesat dan berkembang dengan wujudnya gereja bagaikan cendawan dan kawasan Petaling Jaya adalah antara kawasan pembangunan Gereja berasaskan Bahasa  Malaysia. Manakala Gereja di Bukit Jalil adalah antara gereja terbesar di Asia. Sidang Injil Borneo (SIB) juga memberi fokus dan tumpuan dalam menyebarkan Kristian kepada orang-orang Melayu dan mereka yang boleh berbahasa Melayu.

Katanya lagi, bagi pendakwah Kristian, mereka ada Misi dan Visi sendiri iaitu 'membangunkan gereja; dengan  meramaikan penganut Kristian. Setiap orang yang memeluk Kristian itulah dinamakan gereja.

Ketika ditanya bagaimana beliau diberi hidayah untuk memeluk Islam? Beliau menyatakan bahawa sejak kecil lagi beliau dididik untuk beramal setiap hari dengan al kitab @ bible. Membaca al kitab setiap pagi sudah menjadi kewajipan. dan Kekeliruan mula timbul berhubung dengan mencari tuhan yang satu dengan menyamakan tuhan yang tiga iaitu jesus dan ruh al kudus.

Ketika di Kelantan, beliau telah bertemu dengan seorang warga Ghana yang telah memeluk Islam. Dari situ timbul perdebatan dan persoalan diantara keduanya. Akhirnya beliau di hadiahkan dengan satu terjemahan al quran berbahasa Inggeris. Beliau langsung tidak tahu bahasa arab yang dilihat bagaikan huruf cacing, jadi pada terjemahan itulah yang dibaca. Terjemahan pada Surah AL Ikhlas telah membawa satu cahaya dan hidayah iaitu dimana Tuhan itu tidak beranak dan diperanakkan dan tidak boleh menyekutukan dengan yang lain. Ia jelas dan jauh berlawanan dengan fahaman triniti atau tiga tuhan dan fahaman bahawa Nabi Isa adalah anak tuhan.

Maksud dari Surah AL Ikhlas ini tela merubah kepercayaan beliau sebelum ini bahawa hubungan manusia dengan tuhan adalah terus dan tiada pengantara sebagaimana kepercayaan Kristian di mana untuk sampai kepada tuhan adalah melalui pengantara Nabi Isa iaitu yang dianggap anak tuhan.

Dalam Kristian juga Nabi Muhammad saw langsung tiada pengiktirafan dimana ia dilihat sebagai manusia yang memutarbelitkan manusia , beristeri ramai dan bermacam-macam tohmahan buruk.

Namun setelah memeluk Islam apabila dikaji dan didalami kehidupan Rasulullah saw baru jelas model manusia terbaik untuk diikuti dan dijadukan panduan selain daripada Al Quran.

Setelah berlangsung lebih 2 jam perkongsian pengalaman, jelas sekali rumusan dapat dibuat bahawa usaha gerakan dakwah Islam jauh sekali masih lemah dan sentiasa dalam zon selesa berbanding dengan gerakan Kristian yang dilihat cukup agresif. Pandangan beliau, banyak usaha gerakan dakwah banyak dilakukan kepada mereka yang telah memahami Islam , mereka yang rajin ke masjid tetapi tidak kepada mereka yang terbiar di luar sana, mereka yang hidup tanpa arah tanpa tujuan, mereka yang berseronok dengan hiburan dunia.

2 comments:

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...