nuffnang adv

lazada adv

Wednesday, November 2, 2011

Pakej Ibadat Korban 2011

walaupun masih ada 3 hari lagi menjelang hari Wukuf di Arafah, masih ada kesempatan lagi untuk kita menjalani ibadat korban terutama bagi mereka sibuk memanjang dan tak sempat untuk pulang ke kampung ataupun ingin mengadakan korban sebagaimana biasa.

Pihak Kolej Fuqaha dan Pengasas D'Hatiku iaitu Ustaz Dr Khairuddin Attakiri juga menyediakan pakej korban iaitu:
  • Pakej Korban Di Kemboja iaitu RM230.00 satu bahagian dan RM70.00 untuk sumbangan Guru AL Quran di sana = RM300.00
  • Pakej korban di Malaysia iaitu Semenanjung RM400 satu bahagian dan RM450 sebahagian bagi negeri Sabah.

Maklumat lanjut, bolehlah berhubung terus dengan Ustaz Dr Khairuddin sendiri di talian 013-3890000 ataupun sms.

Ibadat korban adalah tanda kita menghayati pengorbanan besar Nabi Ibrahim as dalam menunaikan perintah Allah swt dengan patuh dan tawadduk. Ianya amat dipandang tinggi di sisi Allah dalam memandang pengorbanan kita terhadap tuntutan Allah swt ini.

Blogger menyokong usaha yang di buat oleh rakan sekolah blogger ini yang kini menjadi pendakwah, penceramah, penulis serta ahli perniagaan dan kini pengetua kolej Fuqaha di Sg Merab, Selangor.

Maklumat biodata dan tulisan beliau boleh di layari di http://www.syeikh-takiri.blogspot.com/

 Waktu dan detik yang semakin hampir ini perlu direbut di mana dibimbangi kita tidakberjumpa lagi Aidil Adha di tahun hadapan.

Sama-sama kita menyokong dan mendokong program ibadat yang dituntut oleh agama kita.
wsalam.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...