18 Jan 2010.
Bersama 4 rakan sekerja En Weil, Midi, dan Abg Baha... kami mula bertolak ke LCCT dari K. Terengganu. Programnya adalah lawatan Ke Labuan selama 3 hari 2 malam.
Sampai di KLIA kami plan nak ke Putrajaya nak ronda-ronda kat Alamanda.
Time check hotel banyak yang penuh, cari rumah tumpangan kat Putrajaya kat Presint 9. Jadi malam ni kami tidur kat Hotel Presint 9. Suite 3 Bilik satu bilik air. Memang amat selesa untuk kami berempat yang 'bujang' di rantau.
Sempatlah ronda sekejap di Alamanda. Lama dah tak datang sini. My friend's Midi ajak main bowling. Bolehlah sekadar nak melepaskan gian yang dah lama tak main bowling. Average performance adalah 135-160.
Malam kami dinner kat presint 9 dan sempat jumpa tuan punya rumah tumpangan Abg Man, orang Kelantan. Banyak pula sembangnya sambl bertukar-tukar pendapat. Lain kali kalau ada urusan kat Putrajaya rasanya selesa tinggal rumah tumpangan macam ni. Ada TV aircond, freezer serta kitchen kira oklah. Harganya pun OK dalam RM100 ++.
Malam kena tidur awal sebab jam 5 sudah kena bertolak ke LCCT untuk ke Labuan, flight jam 7.35pg.
19 Januari 2010
Jam 5 pagi kami bertolak ke LCCT.
Kami sampai di Labuan jam 10.00 pagi dan sudah ada pegawai LPP Labuan yang menunggu di airport iaitu Hj Rahman dan pilot Mr Zakaria @ Z. Kami dibawa ke pejabat LPP Labuan dan diperkenakan dengan Timbalah Pengarah Cik Nurul Ain.
Destinasi pertama kami di sini ialah ke Projek IKS Usahawan Peladang Mi Lidi Mat Salleh kat Kg Bukit Kuda. Begitu gigih pakcik tua (En Mat Salleh) dan isteri mengusahakan projek ini untuk menyara keluarga dan rezeki.
Walaupun projek ini kecil-kecilan, ianya berkesan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Destinasi kedua kami adalah Taman Burung Labuan. Kami diiring oleh Pengurus Taman iaitu Pn Fatmawati yang baru mengambil alih tugas disini. Kami dibawa melawat disekeliling taman dimana terdapat pelbagai burun eksotik di sini. yang paling menarik adalah maskotnya iaitu Burung Mahkota.
Kami dimaklumkan, taman ini kekurangan dana untuk penyelenggaraan dan penambahbaikan, namn ia masih dapat diuruskan walaupun dengan budget yang terhad. Kami meninjau seluruh kawasan serta landskap disini. Rumusannya, kemudahan disini amat baik cuma ianya perlu diberi daya kreatif dan inovatif untuk terus menjadi destinasi kunjungan utama ke Labuan.
Kami dibawa makan tengahari di bandar Labuan dimana Pengarah LPPLabuan En Mat Tazari sedia menunggu kedatangan kami untuk sama-sama makan tengahari.
Acara Bebas
Selepas makan tengahari, kami mula mengorak untuk mencari penginapan, berdasarkan jadual kami dijangka menginap di Hotel Waterfront Labuan, apabila kami bertanya untuk check in ianya telah penuh. Terpaksa kami menjelajah hotel ke hotel untuk menginap malam ini. akhirnya kami dapat bilik di HotelLabuan Inn. Bolehlah untuk menginap malam pertama. Dapat bilik betul-betul depan lobi.
kami berehat seketika . Waktu petang, meronda disekitar bandar Labuan. Yang murah di sini adalah coklat, rokok serta liquor dan kain sutera.
Kami dibawa makan malam di restoran seafood Terumbu Warisan Kg Tg Aru Labuan. Menu kami Ketam Stim, Udang Butter, Ikan Bakar, Tomyam, sayur pucuk manis dan telur dadar, harganya boleh tahan jugak dalam RM150 untuk 5 orang.
malam ini kami berehat untuk destinasi seterusnya esok.
No comments:
Post a Comment