nuffnang adv

lazada adv

Sunday, January 10, 2010

Laguna Agro Resort


Kawasan Laguna Setiu adalah antara kawasan yang kaya dengan tanah becah @ wetland dan amat cantik di mana persekitaran dan kawasannya masih belum tercemar. Dengan keluasan 880 hektar dan mengunjur sepanjang 26 km, ia kaya dengan khazanah alam semulajadi iaitu daripada hidupan wetland seperti pokok bakau dan nipah, spesis ikan marin, burung-burung, kerang-kerangan dan sebagainya.

Daya tarikan utama di sini ialah ianya dikelilingi dua persekitaran yang cantik amat memukau iaitu hamparan pantai yang memutih dan suasana lagun yang cantik serta mendamaikan. Laguna Setiu adalah antara lagun yang tercantik di Malaysia.

Di sekelilingnya adalah kawasan wetland yang kaya dengan pelbagai hidupan yang amat menarik untuk diterokai. ia amat kaya dengan pelbagai jenis ikan marin, burung-burung, krustasia, ketam, tiram dan lain-lain hidupan.

Apa yang palin istimewa ialah terdapat dua spesis tuntung yang sukar dan jarang dijumpai iaitu 'river terrapin' dan 'painted terrapin'. ia adalah spesis tuntung yang hanya terdapat di Laguna Setiu. Di sini juga merupakan kawasan pemuliharaan tuntung yang telah di jalankan oleh WWF Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...