nuffnang adv

lazada adv

Thursday, January 14, 2010

Burung Unta.. Luar biasa


Pengalaman mengenali lebih dekat dan menunggang burung unta adalah suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Pengalaman melawat Jelita Osytrich Farm di Seremban memang menarikdan banyak fakta menarik tentang burung ini.

Tengoklah telur sebagaimana gambar sebelah, harganya RM50.00 sebiji. Dan kalau goreng boleh dimakan sehingga 8 orang. Apa yang pasti kulit luarannya amat kuat dan boleh menampung berat melebihi 100kg. Blogger telah mencuba dengan memijak dan berdiri dengan kedua-dua kaki dan ternyata telur ini tidak pecah.

Bukan telurnya saja yang kuat malah burung itu sendiri memang kuat . Blogger sendiri telah cuba menunggang burun unta ini dan dengan selamba sahaja burung ini dapat menampung beban berat blogger yang melebihi 100kg.

Satu yang best kat sini, satu demonstarsi F1 burung unta telah ditunjukkan dan ternyata burung boleh ditunggang dan boleh dibuat berlumba. Namun begitu jockey mesti mempunyai kemahiran untuk membrek serta membelok supaya dapat menunggang dengan selamat.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...