nuffnang adv
lazada adv
Friday, January 29, 2010
Pelancaran laguna Agro Resort
Pada 1 Februari 2010, akan diadakan majlis Pelancaran LAGUNA AGRO RESORT serta Program Gotong Royong Penanaman Pokok Rhu dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan beberapa agensi lain yang terlibat seperti Jabatan Bomba & Penyelamat, RELA, JPA3, Pejabat Daerah Setiu, JKKK Gong Batu dan lain-lain.
Pelancaran ini diharap akan menjadi pemangkin kepada industri Pelancongan serta industri hiliran di kawasan ini dengan memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk setempat.
Ia juga sebagai sokongan kepada Jabatan Perhutanan dalam memelihara alam semulajadi wetland serta hakisan pantai di kawasan ini.
Majlis ini akan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Setiu yang baru serta turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafee, Pengarah LPP Terengganu serta beberapa pengarah negeri yang lain seperto Tourism Malaysia, Jabatan Perhutanan dan sebagainya, Turut dijemput hadir adalah pengetua-pengetua serta gurubesar sekolah-sekolah di daerah Setiu dan Besut.
Turut dijangka memeriahkan acara pada ahari tersebut adalah pelajar-pelajar pra dan sekolah rendah Kuala Setiu bagi acara mewarna kanak-kanak.
Monday, January 25, 2010
Keindahan Rhu Sepuluh, setiu, Terengganu
Rhu Sepuluh, kampung nelayan tradisional yang pasti memikat sesiapa sahaja. Pantainya yang putih melepak pastinya memukau mata sesiapa sahaja. Menjadi destinasi pilihan dihujung minggu dengan hanya bersebelahan jalan utama laluan pantai Kota Bharu - Kuala Terengganu.
Apa yang menarik di sini adalah destinasi ICT utama di Terengganu, iaitu ikan celup tepung, sotong serta udang celup dengan harga yang berpatutan dan segar dari laut.
Juga boleh didapati di sini ikan segar setiap hari gerai jualan ikan.
Sunday, January 24, 2010
Abseilling kat Agro
Thursday, January 21, 2010
Pengalaman di Labuan
18 Jan 2010.
Bersama 4 rakan sekerja En Weil, Midi, dan Abg Baha... kami mula bertolak ke LCCT dari K. Terengganu. Programnya adalah lawatan Ke Labuan selama 3 hari 2 malam.
Sampai di KLIA kami plan nak ke Putrajaya nak ronda-ronda kat Alamanda.
Time check hotel banyak yang penuh, cari rumah tumpangan kat Putrajaya kat Presint 9. Jadi malam ni kami tidur kat Hotel Presint 9. Suite 3 Bilik satu bilik air. Memang amat selesa untuk kami berempat yang 'bujang' di rantau.
Sempatlah ronda sekejap di Alamanda. Lama dah tak datang sini. My friend's Midi ajak main bowling. Bolehlah sekadar nak melepaskan gian yang dah lama tak main bowling. Average performance adalah 135-160.
Malam kami dinner kat presint 9 dan sempat jumpa tuan punya rumah tumpangan Abg Man, orang Kelantan. Banyak pula sembangnya sambl bertukar-tukar pendapat. Lain kali kalau ada urusan kat Putrajaya rasanya selesa tinggal rumah tumpangan macam ni. Ada TV aircond, freezer serta kitchen kira oklah. Harganya pun OK dalam RM100 ++.
Malam kena tidur awal sebab jam 5 sudah kena bertolak ke LCCT untuk ke Labuan, flight jam 7.35pg.
19 Januari 2010
Jam 5 pagi kami bertolak ke LCCT.
Kami sampai di Labuan jam 10.00 pagi dan sudah ada pegawai LPP Labuan yang menunggu di airport iaitu Hj Rahman dan pilot Mr Zakaria @ Z. Kami dibawa ke pejabat LPP Labuan dan diperkenakan dengan Timbalah Pengarah Cik Nurul Ain.
Destinasi pertama kami di sini ialah ke Projek IKS Usahawan Peladang Mi Lidi Mat Salleh kat Kg Bukit Kuda. Begitu gigih pakcik tua (En Mat Salleh) dan isteri mengusahakan projek ini untuk menyara keluarga dan rezeki.
Walaupun projek ini kecil-kecilan, ianya berkesan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Destinasi kedua kami adalah Taman Burung Labuan. Kami diiring oleh Pengurus Taman iaitu Pn Fatmawati yang baru mengambil alih tugas disini. Kami dibawa melawat disekeliling taman dimana terdapat pelbagai burun eksotik di sini. yang paling menarik adalah maskotnya iaitu Burung Mahkota.
Kami dimaklumkan, taman ini kekurangan dana untuk penyelenggaraan dan penambahbaikan, namn ia masih dapat diuruskan walaupun dengan budget yang terhad. Kami meninjau seluruh kawasan serta landskap disini. Rumusannya, kemudahan disini amat baik cuma ianya perlu diberi daya kreatif dan inovatif untuk terus menjadi destinasi kunjungan utama ke Labuan.
Kami dibawa makan tengahari di bandar Labuan dimana Pengarah LPPLabuan En Mat Tazari sedia menunggu kedatangan kami untuk sama-sama makan tengahari.
Acara Bebas
Selepas makan tengahari, kami mula mengorak untuk mencari penginapan, berdasarkan jadual kami dijangka menginap di Hotel Waterfront Labuan, apabila kami bertanya untuk check in ianya telah penuh. Terpaksa kami menjelajah hotel ke hotel untuk menginap malam ini. akhirnya kami dapat bilik di HotelLabuan Inn. Bolehlah untuk menginap malam pertama. Dapat bilik betul-betul depan lobi.
kami berehat seketika . Waktu petang, meronda disekitar bandar Labuan. Yang murah di sini adalah coklat, rokok serta liquor dan kain sutera.
Kami dibawa makan malam di restoran seafood Terumbu Warisan Kg Tg Aru Labuan. Menu kami Ketam Stim, Udang Butter, Ikan Bakar, Tomyam, sayur pucuk manis dan telur dadar, harganya boleh tahan jugak dalam RM150 untuk 5 orang.
malam ini kami berehat untuk destinasi seterusnya esok.

Friday, January 15, 2010
Agro Foto
Agro Mood Klasik
Lokasi ni di Agro Resort, Setiu, Terengganu. Memang kat sini mengasyikkan terutama apabila dilayan dengan fotografi. Kadang-kadang rasa tak sedar ambil dibawah terik mentari.
Gambar disebelah adalah percubaan dalam mood klasik. Blogger bukanlah ahli dalam fotografi. Pakai pun kamera cap ayam je. Tapi minat jugak untuk miliki Nikon D90 (saranan penasihat Mr Azizi). Nanti ada rezeki insyaallah
Antara masa yang menyeronokkan adalah pada waktu petang apabila burung-burung mula turun mandi di tasik. Suasana begitu mengasyikkan sekali.
Gambar ini juga sempat di'shoot' pada waktu petang.Dengan suasana awan gelap nak hujan, tiba-tiba matahari nak menjengah keluar. Keadaan suasana yang unik dan menarik. Dengan suasana di pinggir Hutan Simpan Gunung Tebu, ia pasti menyimpan banyak nilai khazanah yang boleh diterokai.
Thursday, January 14, 2010
Burung Unta.. Luar biasa
Pengalaman mengenali lebih dekat dan menunggang burung unta adalah suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Pengalaman melawat Jelita Osytrich Farm di Seremban memang menarikdan banyak fakta menarik tentang burung ini.
Tengoklah telur sebagaimana gambar sebelah, harganya RM50.00 sebiji. Dan kalau goreng boleh dimakan sehingga 8 orang. Apa yang pasti kulit luarannya amat kuat dan boleh menampung berat melebihi 100kg. Blogger telah mencuba dengan memijak dan berdiri dengan kedua-dua kaki dan ternyata telur ini tidak pecah.
Bukan telurnya saja yang kuat malah burung itu sendiri memang kuat . Blogger sendiri telah cuba menunggang burun unta ini dan dengan selamba sahaja burung ini dapat menampung beban berat blogger yang melebihi 100kg.
Satu yang best kat sini, satu demonstarsi F1 burung unta telah ditunjukkan dan ternyata burung boleh ditunggang dan boleh dibuat berlumba. Namun begitu jockey mesti mempunyai kemahiran untuk membrek serta membelok supaya dapat menunggang dengan selamat.
Wednesday, January 13, 2010
Redakan Stress Di Agro Fish Spa
Wah memang melegakan. Begitulah hebatnya kejadian tuhan Yang Maha Besar. Ikan kecil yang pada mulanya liar kini jinak bermanja di kaki dan tangan. Sentuhan mesra dengan gigitan manja membuatkan kita hilang tekanan. Lupa masalah dunia. Sungguh hebat anugerah tuhan. Ikan-ikan ini dapat ditangkap dengan tangan dengan mudah sekali. Dengan sedikit makanan bersama-sama merebut untuk bermesra dengan kita.
ehh kat mana ni?? Ni di Agro Fish Spa, di Agro Resort, Setiu, Terengganu. Nak tahu lanjut tanya ofis dia kat 09-6902245.
Apa yang pasti Memang Best!!!
Tuesday, January 12, 2010
Suatu Petang di Semporna Sabah
Pengalaman di Semporna, Sabah cukup indah dengan suasana sekeliling yang sungguh. Yang paling best dapat nikmati sunset dan sunrise. Duduk di jeti pun rasa seronok dengan pemandangan yang memukau. Hotel penginapan memang menghadap laut dan suasana kampung dapat dilihat dengan jelas dengan bot bertali arus meredah laut.
Tangkapan hasil laut adalah yang utama di sini. Bagaikan tak percaya ikan kembong hanya RM2.50 sahaja di sini. Memang amat murah dan segar. Ikan-ikan lain juga memang murah dan yang pasti segar dari laut. Boleh dikatakan semua seafood di sini berbaloi untuk dimakan.
Monday, January 11, 2010
Agro Fish Spa
Suatu pengalaman yang mengasyikkan diulit oleh ikan-ikan liar yang kini jinak bermanja dengan anda. Mulanya macam tak percaya, tapi tengoklah sendiri pelbagai ikan daripada Sebarau, Seluang, dan bermacam-macam lagi termasuklah ikan keli serta ketam air tawar. Memang menarik dan rasa teruja apabila ikan mengelilingi dan mendekati kita sambil menggigit manja kaki dan tangan kita.
Apa yang menarik, ianya masih kekal di habitat semulajadi. Kat mana nih? oh ya di Agro Resort, Setiu, Terengganu. No ofis dia 09-6902245. Dan nak tahu dengan lebih jelas, contact Uncle Nek Yunus, Nature Guide kat sini 019-9359358. Dia memang pakar dan arif hutan di sini.
Sunday, January 10, 2010
Aktiviti Di Laguna Agro Resort
Aktiviti
- perkhemahan
- menyusuri lagun
- wetland trekking
- memancing ikan dan udang galah
- bird watching
- kenali alam wetland
- mencari kepah, kerang & ketam nipah
- aktiviti rekreasi air seperti berkayak, menarik pukat
- melihat kelip-kelip (fire fly)
- melihat pendaratan penyu
- memasang bubu dan lukah
- melawat aktiviti hiliran hasil laut: belacan, budu, ikan masin dan macam-macam lagi
- chalet terapung
Laguna Agro Resort
Kawasan Laguna Setiu adalah antara kawasan yang kaya dengan tanah becah @ wetland dan amat cantik di mana persekitaran dan kawasannya masih belum tercemar. Dengan keluasan 880 hektar dan mengunjur sepanjang 26 km, ia kaya dengan khazanah alam semulajadi iaitu daripada hidupan wetland seperti pokok bakau dan nipah, spesis ikan marin, burung-burung, kerang-kerangan dan sebagainya.
Daya tarikan utama di sini ialah ianya dikelilingi dua persekitaran yang cantik amat memukau iaitu hamparan pantai yang memutih dan suasana lagun yang cantik serta mendamaikan. Laguna Setiu adalah antara lagun yang tercantik di Malaysia.
Di sekelilingnya adalah kawasan wetland yang kaya dengan pelbagai hidupan yang amat menarik untuk diterokai. ia amat kaya dengan pelbagai jenis ikan marin, burung-burung, krustasia, ketam, tiram dan lain-lain hidupan.
Apa yang palin istimewa ialah terdapat dua spesis tuntung yang sukar dan jarang dijumpai iaitu 'river terrapin' dan 'painted terrapin'. ia adalah spesis tuntung yang hanya terdapat di Laguna Setiu. Di sini juga merupakan kawasan pemuliharaan tuntung yang telah di jalankan oleh WWF Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu.
Saturday, January 9, 2010
Salam Perkenalan
assalamualaikum wbt
Salam ringkas perkenalan di alam maya. Sudah lama ingin wujudkan blog sendiri tapi belum berkesempatan waktu. insyallah blogger akan berkongsi input-input dan pengetahuan untuk dikongsi bersama. Blogger juga bersedia untuk berkongsi idea dan pendapat dalam banyak hal samada politik, agama, hospitality dan akan dijawab secara ikhlas berdasarkan pengalaman dan pengetahuan blogger.
email blogger adalah: sisnanuc@gmail.com
simple profail:
-seorang lelaki
-2010- umur dah mencecah 35 tahun
-lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (PR) Minor Psikologi
-Diploma Pengajian Islam Syariah

Subscribe to:
Posts (Atom)