nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label laman sosial. Show all posts
Showing posts with label laman sosial. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Jangan Sebarang Pos di Media Sosial




Kematian Norazita Abdul Talib, 37 tahun yang juga pegawai operasi cawangan AmBank mengejutkan ramai pihak apabila suspek yang tidak berperikemanusiaan bukan saja merompak malah bertindak membunuh ibu kepada dua orang anak yang tidak bersalah.
Kalau mahu rompak sekalipun, ambil saja duit dan lari bukan dengan membunuh! Tetapi isu yang lebij menyayat hati adalah tabiat masyarakat Malaysia yang sama 'busuk'nya dengan perompak tersebut dengan menyebarkan gambar serta video kejadian rompakan sehingga membuka aib mangsa.
Penyebar video dan foto mangsa langsung tidak mempunyai deria rasa bersalah tanpa menyedari anda mungkin boleh menyebabkan suami dan dua anak mangsa menyaksikan video dan foto tersebut di internet. Adakah itu memori terakhir yang mahu ditanamkan kepada ahli keluarga mangsa yang pasti berada dalam kedudukan paling trauma.
Sikap penyebar video dan foto ini sama kejamnya dengan perompak. Anda mungkin telah merompak ahli keluarga mangsa dengan imej-imej yang tidak mahu diingati sepanjang hayat mereka. Hanya kerana ketagih ingin 'berkongsi' segala-galanya di internet dan menjadi 'orang pertama' yang mengepos segala-galanya,
Menjadi 'wartawan internet tidak berbayar' memang nampak seronok tetapi secara tidak langsung boleh mengganggu emosi orang lain. Gambar yang bersifat ganas janganlah dipos tidak kira anda orang pertama yang ada di tempat kejadian. Apa faedahnya berbuat demikian? Apa kepuasan yang diperoleh?
Hal sama juga berlaku apabila berita perompak dan pembunuh tersebut dikatakan ditangkap di lapangan terbang LCCT juga
Memang undang berkaitan penyebaran gambar yang tidak bertanggungjawab seperti ini misalnya Akta Komunikasi dan Multimedia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengeluarkan amaran yang memaklumkan penyebaran gambar dan video sebegini adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, denda yang dikenakan tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Amaran sama juga dikeluarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang mengatakan polis kini memburu individu yang bertanggung jawab menyebarkan gambar kematian Norazita.
Tanpa tolak ansur, pegawai atau anggota polis serta orang awam yang menyebarkan gambar mangsa ini adalah satu kesalahan untuk menyebarkan gambar seumpama itu.
Yang masih mempunyai foto dan rakaman tersebut, lebih anda padam sajalah. Tidak perlu disimpan apatah lagi menjadi bahan tontonan umum.
Anak-anak mangsa masih bersedih melihat gambar ibu mereka dalam keadaan sedemikian sudah pasti akan menambah lagi rasa sedih mereka dan aib mangsa juga terdedah.
Dalam laporan akhbar Harian Metro juga memetik pendakwah bebas, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz berkata, penyebaran bahan seumpama itu boleh membangkitkan kegelisahan dan juga krisis dalam kalangan orang ramai.
Beliau berkata, dari sudut pandangan Islam, manusia seharusnya bersimpati dengan nasib menimpa mangsa dan mengelak daripada menyebarkan perkara yang mengguris perasaan orang lain.
“Sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri menuntut kita supaya menutup aib sesama kita, jadi apa hak kita untuk menyebarkan bahan seumpama itu yang terang-terangan menyinggung perasaan keluarga mangsa,” katanya dalam akhbar tersebut
Beliau menasihatkan juga, sekiranya masyarakat merasakan perlu untuk menyebarkan sesuatu atas nama memberikan iktibar, wajib baginya memastikan perkara yang ingin disampaikan itu tidak mengaibkan seseorang.
Katanya, jika seseorang berniat menyebarkan sesuatu atas nama `iktibar', seeloknya ia dilakukan menerusi kuliah dan ceramah agama, bukannya berkongsi gambar dan juga rakaman video di laman sosial.
- Yahoo News

Sunday, June 9, 2013

Dua individu hina Nabi dikenal pasti


Chukai: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW melalui laman sosial Facebook dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat. 

"Saya ingin mengingatkan setiap pengguna internet di negara ini bahawa mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang, walaupun perlakuan atau penyataan mereka di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu adalah atas dasar peribadi kerana ia boleh mencetus provokasi di negara ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan jamuan rakyat di FELDA Neram Satu, dekat sini,   semalam. 


Shabery berkata, kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong. 

Kelmarin, dua akaun Facebook menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' dilaporkan mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina nabi. 

Ditanya kemungkinan Malaysia menyekat akses media sosial seperti Facebook, Ahmad Shabery berkata langkah itu tidak perlu buat masa ini kerana medium berkenaan mempunyai kebaikan yang dapat dimanfaatkan banyak pihak. 

“Kita tidak akan mengharamkannya hanya kerana tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab... cuma rakyat perlu tahu pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka menyalahgunakan penggunaan laman media sosial,” katanya.

-Berita Harian

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...