nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label UM. Show all posts
Showing posts with label UM. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Biodata Presiden Peguam Muslim Malaysia- Musa Bin Awang


Biodata Presiden Peguan Muslim Malaysia (PGSM) Saudara Musa Bin Awang yang merupakan rakan sekolah admin SMA Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk.

Kelahiran Kuala Terengganu. Pendidikan awal rendah di Sekolah Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu. Pendidikan menengah dia SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu (1-3) dan SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok Kuala Terengganu (4-6). 1994-1998 - Ijazah pertama Sarjana Muda Syariah (Kepujian) Universiti Malaya Kuala Lumpur, pengkhususan dalam bidang undang-undang Syariah. 1999 - Diploma Lanjutan Syariah & Amalan Guaman (DSLP) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak Selangor. Sekarang mengikuti ijazah kedua (2nd degree) Sarjana Muda Pengajian Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beramal sebagai Peguam Syarie sejak 1998 sehingga sekarang. Sebagai Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Juga diiktiraf sebagai Mediator Bertauliah oleh Accord Group Australia. Untuk berhubung sila telefon SEKRETARIAT PGSM : 03-62057000 Sambungan 184. E-mail : maa46050@yahoo.com

Anda boleh mengikuti tulisan beliau di akhbar atau blog beliau :

http://musaawang.blogspot.com

Sunday, April 28, 2013

PRU 13: Najib tak setuju keputusan tinjauan Umcedel







0
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak bersetuju dengan tinjauan oleh satu jabatan dalam Universiti Malaya yang menyebut beliau berada empat mata di belakang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya tidak bersetuju dengan tinjauan itu, kami ada tinjauan sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami mendahului,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai satu jamuan bersama 1,000 penduduk di Rawang, Selangor.

Beliau merujuk kepada tinjauan pusat demokrasi dan pilihan raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menyebut 43 peratus responden percaya Anwar layak menjadi perdana menteri, berbanding 39 peratus lagi yang berpendapat Najib lebih layak menjadi PM.
Beberapa orang tokoh akademik juga mempersoalkan keputusan tinjauan berkenaan dengan dakwaan bahawa saiz sampel 1,407 adalah terlalu kecil dan juga kemungkinan keputusan tinjauan itu dimanipulasi Pakatan Rakyat.
Najib pula berkata beliau yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga di parlimen sekiranya parti itu tidak mengalami sabotaj dalaman.

Malaysiakini

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...