nuffnang adv
lazada adv
Sunday, January 5, 2014
kertas kerja perniagaan: contoh dan panduan
Hari ini blogger ingin berkongsi laman yang menyediakan contoh kertas kerja sebagai panduan terutama yang ingin memulakan perniagaan serta baru ingin memohon dan sebagainya. Ianya nampak macam mudah, tetapi bila dah buat separuh jalan, akan terjumpa jalan buntu.
Oleh itu jangan susah hati, disini ingin dikongsikan laman yang menyediakan contoh kertas kerja, semoga ia dapat membantu anda. Terima kasih tuan punya blog : http://jutawan-kini.blogspot.com
Semoga anda semua dapat menjadikannya sebagai rujukan untuk memulakan kertas kerja. Kebanyakan RP ini turut dijual di internet dengan harga RM15-RM30 setiap satu. Dan diharap melalui perkongsian percuma saya ini, tetap membuat anda lebih bersemangat untuk memulakan Kertas Kerja perniagaan anda. Sila muat-turun melalui pautan-pautan di bawah.
1. Kertas Kerja Telekomunikasi
2. Kertas Kerja Salon Kecantikan
3. Kertas Kerja Catering
4. Kertas Kerja Restoran
5. Kertas Kerja Lembu
6. Kertas Kerja Percetakan
7. Kertas Kerja Koperasi
8. Kertas Kerja Kambing
9. Kertas Kerja Burung Puyuh
10. Kertas Kerja Cendawan
11. Kertas Kerja Ladang Sayuran
12. Kertas Kerja Frozen Food
13. Kertas Kerja Makanan Ringan
14. Kertas Kerja Dobi
15. Kertas Kerja Buah Naga
16. Kertas Kerja Ikan Keli
17. Kertas Kerja Jahitan
18. Kertas Kerja Bakeri
19. Kertas Kerja Cybercafe
20. Kertas Kerja Cacing
FYI, saya baru hadiri kursus usahawan anjuran INSKEN 2 bulan yang lalu, mengikut statistik SME Bank, kebanyakan peminjam yang bankrup atau tidak membayar balik pinjaman adalah dari perniagaan Restoran dan Cybercafe. Jika anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah ajukan melalui ruangan komen dibawah dan jangan lupa like yer. Kongsi dengan yang lain. Insyallah banyak lagi yang saya akan kongsikan dengan anda semua.
Friday, January 3, 2014
Rumah Unik KaumKorowai di Papua New Guinea
Jauh di pendalaman Papua New Guinea, terdapat sekumpulan puak orang asli yang memiliki kediaman paling mengayatkan di dunia. Puak yang dikenalpasti sebagai Puak Korowai ini masih lagi mengamalkan corak hidup terpencil dan daif. Untuk ketemukan puak ini, akses utama adalah hutan belantara dan sungai-sungai yang jarang diteroka.
Manusia moden pertama yang merekodkan pertemuan dengan puak ini adalah sekumpulan mubaligh berbangsa Belanda sekitar tahun 1974.
Kediaman Puak Korowai yang tinggi sehingga ada yang mencapai ketinggian 35 meter daripada tanah ini cukup menggagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Alasan utama mereka sanggup mendirikan rumah yang tinggi adalah untuk mengelakkan puak mereka daripada ancaman binatang buas dan nyamuk.
sumber: http://takusahrisau.wordpress.com
Misteri Timbunan Rangka Manusia di Tasik Roopkund di Banjaran Himalaya..
Tasik Roopkund di Chamoli District, Uttarakhand, India adalah tasik glasier yang terkenal dengan timbunan lima ratus rangka manusia di sekelilingnya. Tasik ini sering dilaputi salji dan glasier namun apabila tiba musim panas, salji dan glasier yang mencair menampakkan timbunan tengkorak di gigi tasik dan sekelilingnya.
Lokasi di mana tasik ini berada langsung tidak berpenghuni kerana pelbagai faktor terutama ketinggian altitudnya yang mencecah 5,029 meter atau 16,499 kaki. Di kaki gunungnya, terdapat beberapa kampung kecil.
Keberadaan rangka dan tulang manusia yang sebegitu banyak membingungkan ramai saintis. Pertama kali ia ditemui adalah pada tahun 1942 oleh tentera British. Mereka terkejut dengan keadaan yang menyeramkan dan serta-merta menyangka ia adalah tulang dan rangka tentera Jepun. Telahan itu ternyata tidak tepat kerana selepas siasatan dan kajian, tulang tersebut bukan milik tentera Jepun kerana kesemua tulang telah dimakan usia.
Kebanyakan kulit, tulang dan tengkorak tidak mereput kerana faktor cuaca namun berdekad lamanya, saintis masih gagal memecahkan tembok persoalan. Pelbagai teori dikemukakan antaranya adalah kematian mereka disebabkan upacara bunuh diri. Terdapat juga teori yang menghujah bahawa kematian mereka disebabkan pembersihan etnik. Walaubagaimanapun, teori paling masuk akal adalah akibat tertimbus oleh tanah runtuh.
Akhirnya terungkai
Ekspedisi para saintis pada tahun 2004 telah berjaya merungkai misteri kematian mereka di tasik Roopkund. Saintis menganalisi hampir kesemua mayat dan rangka yang terdapat di situ.
Hasilnya, mereka berjaya mencipta kesimpulan yang agak sukar diterima akal. Para saintis tersebut mendakwa bahawa mereka yang maut di tasik Roopkund terbahagi kepada dua puak yang berbeza melalui ciri-ciri fizikal dan DNA mereka.
Puak pertama adalah mereka yang berfizikal seakan-akan sama iaitu kemungkinan mereka sanak-saudara atau daripada puak yang sama.
Manakala puak yang satu lagi terdiri daripada mereka yang berbadan kecil seperti masyarakat tempatan. Kemungkinan mereka diambil bekerja untuk mengangkut barang dan penunjuk jalan kepada puak yang satu lagi.
Walaubagaimanapun, mereka maut dengan cara yang sama selepas hasil analisa menunjukkan tengkorak dan bahu mereka retak teruk. Keretakan tengkorak mereka bukan disebabkan hentam benda tajam namun akibat hentam sesuatu yang berbentuk bulat.
Selepas membuat kajian yang cukup teliti, saintis menyatakan kematian mereka disebabkan oleh hentaman salji yang masing-masing berukuran sebiji bola besbol. Salji tersebut memiliki kekerasan yang cukup untuk memecahkan cermin kereta. Mereka terperangkap di lembah sunyi tersebut dan tidak mempunyai pokok mahupun bangunan untuk berlindung.
Pentarikhan karbon turut dibuat. Apa yang mengejutkan adalah usia mereka adalah dalam lingkungan 850 selepas masihi. Ini bermakna mereka bersemadi tanpa diketahui oleh mana-mana manusia mahupun haiwan selama lebih 10 abad.!
sumber: http://takusahrisau.wordpress.com
Misteri: Alat Sulit Grigori Rasputin Yang Terpanjang di Dunia Sepanjang Zaman..
Mistik kehidupan ‘ahli sihir’ Czar Russia, Czar Nicholas II iaitu Grigori Rasputin bukan sahaja berkisar tentang kehidupan dan saat kematiannya yang liat, namun ia turut mengaitkannya dengan organ kemaluannya. Menurut beberapa pendapat, anggota kemaluan Rasputin dikatakan adalah paling panjang pada zamannya. Dianggarkan bahawa ia berukuran lebih daripada 13 inci panjang.
Terdapat dua versi bagaimana anggota sulit Rasputin ini berjaya ‘diselamatkan’. Kisah pertama menceritakan bagaimana seorang wanita berjaya menyimpan anggota sulit Rasputin selepas pembunuh-pembunuh beliau bertindak memotong anggota sulitnya. Pada mulanya, wanita tersebut hanya datang untuk mencuci kawasan yang menjadi lokasi pembunuhan Rasputin.
Kisah kedua pula mempunyai versi yang lebih dipercayai. Selepas Rasputin dibunuh, seorang kawan kepada isterinya menyimpan anggota sulit Rasputin sebagai tanda kenang-kenangan. Namun, entah bagaimana, pada 1920-an anggota sulitnya sampai di Paris dan menjadi alat sembahan kepada mereka yang ingin ‘kesuburan batin’. Anak perempuan Rasputin, Marie Rasputin merayu untuk mengembalikan anggota sulit bapanya kepada keluarganya. Ia kekal berada di tangan Marie Rasputin sehingga kematiannya pada 1977 di California.
Pada 1994, anggota kemaluan Rasputin kembali timbul. Seorang lelaki daripada California, Amerika Syarikat telah berjaya membeli daripada seorang doktor yang bernama Dr. Ripple. Selepas itu, kisah tersebut kelihatan kabur.
10 tahun kemudian,Igor Knyazkin iaitu pengarah Russian Museum of Erotica di St. Petersburg telah mendakwa memiliki alat sulit Grigori Rasputin yang berukuran 11 inci panjang. Walaubagaimanapun, ia adalah bertentangan dengan apa yang didakwa oleh Marie Rasputin yang mana beliau mendakwa memiliki alat sulit Rasputin yang berukuran 13 inci panjang.
Terdapat beberapa pihak mendakwa, alat sulit Rasputin yang dipamerkan di muzium tersebut adalah milik seekor kuda atau spesies bovine.
Thursday, January 2, 2014
Misteri Mumia dijumpai di China.. Dipercayai berusia 300 tahun..
Tiga mumia telah dijumpai oleh arkeologi China di kawasan pembinaan di Xiangcheng, Henan Province, tengah China. Ia digali keluar daripada lubang sedalam 2 meter pada 10 Oktober. Ketika dijumpai, mumia tersebut masih dalam keadaan baik namun selang sejam terdedah kepada cuaca, dua mumia tersebut beransur-ansur mengering dan menampakkan tulang serta mengeluarkan bau kurang enak. Manakala satu mumia yang lain berubah kulitnya kepada hitam. Beberapa pemeriksaan pakar menunjukkan petanda bahawa mumia-mumia ini berusia 300 tahun dan kemungkinan besar sezaman dengan pemerintahan Dinasti Qing(1644-1912).
Berdasarkan kepada pakaian mewah mumia tersebut, besar kemungkinan mumia tersebut adalah salah seorang pegawai kerajaan Dinasti Qing. Pakar daripada Amerika Syarikat, Lucas Nickel memberitahu bahawa pengawetan mumia di China bukan secara buatan manusia tetapi lebih menjurus kepada keadaan mumia tersebut ditanam. Dengan kata yang lain, ia disebabkan oleh bagaimana mumia tersebut dan kawasan mana ia dikebumikan. Dalam kes mumia ini, ia didakwa berlaku pengawetan kepada udara dan kelembapan tidak mampu untuk memasuki keranda tebal yang ditutupi dengan arang batu.
Dakwaan daripada Prof Dong daripada China mengesyaki keluarga mumia ini memasukkan sejenis bahan pengawet ke dalam badan mumia tersebut dan bilamana ia terdedah kepada udara, jasad mumia tersebut akan mula merosak dan hilang daya pengawetan.
Walaubagaimanapun, keadaan mumia ini sememangnya misteri. Pakaian dan keseluruhan yang berkaitan dengan mumia ini tidak terjejas walau sedikit. Pakaiannya kelihatan seperti baru dikebumikan sebulan. Tiada kesan koyak, Kasut yang dipakainya semasa dikebumikan masih elok dan tidak terjejas.
sumber: http://takusahrisau.wordpress.com
Ayatullah Khomeini.. pengakhiran hidupnya yang menyedihkan
Imam Khomeini atau nama sebenar beliau Ruhollah Musavi Khomeini adalah tokoh paling menonjol ketika kemuncak Revolusi Islam Iran pada 1979. Beliau yang dilahirkan pada 24 September 1902 adalah ulama Syiah yang menceburkan diri secara mutlak dalam dunia politik. Masyarakat Iran Syiah amat mengagumi ilmu agamanya dan karisma beliau dalam bidang politik. Kata-katanya ibarat semburan mutiara, pasti ramai akan mengutipnya untuk dijadikan ‘perhiasan’ diri.
Di kalangan masyarakat Iran Syiah, mereka mengagumi tokoh Iran ini melebihi had yang sepatutnya. Mereka memujanya sehingga meletakkan Imam Khomeini sebagai Imam Mahdi, iaitu individu yang dikatakan bakal membawa umat Islam melawan golongan kufar pada akhir zaman. Peristiwa pada tahun 1978 iaitu setahun sebelum revolusi Islam Iran 1979 turut menyaksikan bagaimana golongan yang memujanya mendakwa pernah melihat wajahnya di bulan. Pada masa itu, Imam Khomeini masih lagi berada dalam buangan di Perancis. Ramai penyokong ulama syiah ini mengaitkan peristiwa tersebut sebagai salah satu karamah Imam Khomeini!.
Begitulah hebatnya penangan Imam Khomeini semasa hayatnya.
Namun bagaimana pula ketika di akhir hayatnya?
Peristiwa di akhir hayat Imam Khomeini menyaksikan satu insiden yang cukup janggal bagi seorang ulama agung. Jasad Imam Khomeini yang kaku tidak bernyawa telah diusik dan kain kapan beliau dicarik-rabakkan oleh jutaan masyarakat yang begitu memujanya. Tegas mereka, kain kapan Imam Khomeini boleh memberi keberkatan kepada kehidupan mereka.
Dek kerana mengharapkan keberkatan daripada secebis kain kapan, penyokong dan pendokong Imam Khomeini sanggup memusnahkan keranda dan mengoyak kain kapan sehingga mendedahkan aurat beliau yang selama ini ditutup dan dijaga beliau. Gambar tersebut berjaya dirakam oleh ramai wartawan dan journalis di seluruh dunia sehingga ia menjadi bualan hangat di kalangan media ketika itu.
Di kalangan penganut Ahli Sunnah wal Jamaah, mereka mendakwa ia adalah penghinaan Allah swt kepada mereka yang menolak dan mengeji para sahabat Nabi saw. Ini bertepatan dengan beberapa dakwaan yang mengatakan Imam Khomeini mempersetujui secebis doa yang dikenali Doa Sanamai al-Quraisyin. Doa ini adalah doa yang mengutuk dua berhala Quraisy yang didakwa adalah dua sahabat besar Rasulullah saw, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Selain itu, isi kandungan doa ini turut mengutuk Saiditina Aisyah, Saiditina Hafshah dan beberapa sahabat yang difitnah menyokong dua sahabat besar Rasulullah saw.
Adakah ia isyarat kepada kita bahawa pegangan Syiah adalah sesat? Hanya Allah swt Maha Mengetahui.
Imam Khomeini meninggaal dunia pada 3 Jun 1989 di usia yang cukup lanjut iaitu 87 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu, Khadijah Saqafi dan lima orang anak. Khadijah Saqafi kemudian menyusuli pemergian suaminya pada tahun 2009 di usia 93 tahun. Sepertimana suaminya, ratusan ribu manusia menghadiri pengebumian Khadijah Saqafi termasuk Presiden Mahmoud Ahmadinejad dan Pemimpin Agung Iran, Ali Khomeini.
sumber: http://takusahrisau.wordpress.com
Subscribe to:
Posts (Atom)