Ganjaran Buat Orang Soleh
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud," Allah berfirman: " Aku menyiapkan untuk hamba-hamba Ku yang soleh, sesuatu yang tidak pernah di.lihat oleh mata, didengari oleh telinga dan tidak terlintas di hati manusia"
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Besar sungguh ganjaran Allah swt nantikan untuk hamba-hambanya yang soleh. Sampai tidak mampu untuk kita imaginasikan. Sesungguh janji Allah dan pesanan Rasulullah saw itu benar.
Tugas kita adalah mencari jalan kerangka yang menentukan apakah ISO untuk menjadi hamba yang soleh. APakah tindakan 5S yang perlu dilakukan untuk mencapai standard Hamba Soleh.
Hamba Soleh adalah adalah hamba yang taat pada perintah Allah dan Rasul dengan taqwa yang tinggi dan penuh keikhlasan.
Nampak mudah dan senang disebut, nak kata susah sangat tidaklah jugak.. apa yang penting usaha dan tawakal kita mencari standard dan praktis untuk menjadi Hamba Soleh..