 |
Begitu teruja sekali apabila berada di sini, melihat binaan yang hebat dan bersejarah |
Pengalaman mengunjungi Roman Teater dan bandar sejarah di Amman amat mengujakan. Kesan tinggalan sejarah yang berabad masih jelas.
 |
Maklumat menunjukkan ia dibina pada zaman Antonius Pius seratus tahun selepas masihi |
 |
Struktur binaannya masih utuh dan teguh, bagaimana teknologi buatan pada masa itu? |
keadaan Roman Teater yang begitu gah sejak awal Masihi masih utuh binaannya dan jika di teliti secara teliti, ia suatu teknologi binaan yang hebat dan canggih untuk kita buat renungan.
 |
Dulu ia adalah umpama stadium yang penuh dengan lautan manusia |
Dengan tiang yang begitu besar, binaan yang kemas dan teratut serta apa yang paling menabjukkan adalah sistem bunyi secara simetri yang memberi gema kepada seluruh kawasan.
 |
Bagaikan kembali ke zaman sejarah awal masihi |
Kita bagaikan dibawa kembali merasai suasana zaman lama berabad bila berada di tengah-tengah teater. Tidak dapat dibayangkan bagaimana rasanya apabila berdiri ditengah-tengah binaan dengan sorakan manusia yang begitu ghairah untuk menyaksikan pertarungan manusia dengan manusia mahupun pertarungan manusia dengan haiwan dan bermacam-macam lagi hiburan yang wujud pada zaman tersebut.
Sejarah adalah pengalaman yang perlu kita ambil pengajaran dan renungan untuk membentuk peradaban pada masa depan.
No comments:
Post a Comment