Pemandangan Masjidil Haram dari Bukit Jiyat yang sungguh indah |
Pengalaman beribadat di hadapan Kaabah suatu yang sukar dilupakan dan akan dirindui selalu |
Setiap kali melihat rancangan Khabar Haji di Astro dan laporan dari Tanah Suci jelas terbayang pengalaman semasa mengerjakan umrah di sana baru-baru ini.
Tarikan Kaabah bagaikan magnet untuk kita beribadat dan sentiasa bersamanya, sedih apabila meninggalkannya |
Setiap laporan yang dipaparkan jelas mengembalikan pengalaman dan kenangan di sana. Sekurang-kurang ia menjadi bekalan dalam persediaan mengerjakan haji di suatu hari nanti.
Begitu banyak sekali pengajaran dan iktibar hasil kunjungan di sana. Antaranya dalam menghayati pengertian hadis, fadhilat dan ganjaran sebagaimana hadis-hadis yang telah diriwayatkan. Bila di sana kita merasa bahawa setiap hadis yang disabda oleh baginda Rasulullah saw begitu jelas dan begitu dicari serta difahami dengan sejelasnya. Sebagaimana contoh maksud hadis nabi berkenaan Raudhah, fadhilat solat sunat, fadhilat melihat kaabah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment