nuffnang adv

lazada adv

Showing posts with label amman. Show all posts
Showing posts with label amman. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Doktor tertinggal telefon bimbit dalam perut pesakit ketika pembedahan

Image result for phone


KUALA LUMPUR: Seorang pakar sakit puan di Jordan didakwa tertinggal telefon bimbitnya dalam abdomen pesakit semasa pembedahan Caesarean bulan lepas.

Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Amman untuk pembedahan Caesarean pada 24 April, laporGulf News.

Difahamkan, atas kecuaian pakar perubatan, telefon bimbit milik doktor berkenaan dijahit bersama semasa membantu pesakit itu melahirkan anak.

Menurut ibu pesakit, Majeda Abdul Hamid, 36, selepas Hanan melahirkan seorang bayi lelaki seberat 4.8 kilogram, dia telah dibawa pulang ke rumah atas kebenaran pakar perubatan.

Tetapi, keadaan menjadi teruk apabila Hanan berada dalam kesakitan setiap hari. 

“Anak saya mengalami kesakitan perut yang teruk sehingga dia tidak dapat bergerak.

Saya bergesas kembali ke hospital itu bersama Hanan tetapi mereka memberitahu tidak ada sebarang komplikasi dalam perutnya,” kata Majeda. 

Hanan kemudian dibawa ke hospital awam Al Bashir dan pakar perubatan di hospital itu mendedahkan imej objek asing di dalam perutnya semasa pemeriksaan X-ray sebelum dibedah keluar dari perut pesakit.

Kes ini hangat diperkatakan sehingga dibicarakan di Parlimen Jordan, dan seorang ahli parlimen Salim Al Bataynah menggesa Menteri Kesihatan Jordan untuk meletakkan jawatan berikutan skandal yang memalukan ini.

"Parlimen perlu menunjukkan tanggungjawab atas kes ini,” kata Salim.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Jordan, Hatem Al Azrae pula berkata, tuduhan ini ‘tidak berasas dan palsu’, namun menyatakan pihak Kementerian akan menyiasat kes ini.


#@Astro Awani

Monday, October 10, 2011

catatan umrah- di Amman Jordan- Roman Teater

Begitu teruja sekali apabila berada di sini, melihat binaan yang hebat dan bersejarah
Pengalaman mengunjungi Roman Teater dan bandar sejarah di Amman amat mengujakan. Kesan tinggalan sejarah yang berabad masih jelas.
Maklumat menunjukkan ia dibina pada zaman Antonius Pius seratus tahun selepas masihi

Struktur binaannya masih utuh dan teguh, bagaimana teknologi buatan pada masa itu?

keadaan Roman Teater yang begitu gah sejak awal Masihi masih utuh binaannya dan jika di teliti secara teliti, ia suatu teknologi binaan yang hebat dan canggih untuk kita buat renungan.
Dulu ia adalah umpama stadium yang penuh dengan lautan manusia

Dengan tiang yang begitu besar, binaan yang kemas dan teratut serta apa yang paling menabjukkan adalah sistem bunyi secara simetri yang memberi gema kepada seluruh kawasan.
Bagaikan kembali ke zaman sejarah awal masihi

Kita bagaikan dibawa kembali merasai suasana zaman lama berabad bila berada di tengah-tengah teater. Tidak dapat dibayangkan bagaimana rasanya apabila berdiri ditengah-tengah binaan dengan sorakan manusia yang begitu ghairah untuk menyaksikan pertarungan manusia dengan manusia mahupun pertarungan manusia dengan haiwan dan bermacam-macam lagi hiburan yang wujud pada zaman tersebut.

Sejarah adalah pengalaman yang perlu kita ambil pengajaran dan renungan untuk membentuk peradaban pada masa depan.

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...