nuffnang adv

lazada adv

Friday, August 5, 2011

Di antara Bani Israel dan Yahudi

Kali ini blogger ingin berkongsi info dan maklumat berkenaan Bani Israel dan Yahudi agar kita lebih mengenali perbezaan di antara keduanya.

Bangsa Israel dan Yahudi adalah berbeza. Israel adalah nama lain bagi Nabi Yaacob. Jadi keseluruhan keturunan Nabi Yaacob digelar Bani Israel. Makna 'Israel' dalam bahasa Ibrani bermaksud ' Hamba Allah' atau 'Tentera Allah'.

Yahudi pula adalah gelaran yang diberikan Allah swt kepada orang-orang kafi Bani Israel yang memusuhi Rasulullah saw. Bangsa Yahudi sememangnya mahu dikenali sebagai bani Israel bagi membersihkan imej dan sejarah kekufuran mereka. Hakikatnya, mereka hanya sekumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan mengamalkan peradaban dan budaya Bani Israel.

Dari keturunan Nabi Ishak as inilah lahirnya keturunan Bani Israel. Di mana ia bermula dari keturunan Nabi Yaacob dan anak-anaknya seramai 12 orang iaitu: Rawbin, Syanum, Levi, Yahuda, Yasakir, Zabulon, Nabi Yusof as, Bunyamin, Daan, Naftali, Jad dan Asin.

Manakala dari keturunan Nabi Ismail as lahir keturunan arab sehingga kepada Nabi Muhammad saw.

Dari keturunan Nabi Yaacob as jugalah lahirnya nabi-nabi dan rasul antaranya Nabi Yusuf as, Nabi Musa as, Nabi Harun as, Nabi Ilyas as, Nabi Ilyasa' as, Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Yunus as dan Nabi Isa as.

Kelahiran rasul yang ramai dari keturunan bani Israel menyebabkan bangsa ini merasakan mereka adalah bangsa yang istimewa di sisi Tuhan. Oleh yang demikian mereka tidak dapat menerima kerasulan Nabi Muhammad saw sebagai nabi terakhir dan penutup segala nabi dan rasul kerana mengharapkan nabi yang terakhir juga dari kalangan mereka.

Apabila mereka merasakan bangsa mereka istimewa mula timbul rasa bongkak dan angkuh menyebabkan mereka merasakan bangsa lain adalah hina dan 'goyim' yang bermaksud lembu. Apa yang mereka percaya adalah akan muncul seorang yang digambarkan 'messiah' dari keturunan Nabi Daud as yang dikatakan akan menjadi Raja Bangsa Yahudi dan akan muncul di Baitul Maqdis, Palestin.

(di susun dari:Travelog Misteri Israek Kuasai dunia oleh Mohd Nadzri Kamsin terbitan Hijjaz Records publising- www.lamanpenerbithrp.blogspot.com)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Boleh dapatkan buku kedua saya yang baru dipasarkan bertajuk, "Misteri Ya'juj Ma'juj: Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran Dunia" di kedai buku MPH atau beli online:

    http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675391316

    ReplyDelete

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...