nuffnang adv

lazada adv

Sunday, July 31, 2011

Perginya Mohd Ashraf Bin Abdul Aziz @ Aleesha Farhana, AL Fatihah

Mohd Ashraf Bin Abdul Aziz, 26 tahun yang telah mencetuskan kontroversi dengan permohonan menukar status jantina kepada wanita dengan nama Aleesha Farhana telah meninggal dunia pada 30 Julai 2011 di wad ICU, Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu jam 5.00 pagi tadi akibat komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.

Ia dikatakan berpunca daripada tekanan perasaan yang melampau dan jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seberang Takir di sini.

Pemergian Allahyarham telah meninggalkan kesan yang besar kepada masyarakat khususnya masyarakat Islam seluruh negara. Isu permohonan pertukaran jantina telah mencetuskan polemik dan pelbagai tanggapan serta cabaran dalam undang-undang samada sivil mahupun syariah. Isu ini apabila dirujuk kepada pakar syariah jelas menunjukkan ianya haram menukar jantina.

Ia juga perlu dijadikan tauladan dan panduan terutama bagi rakan-rakan yang mempunyai hasrat dan masalah yang sama dengan Mohd Ashraf agar dapat memperbetulkan kembali pendirian dan kembali merujuk isu dan masalah mereka kepada syariah.

Bagi pandangan blogger, apa yang perlu diambil iktibar dalam isu ini adalah, sebelum tindakan di ambil untuk menukar jantina atau seumpamanya, perlulah diminta pandangan pakar syariah dan agama, selain mendapat pandangan pakar kesihatan dan undang-undang.

Perlu diingat, kesan kes sebegini amat besar kepada masyarakat kerana ianya melibatkan hubungan dan muamalat sesama manusia, hukum ibadat, wasiat, pusaka, pengurusan jenazah, ibadat solat dan sebagainya. Ini kerana permasalahan dan penyelesaiannya dalam urusan jantina dalam agama ada perbezaan dan penyelesaiannya tersendiri. Malah ia juga melibatkan hubungan persaudaraan, susuan dan juga maham.

Perkara sebegini perlu dilihat dalam jajaran yang lebih luas dan jauh kerana ia memberi implikasi dan kesan yang besar dalam masyarakat.

Apapun blogger mendoakan agar roh Mohd Asharaf sentiasa dirahmati Allah dan mendapat keampunanNya , Al Fatihah

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...