![]() |
Tentu ramai yang tak kenal buah ini, inilah buah kelubi yang selalu dibuat jeruk |
kali ini blogger ingin berkongsi gambar-gambar menarik semasa MAHA 2010 di Serdang tempohari. Sebenarnya sudah lama ianya ingin di'upload', tetapi keterbatasan ruang dan kesempatan menyebabkan ia sedikit lambat untuk dipaparkan di sini.
![]() |
Buah nangka madu yang mendapat permintaan baik untuk pasaran eksport di Dubai |
Sebenarnya pameran MAHA ini banyak sekali mendedahkan kita tentang peluang-peluang samada kerjaya, usahawan tani, bisnes berkaitan pertanian, teknologi terkini dalam pertanian, perikanan, ternakan dan macam-macam lagi yang berkaitan.
![]() |
Rock melon yang kini mendapat tempat untuk pasaran eksport |
Sambutan MAHA 2010 amatlah diluar dugaan sama sekali. Blogger hanya dapat masuk sepuas hati hanya dua hari. Hari lain banyak terbuang masa dijalan masuk akibat kesesakan luarbiasa.
![]() |
berbudi pada tanah hasilnya lumayan |
Sepanjang pemerhatian di pameran MAHA ini, banyak sekali peluang perniagaan berasaskan asas tani boleh diterokai dengan lebih luas lagi. apa yang mengagumkan adalah produk-produk usahawan yang kini tampil dengan lebih baik, segar dan menarik dan amat berpotensi untuk dilebarkan sayapnya hingga keluar negara.
![]() |
ubi kayu yang berkualiti dan cukup baja |
No comments:
Post a Comment