nuffnang adv

lazada adv

Sunday, August 21, 2011

Kelebihan Dan Keistimewaan Madinah Al Munawwarah

Di antara keistimewaan Madinah adalah ia memiliki Masjid Nabawi yang menjadi tempat wafat dan persemadian jasad Rasulullah saw. Ia juga menjadi destinasi hijrah Rasulullah saw yang menbjadi titik penting berkembangnya Islam serta permulaan kalendar Hijrah Islam.
Di antara kelebihan Kota Madinah adalah;
  • Rasulullah saw turut mendoakan keberkatan Madinah seperti Nabi ibrahim mendoakan keberkatan Makkah.
  • Amalan mereka yang melakukan maksiat di Madinah tidak akan diterima Allah swt pada hari kiamat.
  • Rasulullah saw memberi syafaat kepada sesiapa yang bersabar menanggung ujian di Madinah atau meninggal dunia di sana.
  • Dajjal tidal boleh memasuki Madinah
  • Terpelihara daripada wabak taun
  • Mendapat 1000 kali ganda pahala  jika melakukan solat di Masjid Nabawi
Kota Madinah ini terletak ditengah-tengah lembah yang subur. Cuacanya adalah ekstrem di mana kalau panas ia amat panas dan kalau sejuk ia amat sejuk. 
Jarak di antara Kota Madinah dan Makkah adalah430 kilometer dan dari Jeddah sejauh 400 kilometer.

Masjid nabawi pula telah dibina oleh Rasulullah pada tahun pertama Hijrah. Tapak asal masjid ini adalah kepunyaan anak yatim dan kemudiannya telah dibeli oleh Rasulullah saw. Dan ianya telah berkembang dengan pesat dan besar sebagaimana sekarang yang begitu indah.

* disusun dari- Travelog Misteri Israel Kuasai dunia- Mohd nadzri Kamsin 

3 comments:

  1. Mama dah masukkan awak dalam bloglist raya mama..
    Dah masukkan mama blom?
    Ni link mama:
    http://sumimie-miau-miau.blogspot.com/2011/08/jom-join-bloglist-aidilfitri-ben.html

    ReplyDelete
  2. blog mama sudah di listkan dalam blogger aidil fitri

    ReplyDelete
  3. Boleh dapatkan buku kedua saya bertajuk 'Misteri Ya'juj Ma'juj: Bangsa Eropah dan Rahsia di Sebalik Kehancuran dunia di kedai buku MPH berhampiran atau beli online di:

    http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789675391316

    ReplyDelete

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...