KUALA LUMPUR 28 Mei - Pelakon, Shahz Jaszle, 25, yang baru-baru ini ditangkap khalwat enggan mengulas panjang berhubung kes itu kerana tidak mahu mengganggu proses mahkamah.
Namun katanya, dia merasakan kes khalwat itu seperti sesuatu yang dirancang.
Diam bukan kerana saya mengaku bersalah, sebaliknya perkara ini seperti satu perangkap yang dilakukan untuk menganiaya saya.
Kedua-dua belah keluarga menerima penjelasan yang diberikan dan mereka sebenarnya lebih mengenali siapa saya," katanya ketika ditemui di set penggambaran drama Iman Nabila di sini hari ini.
Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan bahawa Shahz Jaszle ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di Apartment Taman Sri Subang dekat sini pada 3.30 pagi 16 Mei lalu
Mengulas tentang hubungan dengan tunangnya, Redzwani Puteri, 25, jelasnya, mereka masih baik.
Tiada sebarang masalah, malah penjelasan sebenar tentang keadaan yang berlaku telah diberikan kepadanya.
Saya bersyukur kerana memiliki Redzwani sebagai tunang yang sangat matang dalam berfikir dan tidak membuat keputusan terburu-buru," ujarnya yang sudah merancang untuk bernikah sekitar hujung tahun ini.
-utusan Online
No comments:
Post a Comment