nuffnang adv

lazada adv

Sunday, February 28, 2010

Merancang Untuk Masa Depan... Unit Amanah

Unit amanah dapat membantu anda untuk kebebasan kewangan di masa hadapan

Kelebihan unit amanah:
  • Modal permulaan yang rendah- anda boleh memulakan pelaburan anda dengan minima RM1000 dan minima tambahan RM100

  • Kepelbagaian potfolio- unit amanah dapat membantu anda untuk melabur dalam pelbagai sektor dengan fleksibel serta menguruskan risiko secara minimum.

  • kecairan- unit amanah membenarkan anda untuk mengeluarkan wang pelaburan anda pada bila-bila masa. pelabur dapat kembali wang pelaburan dalam masa 6-10 haro bekerja. Bagi Ahli Mutual Gold dan Mutual Gold Elit, mereka akan menerima wang pengeluaran dalam masa 2 hari bekerja

  • Pengurusan Dana Yang Profesional- Unit amanah yang anda laburkan akan diuruskan oleh pengurus dana yang profesional dengan mengikut prinsip-prinsip serta strategi pelaburan yang ketat dan profesional.

  • Pendedahan Pelaburan- Dengan unit amanah anda dapat melebarkan pelaburan anda dalam negara atau antara bangsa dengan selamat serta dilaburkan dalam dana patuh Syariah (Islamic Fund)

  • Peraturan & Kawalan- Unit amanah adalah dibawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti bagi melindungi kepentingan setiap pelaburan anda dengan selamat.

PUBLIC MUTUAL menyediakan dana-dana berpotensi dengan pulangan melebihi 15-30% setahun* bagi perancangan kewangan anda.

Anda boleh memulakan pelaburan anda secara tunai mahupun melalui KWSP, biar kami uruskan pelaburan anda demi masa depan anda.

Maklumat lanjut hubungi Perunding Unit Amanah anda- Ahmad Sanusi 0199044003

*bergantung kepada prestasi dana, berdasarkan prestasi 2009

Saturday, February 13, 2010

Penulisan Wasiat

kenapa penulisan wasiat penting? " Seseorang muslim yang mempunyai harta untuk diwasiatkan, tidak seharusnya melepasi dua malam, tanpa Wasiat yang bertulis dengannya", (petikan daripada Al Bukhari)

Untuk makluman, sebanyak RM38 bilion harta orang Islam di Malaysia tersadai kerana gagal diuruskan ataupun mempunyai pelbagai masalah bersabit pusaka, wasiat, tuntutan harta sepencarian dan sebagainya. Ia boleh melemahkan ekonomi umat Islam sendiri. Islam telah menyediakan cara dalam menguruskan harta sebelum mati iaitu melalui penulisan wasiat. Bertulis itu itu lebih baik daripada pertuturan lisan kerana akan timbul bantahan .

Ingatlah semua, semasa kita masih hidup, semua dianggap bersaudara dan nampak bersepakat, tetapi apabila sampai masa untuk membahagikan harta pusaka, akan bermulalah bantahan dan tuntutan mengikut kehendak masing-masing. oleh itu kita hendaklah memastikan ianya diuruskan dengan baik dengan menulis wasiat, melantik wasi @ pentadbir dan disimpan ditempat yang sepatutnya.

Faedah mempunyai wasiat

  • peisytiharan 'harta sepencarian" (terhad maksimum 50%) daripada jumlah harta pusaka.
  • membolehkan wasiat 1/3 kepada waris bukan mengikut faraid seperti cucu, anak angkat, anak tiri, saudara-saudara yang tidak layak mewarisi harta, pertubuhan amal dan sebagainya.
  • dengan persetujuan semua waris, dapat memberi hadiah kepada waris tertentu menurut kehendak kita.
  • boleh melantik wasi atau pemegang manah pilihan untuk menguruskan harta dan melantikm penjaga bagi menjaga anak-anak kita yang dibawah umur atau anak-anak kurang upaya.
  • meminimumkan formaliti undang-undang dan belanja pentadbiran & pembahagian harta pusaka yang cekap selepas meninggal dunia.
  • boleh meninggalkan/ mengarahkan pesanan tertentu dan dikecualikan daripada menyediakan Bon Pentadbiran.

Dengan PB Trustee @ Public Mutual, anda boleh merancang pengurusan pusaka anda dengan lebih baik dan efisien. Perkhidmatan penulisan wasiat untuk anda dibuat dengan mengikut kehendak anda untuk diwasiatkan kepada orang tersayang dengan cara yang mudah dan efisien dalam jangka waktu yang paling singkat.

* Nikmati diskaun untuk yuran Penulisan Wasiat daripada PBTSB!. Pelabur Mutual Gold Public Mutual boleh menulis wasiat secara percuma*

* Nikmati perkhidmatan penyimpanan wasiat sepanjang hayat secara PERCUMA sekiranya anda melantik PBTSB menulis wasiat anda dan dilantik sebagai wasi tunggal!*

* tertakluk pada terma dan syarat

Maklumat lanjut boleh hubungi perunding anda AHMAD SANUSI - 0199044003

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...