Kathmandu: Wawancara seorang pendaki gunung Britain bersama Badan Penyiaran Britain (BBC) menerusi telefon pintarnya dari puncak Gunung Everest mencetuskan kontroversi apabila kerajaan Nepal mendakwa panggilan itu “haram”, kata pihak berkuasa semalam.
Pendaki gunung Britain, Daniel Hughes membuat wawancara video secara langsung kepada BBC menerusi telefon pintarnya dari puncak setinggi 8,848 meter itu pada pagi kelmarin.
“Ini adalah panggilan video secara langung pertama di dunia yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dari puncak dunia,” katanya sambil bernafas dengan sukar melalui topeng oksigen dan memakai hidung merah badut untuk kebajikan.
“Saya tidak mempunyai kamera bersama saya. Inilah saya dengan galah, telefon pintar HTC...dan sudah tentu hidung merah saya. Ini adalah detik yang membanggakan untuk berada di sini selepas dua tahun setengah,” katanya. Gunung itu mempunyai liputan telefon bimbit sejak beberapa tahun lalu.
Tetapi Setiausaha Bersama Kemeneterian Pelancongan Nepal, Purnachandra Bhattarai memberitahu media, Hughes telah melanggar undang-undang kerana tidak meminta izin kerajaannya untuk bersiaran. - AFP
No comments:
Post a Comment