nuffnang adv

lazada adv

Monday, May 20, 2013

Hanifa sekali lagi dilantik Exco selapas 31 tahun


Aslani M,21 Mei 2013

KOTA BHARU: Selepas 31 tahun Hanifa Ahmad kini kembali semula ke jawatan lamanya sebagai anggota Exco kerajaan negeri. Pada 1978-1982 beliau menerajui portfolio Perancangan Ekonomi dan Kewangan.

Ketika itu Kelantan ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) diketuai Tan Sri Mohamad Yaakob. Hanifa mewakili Berjasa ketika itu.

Biar pun kekal sebagai ahli PAS sejak 1964, Adun Pengkalan Pasir tersebut berada dalam kerajaan gabungan Berjasa-BN.

Dan hari ini beliau muncul semula sebagai anggota Exco dengan mempengerusikan Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat.

Beliau menang bagi penggal kedua di Dun Pengkalan Pasir dengan pertambahan majoriti kepada 4,715 berbanding 2,348 undi pada PRU 2008.

Sebelum terbabit sepenuh masa sebagai ahli politik beliau berkhidmat dengan kerajaan persekutuan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Temerloh, Pegawai Pembangunan di Negeri Sembilan dan Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri.

Lima tahun dalam perkhidmatan awam, selepas itu berjinak perniagaan sendiri. Pada 1991 dilantik pula sebagai Pengurus Besar Kelantan Baja Corporation, kemudian Pengurus Besar Damai dan jawatan akhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Ditanya perancangannya bagi mengemudikan masalah air dan infrastruktur yang menjadi hambatan di Kelantan, Hanifa berkata, usaha itu perlu mendapat sokongan semua pihak.

Katanya, pelan migrasi antara Air Kelantan Sdn Bhd dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dijangka memberi pulangan dalam bentuk bantuan kewangan.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...