Gandingan Neymar (kiri) dan Messi mungkin menjadi kenyataan andai Barca bersetuju membeli pemain itu, musim panas ini.



GABUNGAN Lionel Messi dan Neymar akan menjadi gandingan berbahaya buat pasukan lain sekiranya penyerang Santos itu menyarung jersi Barcelona.

Messi menjelaskan, sekiranya Barca dapat membawa pemain 20 tahun itu ke La Liga ia akan menjadi pembelian terhebat The Catalan.

“Saya tidak tahu adakah dia (Santos) akan mengikat kontrak dengan Barca. Kita perlu tunggu.

“Bagi saya dia pemain yang mempunyai kemampuan individu yang berbeza dan sudah jelas ini merupakan pembelian terhebat jika Neymar menyarung jersi Barca,” katanya.

-Sinar Harian