nuffnang adv

lazada adv

Wednesday, May 15, 2013

Kelantan Tumpu Bina Rumah Mampu Milik - MB



KOTA BARU: Kerajaan Kelantan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob.
Katanya Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dipertanggungjawabkan melaksanakan projek itu.
"Kita menjangka dapat menyelesaikan masalah rumah sebagaimana yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 PAS Kelantan baru-baru ini," katanya tanpa menjelaskan jumlah rumah yang diperlukan kerana ia bergantung kepada kajian yang akan dilakukan PKINK dan PMBK.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas pilihan raya umum ke-13 di Kota Darulnaim di sini, Rabu.
Tanpa menyebut keluasan tanah, Menteri Besar berkata kerajaan negeri telah menyediakan tapak untuk projek itu di seluruh negeri.
Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan negeri berkata kerajaan negeri juga sedang berusaha membina rumah kos rendah melalui usaha sama dengan pihak swasta. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...