nuffnang adv

lazada adv

Monday, July 23, 2012

Kota Pompei, kesan laknat Allah akibat maksiat yang terlampau



Mungkin ramai yang telah sedia maklum dengan kota bergelar Pompeii, salah sebuah kota tamadun Rom yang telah hilang ditelan bumi sedalam kira-kira 4 hingga 6 meter, ditimbuni abu dan batuan daripada letusan gunung berapi Vesuvius.


Pada tarikh 24 Ogos 79 AD, Gunung Vesuvius telah meletus, memuntahkan bertan-tan abu cair, batu gas batu apung dan belerang ke atmosfera. Sebuah “badai” stim beracun dan lahar panas melanda daerah sekitarnya, membunuh penduduk kota Rom Pompeii, dan kota-kota sekitarnya, Herculaneum dan Stabiae. Pada Bencana selama dua hari itu telah menenggelamkan kota ini selama 1,500 tahun sebelum ditemui semula pada tahun 1599.


Pompeii merupakan bandar terkaya zaman purba. Sumber pendapatan yang berlimpah ruah dan hidup mewah. Tidak seperti di bandar lain selama ini, sistem perpaipan sederhana dan keselesaan ada di mana-mana. Begitulah kehidupan bagi mereka yang tinggal di Pompeii, Itali pada bahagian akhir dari 70 AD. Bukan itu sahaja, kota ini juga disajikan dengan pornografi kuno dan pusat hiburan, rumah-rumah pelacuran untuk memenuhi setiap selera.

Pada hari tersebut, umpama hari-hari lain, mereka bangun untuk memulakan rutin mereka seharian, sambil menikmati makan tengahari seperti biasa. Tidak ada langsung tanda-tanda bahawa mereka akan dilanda bencana, apatah lagi dikejutkan dengan letusan gunung berapi.


Larva bergerak 10 mph dan letusan langsung berterusan selama 24 jam, menyebabkan penduduk Pompeii terperangkap dan tidak mampu berbuat apa-apa, sekalipun lari menyelamatkan diri.

Menurut Pliny, seorang saksi yang terselamat menceritakan, abu dan asap tebal, awan berwarna gelap pekat, menyelubungi bumi seumpama banjir. Mereka berusaha melarikan diri walaupun keadaan gelap tanpa cahaya. Keadaan ketika itu, sangat gelap, yang mana bukan gelap malam tanpa bulan, tetapi digambarkan seperti kegelapan di dalam bilik tertutup tanpa sebarang cahaya.

Teriakan perempuan boleh didengari di mana-mana, tangisan bayi, dan jeritan lelaki, ada yang memanggil-manggil ibu-bapa mereka, mencari anak dan isteri, masing-masing cuba mengecam mereka dengan hanya dengan suara.
Mereka meratapi kehilangan keluarga, dan tidak kurang juga memohon untuk mati pada ketika itu juga, kerana tidak sanggup berhadapan dengan bencana yang menimpa. Ada yang memohon pertolongan dewa, dan sesetengahnya sudah hilang kepercayaan kerana telah tenggelam dalam kegelapan yang dasyat.

Keadaan ketika itu, ketakutan, kesedihan dan apa sahaja yang mereka lakukan pada ketika itu, telah terawet dengan sempurna dalam timbunan abu dan larva yang membeku. Kejadian ini telah memberi peluang para arkeologi menghasilkan timeline yang sempurna tentang peristiwa tersebut, dan mengkaji tentang sejarah dan peradaban pada zaman itu.
Kota Pompeii terkenal sebagai bandar elit Roman yang terletak di pinggir laut. Kota ini dilengkapi kemudahan moden pada seperti penyaliran air kepada 25 air pancut di sekitar kota, amphitheater, sekurang-kurangnya 4 tempat mandi awam, ladang-ladang persendirian dan pelbagai jenis perniagaan bagi memenuhi kehendak golongan kaya ketika itu.


Walaupun begitu, kemewahan dan kekayaan kota indah ini ditenggelami abu, batuan dan larva yang membeku hanya dlm masa beberapa jam sahaja.
Masyarakat Pompeii menyembah dewa Phalik. Pompeii menjadi penempatan kepada seramai 20,000 orang. Peristiwa ini berlaku pada saat kota ini dilanda kemuncak kemewahan yang melimpah. Mereka yang sudah terbiasa dengan gegaran daripada gempa bumi dan letusan kecil sebelum ini. Malah, pada tahun 62 AD, gempa bumi telah mengakibatkan kota itu menyembah bumi, namun mereka membangunkannya semula Pompeii selepas itu. Kebiasaan itu dan menyebabkan mereka menyangkakan hari tersebut seperti hari-hari sebelumnya, dan langsung tidak melarikan diri pada awal kejadian letusan tersebut.
Secara ironiknya, letusan itu berlaku selepas pesta meraikan tuhan api, Vulcanalia. Saintis percaya penyebab utama kematian penduduk di situ ialah kerana haba/wap panas yang mencapai hingga 250oC (sekitar 10 batu radius daripada gunung berapi Vesuvius) dan juga sesak nafas akibat abu gunung berapi. Keadaan terburuk dicatatkan apabila mangsa tertimbus di bawah 12 lapisan tanah, sehingga kedalaman 82 kaki secara total, yang berlaku sekurang-kurangnya dalam masa 6 jam
Penggalian Pompeii pada sekitar abad ke 20 telah menemukan pelbagai gambar-gambar berunsurkan erotisme, bahkan pada menjadi simbol pada barang-barang keperluan di rumah. Penemuan ini memberikan kesan kurang selesa mereka yang menemuinya. Barang-barang tersebut kemudiannya ada yang dimusnahkan, ditanam semula dan ada sesetengahnya disimpan di National Museum of Naples, Italy selama 100 tahun. Barang-barang tersebut hanya dipamerkan bermula tahun 2000, dan kanak-kanak hanya dibenarkan melihatkan sekiranya ditemani golongan dewasa.
Golongan pelacur menerima bayaran 3 kali ganda berbanding pekerjaan-pekerjaan lain di bandar secara puratanya, dan khidmat seksual boleh didapati dengan murah di Pompeii – ini berbeza dengan bandar-bandar lain Eropah pada ketika itu. Rumah-rumah pelacuran dibina mewah, selesa dan luas. Kanak-kanak didedahkan kepada kegiatan seksual sejak kecil, malah telah menjadi perkara biasa kerana bagi mereka tuhan kesuburan dan tuhan “phallus” adalah tuhan yang sama.

Perbuatan penduduk Kota Pompeii seakan sama dengan penduduk Sodom dan Gomorah,dimana perbuatan maksiat sudah menjadi suatu yang lumrah pada masa itu di Pompeii,ini dibuktikan dengan penemuan-penemuan yang sangat mengejutkan dari keruntuhan kota Pompeii dan akhirnya Kota Pompeii hilang di telan bumi.



No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...