nuffnang adv

lazada adv

Tuesday, July 31, 2012

Myanmar nafi dakwaan penganiayaan umat Islam - Global - Sinar Harian



Myanmar nafi dakwaan penganiayaan umat Islam - Global - Sinar Harian

YANGON - Myanmar menafikan dakwaan penyalahgunaan kuasa atau penganiayaan oleh pasukan keselamatan terhadap masyarakat Islam Rohingya susulan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan rasa bimbang akan situasi itu, kelmarin.

Penafian itu diumumkan Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin bahawa kerajaan sedang melaksanakan sekatan maksimum yang membawa kepada pengakhiran keganasan di selatan wilayah Rakhine dalam satu sidang media yang turut dihadiri wakil khas PBB dari unit kemanusiaan Rapporteur, Tomas Ojea Quintana.

"Oleh itu, Myanmar menolak cubaan beberapa pihak yang menolak isu ini ke arah politik dan mengantarabangsakannya sebagai satu isu keagamaan," katanya.

Quintana dilaporkan bakal mengadakan lawatan ke Rakhine iaitu kawasan puluhan ribu penduduk tetap terpaksa dipindahkan susulan pergaduhan yang tercetus di antara penganut agama Buddha dan masyarakat Islam pada awal Jun lalu.

Menurut laporan rasmi, sekurang-kurangnya 650 etnik Rohingya terbunuh termasuk yang dibunuh oleh tentera kerajaan, 1,200 masih hilang dan seramai 80,000 kehilangan tempat tinggal.
blogger: kita tunggu apa maklumat selanjutnya berkaitan isu kekejaman ke atas Rohingya di Myanmar ini. Dan kita berharap agar maklumat berkaitan tentang kekejaman ke atas Rohingya terus dapat disebarkan dengan pantas agar ianya tersebar luas ke peringkat antarabangsa dan global serta menarik perhatian dunia supaya penindasan ini dapat diberhentikan segera. Juga agar ia dapat menarik bantuan antarabangsa terutama kalangan negara Islam serantau untuk sama-sama membela nasib saudara seagama di sana.

No comments:

Post a Comment

Get the lowest PRICE booking by ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...