Oleh: Adli Zakuan Zairakithnaini (Koordinator Meja ASEAN, GPM)
Penghapusan kaum yang berlaku di Wilayah
Arakan, Myanmar terhadap etnik Rohingya bukan lagi satu perkara yang
tersirat dari mata dunia. Pembunuhan, penculikan, kecurian dan
pemerkosaan adalah sebahagian daripada bentuk jenayah yang dibiarkan
berleluasa oleh pihak berkuasa di sana. Saban hari kita mendengar
pelbagai penganiayaan dikenakan terhadap kaum ini. Krisis ini menjadi
semakin parah pada hujung minggu lalu apabila etnik minoriti ini
diberitakan mengalami kekurangan makanan dan dilanda kebuluran.
Global Peace Mission (GPM) dan Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengambil inisiatif untuk menghantar
misi bantuan yang pertama malalui Yangon, Myanmar pada 11 Julai 2012.
Misi ini bertujuan untuk mendapat gambaran menyeluruh berkenaan kejadian
di Arakan dan membina jaringan bagi memudahkan penghantaran bantuan
kemanusiaan untuk misi berikutnya.
Hasil perbincangan dengan beberapa NGO
di Myanmar, beberapa aspek yang merangkumi sejarah, sosial, perundangan
dan juga bukti-bukti kukuh menunjukkan terdapat satu usaha penghapusan
kaum di Wilayah Arakan. Dengan berkuatkuasanya Undang-undang Kerakyatan
Myanmar 1982 mengukuhkan lagi kenyataan ini di mana di antara 135 kaum
yang diiktiraf pemerintah, etnik Rohingya tidak termasuk di dalamnya.
GPM bekerjasama dengan NGO-NGO tempatan
yang diiktiraf oleh kerajaan Myanmar yang telah menghantar dan
mengedarkan bantuan kemanusiaan sebanyak 2 kali ke 3 bandar utama kepada
mereka yang terkesan daripada tragedi kali ini terutama etnik Rohingya
yang kebanyakannya kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Namun
begitu, masih terdapat sekurang-kurangnya 100,000 mangsa yang lain yang
kini hidup dikawasan hutan tebal dan pergunungan bagi mengelak dari
terbunuh.
Bagi memenuhi sasaran, GPM dan ABIM dengan kerjasama Union of NGOs’ of Islamic World (UNIW) yang berpusat di Istanbul, Turki
telah melancarkan Kempen RM200 Satu Keluarga terdiri dari lima orang
dan mensasarkan sebanyak RM 1 juta bagi mempersiapkan 5 bahan asas
keperluan yang terdiri daripada beras, tepung, minyak masak, susu dan
kacang dhal yang bakal dimanfaatkan oleh 25,000 mangsa di sana. Selain
bantuan kemanusiaan, GPM dan ABIM telah merangka beberapa perancangan
strategik termasuk untuk mewujudkan pejabat pengurusan di Yangon bagi
melicinkan operasi penyaluran bantuan yang disalurkan oleh mana-mana
individu atau pertubuhan di Malaysia.
Melihat pada situasi di Wilayah
Arakan yang serius, ditambah dengan hujan yang berpanjangan, pastinya
kaum etnik Rohingya yang tertindas terpaksa berdepan dengan keadaan
sukar dalam menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Maka, adalah
amat diharapkan agar kita dapat mengumpulkan dana secepat yang mungkin
agar dapat membantu meringankan beban yang mereka tanggungi.
Sumbangan boleh disalurkan melalui cek
atas nama Global Peace Mission atau melalui akaun Bank Islam Malaysia
Berhad 1402 3010 0292 24 atau Maybank 5642 2161 1602.
Sumbangan atas talian juga boleh dibuat melalui link berikut: https://www.ipay88.com/VirtualLink/PaymentDetail.asp?Merchant=wKYm3Yi9fE9xb33Cr30UGwadVvQ%3DM02910
sumber: http://gpm.com.my/archives/1309
No comments:
Post a Comment