Mungkin ramai yang telah sedia maklum dengan kota bergelar Pompeii, salah sebuah kota tamadun Rom yang telah hilang ditelan bumi sedalam kira-kira 4 hingga 6 meter, ditimbuni abu dan batuan daripada letusan gunung berapi Vesuvius.
Pada tarikh 24 Ogos 79 AD, Gunung Vesuvius telah meletus, memuntahkan bertan-tan abu cair, batu gas batu apung dan belerang ke atmosfera. Sebuah “badai” stim beracun dan lahar panas melanda daerah sekitarnya, membunuh penduduk kota Rom Pompeii, dan kota-kota sekitarnya, Herculaneum dan Stabiae. Pada Bencana selama dua hari itu telah menenggelamkan kota ini selama 1,500 tahun sebelum ditemui semula pada tahun 1599.
